Bab 13: "Ash Kill" (Part 1)

129 33 4
                                    

Irene bersama-sama Mikhail. Harisya dan Xin berada di Bilik Teater. Bilik yang luas itu dipenuhi dengan 100 buah kerusi yang menghadap sebuah pentas tirai merah. Ia benar-benar seakan sebuah dewan teater.

Setiap kerusi diperiksa oleh Harisya dan Xin. Walaupun mereka mencurigai Mikhail tetapi mereka yakin, jika lelaki itu bersama-sama mereka, dia tidak akan melakukan hal yang di luar jangkaan.

Irene dan Mikhail yang berdiri di atas pentas di sebelah pintu keluar pula sekadar melihat. Bukan tidak ingin menolong tetapi mereka sudah memeriksa pentas dan tirai. Tidak ada apa yang ditemui.

What a lovely sight. Kita dah macam buat persembahan di atas pentas tanpa penonton,” ucap Irene.

“Permainan ni memang dah macam persembahan teater. Pemain yang bijak berada di atas pentas, mengelirukan pemain-pemain lain di kerusi penonton dengan sebuah persembahan yang hebat,” kata Mikhail. Matanya tidak memandang Irene sebaliknya menatap Harisya dan Xin yang masih sibuk memeriksa bawah kerusi dan kusyen.

“Kadang-kadang, apa yang keluar dari mulut kau, penuh dengan metafora. Aku tak faham.”

“Tak perlu fikir yang bukan-bukan. Kita tengok saja, siapa pula yang akan buat ‘persembahan’ lepas ni.”

“Aku rasa, semua orang dah tahu pasal peranan ketiga. Aku tak sabar nak tengok Jester buat ‘persembahan’ dalam Sesi Perbincangan nanti. Kau rasa, siapa yang akan mati lepas ni?”

Hujung mata Mikhail beralih ke arah Irene yang tersenyum sinis melihatnya. Lama gadis itu diperati sebelum Mikhail melangkah ke pintu keluar.

“Hey, aku bercakap dengan kau ni!” panggil Irene.

“Kau cakap saja dengan Harisya, Xin. Aku nak keluar,” balas Mikhail tanpa berpaling. Tangan kirinya di dalam poket seluar. Tangan kanan pula memegang tombol pintu keluar.

“Kau nak ke mana?”

“Ke mana saja yang aku suka.” Itulah kata-kata terakhir yang didengari oleh Irene sebelum Mikhail keluar dari Bilik Teater.

Mikhail menghembuskan nafas berat. Matanya beralih ke hujung koridor. Dilihatnya pintu Bilik Mesyuarat yang sedang terbuka.

“Nampaknya, akan ada ‘persembahan’ lepas ni. Aku akan buat sesuatu sebelum loceng kecemasan berbunyi.”

Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Mikhail melangkah ke arah tangga naik ke tingkat empat. Entah apa yang difikirkannya.

***

“Masa untuk memulakan persembahan sarkas!” Lutfi menekan butang kecemasan.

Kring!

Bunyi loceng kecemasan menggegarkan segenap ruang bangunan. Fiqa yang masih berada di Bilik Pakaian segera menutup almari. Harisya, Xin dan Irene pula bingung seketika. Orang pertama yang terlintas dalam fikiran mereka yang menekan butang kecemasan adalah Mikhail.

Lutfi duduk di atas kerusi. Kakinya diletakkan di atas meja. Kedua-dua belah tangan pula disilangkan ke belakang, membantalkan kepala. Setiap kerusi tidak mempunyai tag nama. Jadi, mereka boleh duduk di mana sahaja yang mereka mahu.

Skrin televisyen mula mengira masa secara menurun. 90 saat untuk semua pemain memenuhi Bilik Mesyuarat. Jika ada pemain yang tidak memasuki bilik itu, mereka akan mati.

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now