Bab 10: One Night Long (Part 2)

145 48 2
                                    

Ingin sahaja picu ditarik, pandangan Eden beralih ke arah pintu masuk makmal. Sudah terpacak Xin seraya menyilang tangan ke dada. Dia sekadar senyum sinis tatkala melihat wajah kaget Eden.

“Kau rupanya orang yang aku nampak tadi. Berjalan senyap-senyap ke makmal dengan pistol. Hmm ... macam tu rupanya Mafia membunuh. Berapa butir peluru yang ada dalam pistol tu? Kau dah tengok?” soal Xin dengan tenang.

“Kau ... menyorok masa aku check perpustakaan tadi?”

“Hey, relax. Aku memang dah agak Mafia akan cari orang waktu macam ni. Lagi-lagi, kau. Kau dah terdesak. Semua orang dah tuding jari pada kau sekarang. Sekarang, kau nak buat apa? Bunuh Ivan? Kalau kau bunuh Ivan, kau tetap akan diundi keluar.”

“Tunggu! Bila aku fikir balik, orang yang hantar surat kat aku sebelum ni ... cuba perangkap aku? Kau ni, Ash?”

“Ash? Maaf, aku tak kenal. Aku hanya bergerak ikut kata hati aku. Tapi, alang-alang kau dah ada kat sini, apa kata kau menyerah saja. Okey?” balas Xin dengan nada sindir.

“Jadi, kau bukan Ash? Haha! Kalau macam tu, aku yakin Ash dah jangka semua ni akan jadi! Aku yakin, dia yang atur semua gerak-geri Mafia! Dia takkan suruh aku bunuh Mayor sorang-sorang kalau dah tau aku akan...”

Tidak sempat Eden menutup kata-katanya, laju Ivan merangkul pistol daripada tangan. Pistol pada tangan lelaki itu ditarik kasar sebelum Ivan menyiku perut Eden sehingga dia terduduk senak. Kini, pistol diacu ke kepala Eden. Nafas Ivan naik turun. Tangannya terketar-ketar seperti lepas dari cengkaman malaikat maut.

Xin pula berlari ke arah Eden, memeluk tangan lelaki itu dari belakang. Terpaksa pula Eden berdiri biarpun senak pada perutnya masih terasa. Lelaki itu mengatup gigi, geram.

Nice catch, Mayor,” ucap Xin.

“Aku patut berterima kasih pada kau sebab datang. Sebelum tu, baik kau mengaku. Kau yang potong wayar monitor ni kan?”

“Ya. Ada sebab aku buat macam tu. Tapi, sekarang ni, fokus saja pada ikan besar.”

“Hahaha! Tembaklah kalau kau berani! Tembak!” gertak Eden. Ivan pula geram. Ingin dia menarik picu pistol.

“Eh, tunggu-tunggu! Jangan tembak! Bukan sebab aku ada kat belakang tapi ni dah langgar peraturan. Hanya Mafia yang dibenarkan membunuh. Kalau kau yang bunuh Mafia, aku tak rasa kau akan selamat. Mungkin, kolar besi pada leher kau tu akan meletup macam Yuri. Lainlah, kalau kau pun Mafia,” jelas Xin.

Eden punya tersenyum licik. “Kau orang dah tak boleh buat apa-apa! Ni waktu malam dan kau orang sendiri yang tahu peraturan waktu malam. Tak boleh tekan butang kecemasan melainkan kalau kau orang jumpa mayat. Kau orang dah buntu.”

“Kami akan ikat kau sampai pagi esok,” balas Ivan seraya menurunkan acu.

Tiba-tiba, Eden menyepak pistol daripada tangan Ivan sehingga terpelanting. Dengan sedaya upaya dia menarik kedua-dua belah tangannya sehingga terlepas daripada genggaman Xin.

Xin pula disiku di bahagian mulut sehingga terbaring. Bibirnya pecah. Ingin sahaja Ivan menumbuk wajah Eden, tangannya ditepis. Perut Ivan ditumbuk berkali-kali sehingga Ivan memuntahkan air perut. Lelaki itu terlutut senak.

Kepala Xin pula disepak dengan kuat tatkala lelaki itu cuba berdiri. Situasi berubah 180 darjah. Kini, Xin dan Ivan pula yang tewas. Tidak hairanlah mereka tewas kepada Eden. Bekas pembuli yang sering terlibat dalam pergaduhan. Dia sudah biasa.

“Mudah betul nak pukul kau orang. Kalau setakat kunci lengan aku dari belakang, dah banyak kali aku lepas. Dah lama aku tak pukul orang. Aku dah berniat tak nak pukul orang lagi, tapi sekarang dah berubah. Aku akan buat apa saja untuk menang permainan ni. Aku perlu balik, jumpa kawan baik aku.”

Eden melangkah perlahan, mendapatkan semula pistol di lantai. Dia cuba membuka kelongsong peluru namun pistol itu seperti tiada kotak peluru.

“Pistol elektrik? Dah agak. Pistol khas untuk Mafia bunuh Villager,” monolognya sendiri.

“Kau pun ada seseorang yang kau nak jumpa?” tanya Ivan. Tangannya masih meraba perut. Wajahnya nampak perit masih menahan senak yang belum hilang.

“Kawan baik aku, Lorelay. Mungkin, lebih dari tu. Dia ada penyakit. Aku perlukan duit untuk perubatan dia. Aku tak tahu dia dah sedar atau tak dari koma. Aku nak keluar dari tempat ni hidup-hidup dan dapatkan duit 10 juta Dollar tu.”

“Setiap orang dalam permainan ni ada sebab mereka join permainan ni. Kau, tak ubah macam aku. Aku juga perlukan duit tu untuk perubatan kawan baik aku. Sama macam kau, aku mungkin anggap dia lebih dari kawan baik. Cuma, yang membezakan kita ... kawan aku terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan. Dia dah lupakan semua pasal aku. Aku, perlukan duit tu untuk bayar rawatan khas. Rawatan untuk dia ingat balik siapa aku,” suara Ivan dengan nada sayu. Eden sekadar menadah telinga.

“Kebetulan pula. Kita senasib. Kau perlukan duit tu untuk tujuan yang sama. Kalau diikutkan, aku nak berubah jadi lebih baik tapi sekarang ... tengoklah. Aku terpaksa menipu, terpaksa bunuh orang semata-mata untuk kepentingan diri.”

“Ya. Kita terperangkap dalam jerat yang sama. Kita sama-sama bodoh sebab daftarkan diri dalam game ni.”

“Kalau aku dapat peranan Villager, dah tentu aku akan lindungi kau. Tapi, tak. Kau Mayor, aku pula Mafia. Dua peranan yang berlawanan. Dua peranan penting. Kalau salah seorang tak terbunuh, peluang untuk sebelah pihak menang jadi lebih besar.”

Eden berjalan mendekati Ivan. Dengan wajah pilu, dia mengacu pistol ke arah Ivan. Jelas, dia juga simpati dengan nasib lelaki itu. Cerita mereka sama. Tujuan mereka juga sama. Cinta mereka terhadap seorang gadis juga sama. Mereka sanggup buat apa sahaja demi orang tersayang. Namun, nasib mereka di sini berbeza.

Kill or be killled.

“Maafkan aku. Kita semua terpaksa ikut arahan. Selamat tinggal, Mayor.”

















-Part 3 in the next chapter-

MAFIA GAMEOnde histórias criam vida. Descubra agora