Bab 5: Among Us

343 80 26
                                    

Jam tangan digital ditatap. Sudah masuk pukul sepuluh pagi. Ivan menghembuskan nafas berat. Pandangannya kembali beralih ke arah Fiqa yang duduk di hadapan. Mereka berdua duduk semeja menghadap antara satu sama lain di Kafeteria. Wajah gadis itu nampak keliru dan pucat tatkala dipaksa membuyka mulut tentang surat maklumat yang dijumpai oleh Mikhail.

"Dah masuk setengah jam aku tanya tapi kau masih tak jawab. Kenapa kau bodoh sangat bazirkan butang kecemasan kau kalau kau sendiri tak tahu maksud 'antipalos' dalam surat tu?"

"A-Aku dah jawab tadi! Aku tak tahu kenapa! Aku hanya nak singkirkan Mafia! Aku tak nak mati!"

"Itu je? Itu je jawapan kau?"

"Ya! Aku hanya nak singkirkan Mafia! Sebab tu aku syak Yuri! Kau tak faham bahasa ke? Kalaulah aku..."

"Kalau kau apa? Kalau kau Mafia, kau nak bunuh aku? Kesian. Sekarang ni pagi. Mafia hanya bunuh orang waktu malam. Kau kata kau syak Yuri sebagai Mafia. Tapi, kau tuduh dia macam dia betul-betul Mafia."

"Aku dah cakap! Aku tak tahu! Aku terlalu takut sampai terikut-ikut perasaan aku!"

Ivan menyilangkan kedua-dua belah tangan ke dada. Pandangannya yang nampak tajam ditatap oleh Fiqa, jelas dilihat melalui topeng matanya. "Hey, ni ialah permainan realiti. Orang akan mati kalau tersalah undi. Kau ingat kau seorang saja ke yang nak hidup? Kalau kau Villager sekalipun, tindakan kau bahayakan orang lain termasuk aku."

Fiqa terdiam. Wajahnya tertunduk. Tiada kata yang keluar daripada mulutnya.

"Ada empat orang yang undi Yuri. Aku yakin dia bukan Mafia. Eden pula mengaku sebagai Detektif selepas Yuri mengaku. Anggap saja Eden ialah Mafia. Aku undi langkau. Aku yakin, Harisya, Xin, Mikhail dan Yuri pun undi langkau sebab mereka nampak macam pertahankan Yuri. Kau pula dah tentu undi Yuri kan?"

Fiqa hanya menggangguk sebagai balasan.

"Empat undian kepada Yuri. Kau, Eden, Lutfi dan Irene. Dah tentu, dalam kalangan empat orang ni, salah seorang ataupun dua orang ialah Mafia. Kelakuan Eden terlalu curiga sebab tiba-tiba sahaja dia mengaku sebagai Detektif. Aku rasa, Eden ialah Mafia. Jadi, masih ada seorang Mafia yang tersisa. Sama ada kau, Lutfi ataupun Irene."

"Kau bercakap macam tahu semuanya," perlahan Fiqa meluahkan kata-kata.

"Huh?"

"Kau macam tahu semua identiti kita orang! Kenapa kau tak letak diri kau sebagai Mafia?" Fiqa membentak.

"Sebab aku kenal diri aku. Aku bukan Mafia. Aku ialah Villager atau ... mungkin lebih penting daripada Villager. Aku ada identiti aku sendiri. Yang pasti, aku takkan biarkan Mafia menang."

Fiqa berdecit geram seraya menatap tajam wajah Ivan. Kemarahannya berbuak-buak, mendidih dalam hatinya yang panas. Tidak puas hati apabila Ivan mencurigainya. Lelaki itu pula tersenyum licik. Bagaikan percaya bahawa semua tekaannya benar.

Pada masa yang sama, Lutfi melangkah masuk ke dalam Kafeteria. Pandangan Ivan dan Fiqa beralih ke arah lelaki yang berpakaian serba hitam itu. Rambutnya nampak lembap seperti baru sahaja usai mandi. Langkah kakinya menuju ke arah rak yang tersusun beberapa jenis bungkusan roti berperisa.

Tatkala sedang memilih perisa roti yang dimahukan, Lutfi sedar bahawa dirinya sedang diperhati. Laju dia berpaling ke arah Ivan dan Fiqa. "Kau orang dah kenapa pandang aku? Tak puas hati?"

"Tak ada apa. Kau baru bangun?" soal Ivan

Bungkusan roti berperisa coklat diambil. Lutfi berjalan ke arah meja Ivan dan Fiqa seraya membuka bungkusan roti itu. Dia duduk di atas kerusi di sebelah Ivan. Roti itu dicarik, dimasukkan ke dalam mulut. Wajahnya nampak tenang dengan situasi. Bagaikan tidak peduli dengan dunia biarpun dia berada dalam permainan maut.

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now