Bab 15: No More Dream

226 32 9
                                    

Lutfi mengikat tangan dan kaki Xin sebelum mengurung lelaki itu di dalam Bilik Pakaian. Hanya Harisya sahaja yang masih terlepas. Dia perlu mendapatkan gadis itu dan memaksanya menekan butang kecemasan.

Sudah seperti bermain permainan hide and seek, Lutfi kini melangkah naik ke tingkat empat setelah yakin Harisya sedang menyorok di sana.

Harisya mengunci diri di dalam bilik tidur. Nafasnya naik turun setelah melarikan diri. Dia tidak menyangka Lutfi berani bertindak sebegitu. Bahkan, lelaki itu kini berada di ambang kemenangan.

Ketika itu juga, Harisya mendengar bunyi tapak kaki seseorang. Tangannya kini menutup mulut, cuba mengawal pernafasan, tidak ingin mengeluarkan sebarang bunyi.

Tup! Tup! Tup!

Bunyi tapak kaki itu semakin dekat. Gegendang telinga Harisya bagaikan tembus mendengar bunyi itu. Bahkan, jantungnya kian rancak mengepam darah. Peluh dingin membasahi dahi.

Klack! Klack!

Tombol pintu cuba dipulas oleh seseorang. Namun, Harisya sudah mengunci dari dalam.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu pula diketuk.

“Harisya! Buka pintu! Aku ni, Irene!” suara gadis itu dari luar.

“Irene?”

Harisya bingkas dari katil. Laju dia mencapai tombol pintu. Tatkala pintu itu dibuka, Irene menerjah masuk sebelum mengunci kembali.

“Kau tak apa-apa?” tanya Irene.

“Aku okey. Tapi, Xin dan Fiqa ... aku tak tahu apa yang dah jadi dengan diorang. Lutfi tak jumpa kau?”

“Dia ikat aku tapi aku dah lepaskan diri.”

“Hanya kita saja yang terlepas.”

“Lutfi dah gila! Dia nak bunuh kita semua! Apa yang kita nak buat? Kita tak boleh tekan butang kecemasan dan undi dia keluar!”

“Kita tak boleh undi dia. Dia Jester! Kalau undi, dia akan menang! Mafia pun dah tak ada. Dia guna cara kematian Mikhail untuk bunuh kita semua! Sekarang, aku rasa dia cari aku!”

“Apa kita nak buat? Kita dah buntu! Kalau dia jumpa kita kat sini, habis!”

“Aku tak tahu. Aku dah pening!” rungut Harisya.

Irene mundar-mandir seraya tangannya mengusap-usap dagu. Tiba-tiba, langkahnya terhenti.

“Aku ada satu rancangan. Idea berani mati. Tapi, kalau kita berjaya, kita boleh hapuskan impian Lutfi untuk menang.”

Harisya tertanya-tanya. ‘Idea berani mati’ Irene itu mungkin jalan terakhir bagi mereka untuk menyingkirkan Lutfi.

“Rancangan apa?”

“Lutfi tak tahu aku dah terlepas. Aku dah kunci bilik sebelum ke sini jadi kalau dia datang ke sini pun, dia anggap yang aku masih diikat.”

“Jadi, apa kita nak buat?”

“Aku nak kita tukar pakaian. Aku akan menyamar jadi kau sementara kau senyap-senyap cari Xin dan Fiqa. Lepaskan mereka dan pergi ke Bilik Mesyuarat tingkat tiga untuk tekan butang kecemasan. Kalau Lutfi nampak aku, dia akan anggap itu kau. Aku akan alih perhatian dia sampailah waktu 90 saat menunggu berakhir. Aku akan cuba berlari ke Bilik Mesyuarat dalam 10 atau 5 saat terakhir. Kita singkirkan Lutfi dengan cara Mikhail.”

“Kenapa tak tekan butang kecemasan kat Bilik Mesyuarat Tingkat ni?”

“Aku tak yakin Bilik Mesyuarat tingkat ni boleh diguna lagi sebab kita dah buka Bilik Mesyuarat baru kat tingkat tiga. Aku tak nak ambil banyak risiko.”

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now