Bab 2: Trust

576 129 53
                                    

Bunyi tapak kaki sedang menuruni tangga ke tingkat empat. Yuri, Harisya dan Mikhail menjejakkan kaki di koridor. Ianya ruang koridor yang terbina sama seperti tingkat lima. Apa yang berbeza hanyalah bilik.

"Wah, ada perpustakaan lah!" teruja Yuri tatkala terlihat papan tanda yang tertulis 'Perpustakaan' di bilik sebelah kirinya. Ianya merupakan sebuah perpustakaan yang luas.

"Sejak bila kau minat perpustakaan?" Mikhail memotong keterujaan Yuri.

"Kenapa? Kau nak perli aku ke? Tak puas hati?" balas Yuri pula.

"Siapa yang puas hati bila ada orang ketuk pintu bilik kau pagi buta macam ni?"

"Hey, kau patut bersyukur! Mafia Game bermula pukul tujuh pagi! Kau perlu bersedia!"

"Sekarang ni pukul berapa?"

"Pukul enam!"

"Ini ... bilik tayangan?" celah Harisya tatkala melihat bilik di sebelah kanannya.

"Bilik tayangan? Maknanya, kita boleh tengok wayang?" balas Yuri.

"Rasanya ... ya."

"Wah! Jom kita tengok wayang!" Yuri menarik tangan Harisya seraya berjalan ke pintu masuk bilik tayangan. Mikhail tidak mengendahkan mereka. Dia melangkah ke arah perpustakaan.

Yuri yang menyedari akan hal itu terus menegur, "Hey, Mikosis! Kau nak ke mana?"

"Kalian berseronoklah dengan benda tak seronok tu. Aku nak ke perpustakaan. Satu lagi, nama aku Mikhail."

"Bye-bye Mikologi!" balas Yuri. Dia dan Harisya melangkah masuk ke bilik tayangan.

Mikhail tiba di hadapan pintu perpustakaan. Tombol pintu dipegang sebelum dipulas, buka. Dia menolak daun pintu. Tatkala pintu dibuka, matanya menangkap imej seorang gadis yang sedang mencari sesuatu di rak buku sebelah kaunter.

"Oh, Mikhail! Awal kau bangun," tegus gadis itu setelah sekilas memandang Mikhail. Matanya kembali sibuk menatap buku-buku. Tangan tidak diam membelek setiap muka surat buku yang diambil sebelum kembali diletakkan di rak.

"Kau ...?"

"Kau dah lupa? Aku, Fiqa."

"Oh ... apa yang kau buat?" tanya Mikhail. Dia duduk di atas kerusi di kaunter sebelah pintu masuk.

"Permainan bermula lebih kurang sejam lagi dan kita sudah tahu peranan masing-masing. Jadi, aku nak cari surat yang tersorok. Aku nak kumpul semua maklumat dan dedahkan identiti Mafia sebelum ada yang dibunuh."

"Berusaha untuk melindungi orang lain daripada diri sendiri? Aku tak rasa kau cari maklumat tu. Kau mungkin cari benda lain."

Fiqa tersentak. Dia terdiam seketika sebelum membalas dengan jelingan, "Apa yang kau tahu tentang aku?"

"Aku tak tahu kau siapa sebenarnya dan apa peranan kau. Tapi apa yang aku boleh katakan, mustahil manusia sanggup berusaha untuk orang lain melainkan untuk diri sendiri. Bangun di awal pagi, ke tingkat empat seorang diri untuk mencari maklumat untuk dedahkan identiti Mafia? Kalau betul sekalipun, kau buat semua tu hanya untuk diri sendiri."

Mikhail dan Fiqa saling membalas jelingan. Fiqa akhirnya mengalah. Gadis itu menghembuskan nafas keluh.

"Ya. Kau betul. Aku buat untuk diri aku sendiri. Tapi aku masih cari surat maklumat dan kunci untuk ke tingkat tiga. Kalau aku dapat dedahkan identiti Mafia lebih awal, semua orang akan percaya yang aku ialah Villager. Jadi, aku ada alibi yang kukuh untuk elak daripada dituduh sebagai Mafia."

"Maksudnya, kau ialah Mafia?"

"Dah tentunya tak. Aku Villager. Kita tak tahu apa yang akan terjadi dalam sesi perbincangan nanti. Jadi, aku cuba buat persiapan untuk elak daripada dituduh."

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now