Bab 9: The Lost Leader (Part 1)

199 51 10
                                    

Pintu bilik makmal komputer dibuka. Gelap. Cahaya lampu dari kaki lima menerangi bilik. Xin melangkah masuk tanpa kata. Suis lampu pada dinding di sebelah pintu masuk, ditekan. Cahaya mula menerangi makmal. Jelas terlihat, lebih empat puluh komputer di setiap meja yang sudah disusun mengikut baris.

“Aku tertanya-tanya, dari mana pihak atasan dapat duit nak beli semua komputer ni,” monolog Xin sendiri seraya menutup pintu bilik makmal.

Meja di hujung bilik mencuri tumpuan Xin. Satu-satunya meja yang tidak disusun dengan meja-meja yang lain. Tidak ada pula komputer di atas meja itu. Tatkala mendekati meja tersebut, dia cuba menarik laci.

Xin berharap akan menjumpai sesuatu di dalam laci itu namun, ia kosong.

Matanya mula beralih ke arah komputer. Dia terfikir akan sesuatu. Langkah kaki mula diatur ke arah komputer berdekatan. Butang aktif pada kotak komputer ditekan. Skrin pada monitor dilihat bernyala.

“Macam tu ya...”

Satu demi satu butang aktif pada kotak komputer ditekan sehingga butang pada kotak komputer yang terakhir. Dalam benaknya, mungkin salah satu monitor akan memaparkan petunjuk pada skrin.

Dia berdiri di hadapan meja tanpa komputer, menghadap semua komputer yang telah diaktifkan. Satu demi satu skrin monitor diperhati. Semuanya putih kecuali satu komputer di sudut kirinya. Laju dia melangkah ke arah komputer itu.

Terlihat sesuatu yang tertulis pada skrin monitor.

“Di bawah meja?” Xin membaca tulisan itu dengan penuh bingung.

Bawah meja komputer itu diperhati. Sesuatu yang mungkin dimaksudkan oleh tulisan itu dicari. Namun, dia tidak menemui apa-apa.

Xin melepaskan keluhan.

Dia kembali menatap setiap meja. Dia terfikir, mustahil 'sesuatu' yang dimaksudkan itu ada di bawah salah satu meja tanpa diberitahu tempat secara spesifik.

“Di bawa meja?” fikir Xin lagi. Terlintas sesuatu di benak. Laju mata menatap meja tanpa komputer di belakangnya sebelum menerjah meja itu.

“Laci meja ni kosong tanpa sebab tapi ... aku dah agak!”

Xin menjumpai sesuatu yang tertampal di bawah meja. Ia merupakan sepucuk sampul surat berwarna putih.

“Satu lagi Surat Maklumat?”

Bahagian atas sampul surat dikoyakkan. Kad berwarna hitam dikeluarkan. Perkataan yang berwarna putih tertulis pada kad itu dibaca secara senyap.

Xin tersenyum sinis.

“Maklumat yang penting pasal Detektif. Menarik...”

***

Keadaan bertukar serius. Harisya duduk di meja yang sama, menghadap Ivan dengan pandangan tajam. Mikhail pula berdiri di sisi meja. Tangan disilang ke dada. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

Ivan mengetap gigi tatkala melepaskan jelingan ke arah Mikhail. Dia hairan, bagaimana identitinya sebagai Mayor diketahui mereka sedangkan dia tidak pernah membocorkan identiti itu kepada orang lain. Bahkan, dia tidak pernah menonjolkan apa-apa kelakuan yang membuatkan orang lain mengesyaki dirinya sebagai Mayor.

“Macam mana kau tahu aku ... Mayor?” soal Ivan.

“Mikhail yang beritahu. Jadi betullah, kau Mayor?”

Ivan menghela nafas keluhan sebelum menatap tajam wajah Mikhail. “Macam mana kau tahu?”

“Aku tahu apa yang korang tak tahu. Aku ada peranan khas.”

“Peranan khas? Apa?”

“Aku tak boleh beritahu kau orang. Tapi, peranan aku boleh bagi kemenangan kepada sebelah pihak. Aku tak kisah kalau kau nak percayakan aku ataupun tak. Aku tahu apa yang kau orang tak tahu.”

“Kau Detektif kan?” teka Harisya membuatkan Mikhail terkejut. Ivan pula bertambah hairan.

“Macam mana kau...”

“Kalau ikutkan permainan werewolf ada banyak peranan yang pemain akan dapat. Aku tak hairan kalau ada dua Detektif. Kau dan Yuri ... Detektif kan? Kau takkan beritahu aku pasal peranan Ivan tadi kalau kau tak yakin. Tengok dari muka kau, kau tak menipu.”

“Kau, Detektif? Jadi, sebab tulah kau tahu peranan aku?” soal Ivan pula.

Mikhail sekadar tersenyum sinis. “Kalau kau nak anggap aku ni Detektif, silakan. Aku tak ada apa-apa lagi yang nak dibantah.”

“Jadi, peranan siapa lagi yang kau dah tahu?” soal Ivan.

“Peranan kau dan Eden. Kau ialah Mayor dan Eden ialah Mafia. Mudah kan? Aku tak gunakan kelebihan aku untuk siasat identiti orang secara rawak. Aku tunggu dan lihat siapa yang aku rasa akan mainkan peranan besar dalam setiap pusingan. Lagipun, dah terang lagi bersuluh yang Eden ialah Mafia. Sebab aku siasat identiti kau pula ... kau nampak tak yakin dengan undian kau dalam pusingan lepas. Jadi, beritahu aku sekarang, kau dah undi Yuri dan Eden kan?”

Ivan mengetap gigi. Dia kesal dengan kata-kata Mikhail. “Ya! Aku yang undi Yuri! Aku juga dah undi Eden! Jadi, kenapa? Kau orang nak undi aku untuk balas dendam terhadap Yuri?”

“Aku dah tak kisah. Benda dah lepas. Kalau aku balas dendam pun, untuk apa? Kau Villager macam kita orang. Kalau kita orang undi kau keluar semata-mata untuk balas dendam, tak ubah macam gali kubur sendiri,” suara Harisya.

“Jadi, apa yang kau nak?”

“Aku tahu kau ragu-ragu dengan Yuri dan Eden sebab tulah kau undi dia orang. Tapi, sekarang dah lain. Aku dan Mikhail dah tahu identiti sebenar kau. Aku tak nak balas dendam sebab kesilapan kau tapi aku nak kita balas dendam pada Eden sebab dah pengaruh semua orang untuk undi Yuri!”

“Kau betul-betul mengharapkan aku?”

“Ya. Kau ialah Mayor, ketua bagi Villager. Kalau kau tak ada, Villager akan susah nak menang. Jangan risau, aku akan lindungi kau. Aku Protector. Mikhail pula Detektif. Lagi mudah untuk kita menang.”

Ivan mengukir senyuman. “Okey. Aku percayakan kau orang.

“Semuanya dah settle. Waktu malam, waktu untuk Mafia membunuh. Kalau korang tak nak mati, korang boleh masuk tidur,” kata Mikhail.

“Tapi, kita tak tahu macam mana Mafia membunuh,” balas Harisya.

“Kau kunci je bilik tidur.”

“Kau yakin kalau buat macam tu boleh halang Mafia daripada membunuh?”

“Entahlah. Bye. Aku nak masuk tidur.”

Mikhail melangkah keluar meninggalkan Harisya dan Ivan. Mereka berdua pula memerhati langkah Mikhail tanpa kata. Lelaki itu selalu bergerak sendiri tanpa takut.

“Alang-alang tu, aku nak tanya. Boleh tak kau buka topeng kat mata kau tu?” minta Harisya.

“Jangan nak merapu. Ada sebab kenapa aku pakai topeng ni.”

“Sebab apa?”

“Aku takkan beritahu kau.”

“Dengan aku pun kau nak berkira.”

“Kenapa kau buat-buat ramah dengan aku? Aku percayakan kau dan Mikhail tapi tak perlu nak rapat sangat dengan aku.”

“Kau ni sombong betul. Aku hanya nak berkawan. Aku tak nak semua Villager jadi macam Yuri.”

Ivan menghela nafas akur. Dia mula membuka mulut. “Kalau kau nak tahu, aku akan ceritakan. Tapi, janji dengan aku. Kau takkan beritahu orang lain.”

“Okey, aku janji.”

Good. Ceritanya, bermula sebelum aku buat keputusan bodoh nak sertai permainan maut ni.”
















-Part 2 in the next chapter-

MAFIA GAMEМесто, где живут истории. Откройте их для себя