Interlude Chapter: End

203 21 4
                                    

Sekali lagi, Aszkhil memenangi Mafia Game. Kali ini, sudah masuk kali ketiga dia menang sebagai Executioner. Lelaki itu berjalan melangkah jasad-jasad pemain yang sudah tidak bernyawa, menuju ke pintu keluar. Di sana sudah menunggu seorang gadis bersama beg sandang yang dipenuhi dengan wang.

“Kau menang lagi. Berapa kali kau nak main permainan ni? Ni dah masuk kali ketiga kau menang,” ujar Nahida.

“Korang patut hantar orang yang lebih bijak. Dah banyak petunjuk yang aku letak tapi tak ada walau seorang pun yang syak aku.”

“Kalau kau nak, kau sendiri boleh cari orang-orang yang kau rasa bijak,” cadang Nahida.

“Bagus cadangan kau. Aku akan tengok profil pemain-pemain yang akan datang.”

Aszkhil berjalan melepasi Nahida, menuju ke rumah kecil di sebelah bangunan. Pintu rumah itu dibuka. Terlihat jelas beberapa orang sedang duduk di atas kerusi, menghadap CCTV pada komputer. 

“Tahniah, sebab berjaya bertahan hidup,” ucap Eun Jin, lelaki di sebelah Razor.

“Kau patut pilih peranan lain lepas ni. Barulah ada cabaran,” cadang Khaiz pula yang berada di sebelah Ikhfa.

“Kalau aku pilih peranan yang lain, aku tetap akan menang,” yakin Aszkhil.

Nahida datang dari belakang lalu duduk di kerusinya. Dia menongkat dagu lalu mencelah, “Apa kata kami tetapkan peranan kau pula lepas ni? Lagipun, kau dah kumpul 30 juta US Dollar. Kau bukan buat apa-apa pun dengan semua duit tu.”

“Tapi, kau kena tunggu beberapa bulan lagi untuk kami kumpul balik pemain lain. Setakat ni, hasil jualan video Mafia Game di laman gelap memang dapat sambutan hangat,” kata Khaiz.

“Aszkhil dah kumpul ramai peminat,” tambah Razor.

“Hanya dalam setahun lebih, ramai pengguna laman gelap menunggu siri baru dari Mafia Game. Ada yang sanggup berjudi untuk pemain kegemaran mereka. Dah tentu, Aszkhil akan jadi pemain kegemaran walaupun ada pemain-pemain lain,” kata Ikhfa pula.

Aszkhil menghembuskan nafas berat lalu berkata, “Aku tak kisah pasal semua tu. Apa yang aku nak, cari orang yang lebih bijak dari aku. Dah tiga permainan, aku tak jumpa lagi orang yang aku cari.”

“Oh, orang yang macam mana kau yang cari?” tanya Nahida.

“Kan aku dah cakap sebelum ni. Orang yang lebih bijak dari aku. Aku hanya nak cabaran dalam Mafia Game. Carikan orang yang lebih bijak untuk aku.”

“Mafia Game dijalankan dua kali setiap tahun. Kau kena tunggu beberapa bulan lagi untuk kami bentangkan profil bakal-bakal pemain,” balas Razor.

“Aku harap, korang cari orang yang layak. Aku nak bersihkan badan dulu. Bau darah-darah orang lemah dah melekat kat badan aku,” ucap Aszkhil lalu berjalan menuju ke sebuah pintu yang menghubungkan bilik CCTV dengan bilik-bilik lain.

Nahida sekadar memerhati langkah Aszkhil sebelum mengeluh tatkaka lelaki itu sudah hilang dari pandangan. “Kalau dia asyik menang, apa gunanya kita cipta Mafia Game?”

“Tak kisahlah. Asalkan kita dapat untung. Dia pun dapat apa yang dia nak,” balas Khaiz seraya menyilangkan tangan ke belakang kepala.

“Bukan kau ke yang rekrut dia? Sekarang, kau mengeluh pula?” soal Eun Jin.

“Aku tak pernah menyesal dengan keputusan aku. Disebabkan dia, kita untung besar dengan jual video-video tu di laman gelap. Tapi, sampai bila dia nak menang? Suatu hari nanti, dia akan kalah juga. Aku risau kalau itu yang jadi.”

“Biarkan saja dia. Kita buat kerja kita. Kita yang atur permainan ni. Kita tak rugi apa-apa,” kata Razor.

“Tapi kan, kalau dia asyik menang, penonton akan syak yang kita dah rancang kemenangan Aszkhil. Tentu penonton akan kecam nanti,” risau Ikhfa.

Mereka berfikir sejenak. Benar juga kata-kata gadis itu. Namun, apa yang mereka mampu lakukan? Aszkhil adalah sumber terbesar keuntungan mereka namun, sampai bila mereka akan biarkan Aszkhil menang dalam setiap permainan?

***

Malam tiba. Bunyi tapak kaki seseorang memenuhi ruang koridor. Eun Jin berjalan melalui bilik-bilik tidur Nahida, Razor, Ikhfa, Khaiz, menuju ke bilik Aszkhil yang paling hujung.

Pintu bilik diketuk lalu dibuka. Aszkhil tidak menyangka akan kedatangan Eun Jin di hadapan pintu biliknya. Lelaki itu terlihat mencurigakan, membuatkan Aszkhil bersedia untuk sebarang kemungkinan.

“Kenapa kau datang sini?”

“Tak sangka pula kau tak tidur lagi.”

“Aku sibuk tengok balik rakaman Mafia Game yang lepas,” balas Aszkhil seraya berpaling komputer yang berada di atas meja sebelah katilnya.

“Patutlah kau hebat dalam permainan tu. Kau kaji balik strategi dan tingkah laku pemain-pemain yang dah mati.”

“Apa yang kau nak dari aku? Tak pernah kau datang jumpa aku sebelum ni.”

Eun Jin tersenyum sinis lalu membuka mulut, “Kau nak cari orang yang lebih bijak daripada kau kan?”

“Ya, kenapa?”

“Aku ada satu idea untuk tunaikan permaintaan kau tu. Tapi, dengan syarat kau kena ikut apa yang aku cakap.”

“Buat apa aku ikut cakap kau?”

“Untuk tunaikan permintaan kau. Jangan risau, aku janji ini win-win situation. Kau nak?”

“Aku akan dengar dulu apa idea bernas yang kau nak cakap.”

Eun Jin tersenyum licik lalu menerangkan segala rancangannya kepada Aszkhil. Aszkhil pula terlihat puas hati dengan cadangan Eun Jin. Apa yang mereka sedang rancang?

***

Kelopak mata dibuka perlahan. Gadis itu berkedip berkali-kali mengusap matanya sebelum dia terlopong. Dia bingkas, sedar yang dia berada di dalam bilik mesyuarat. Pantas pandangan dialik ke sekeliling. Beberapa rakannya masih tidak sedarkan diri.

Pak! Pak! Pak!

Bunyi tepukan tangan seseorang seraya langkah kaki mendekati telinga gadis itu. Laju perhatiannya dialih ke arah susuk tubuh yang sudah berdiri di sebelahnya. Pandangan tajam penuh amarah dilempar.

"Aszkhil, apa yang kau dah buat?" soal Nahida yang masih duduk di atas lantai, menatap tinggi Aszkhil di hadapannya.

Kedua-dua belah tangan disilang ke dada. Aszkhil membalas, "Kau tak nampak ke kolar kat leher aku ni? Kau pun perasan kan kolar kat leher kau? Kita semua berada dalam Mafia Game."

"Kau ... tunggu! Aku dah ingat! Kau dan Eun Jin dah rancang nak kenakan kitorang kan? Korang berdua dah tembak ubat penenang masa kami tidur dan bawa kami ke sini!"

Aszkhil tersenyum sinis memandang Nahida dengan penuh yakin sebelum berkata, "Betul apa yang kau cakap. Mulai sekarang, aku nak uji kebijaksanaan korang. Korang semua kena teka peranan aku. Tapi aku beri amaran awal. Kalau silap langkah, korang semua akan mati."

Nahida menggetap gigi, geram.

"Tak guna! Kau orang yang pertama aku akan undi keluar!"

"Hey, relax! Sekarang, welcome to the Mafia Game antara pihak atasan. Kita tengok siapa yang mampu bertahan. Korang ataupun aku."

























interlude chapter: end : seer

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now