Bab 9: The Lost Leader (Part 2)

166 44 0
                                    

Ia adalah sebuah kisah panjang tapi aku masih ingat dengan jelas, semua yang berlaku bagaikan semalam.

Aku merupakan pelajar universiti. Dengar macam bijak sebab belajar sampai ke menara gading. Tapi, aku tak pernah anggap yang diri aku seorang yang bijak. Aku hanya manusia jahil yang dahagakan ilmu.

Anggapan pertama aku apabila menjejakkan kaki ke menara gading ... semua orang yang aku jumpa, adalah baik. Tapi, anggapan aku salah.

Manusia mempunyai banyak topeng. Mereka menyorokkan diri mereka yang sebenar di sebalik topeng. Tapi, apabila di belakang ... mereka menunjukkan rupa yang sebenar.

Pada mulanya aku anggap mereka sebagai kawan. Setiap kali melakukan kerja khusus, aku akan dilantik sebagai ketua. Aku tak peduli kalau dilantik sebagai ketua tapi apa yang membuatkan aku buka mata, setiap kali ingin buat sesuatu kerja ... mereka memberi alasan.

Serahkan je semuanya pada ketua. Dia kan pandai.”

Kau kan ketua, kau yang patut buat.”

Apa guna kita orang lantik kau ketua kalau kau tak boleh buat semua?”

Am I a joke to you? Are you kidding me? Where are all your brain cell?

Tugas ketua hanyalah memimpin ahli yang lain, bukan buat semua kerja. Tugas ketua hanyalah memastikan ahli lain buat kerja, bukan buat sekua kerja seorang diri.

Aku tak sangka, masih ada manusia macam ni di universiti.

Aku tak berdiam diri. Aku melaporkan hal itu kepada pensyarah dengan bukti yang aku kumpul. Sejak hari itu, mereka memandang aku sinis. Bahkan, semua orang dalam kelas mula menjauhi aku.

Kenapa?

Tersebar satu khabar angin tentang aku yang mempergunakan kawan untuk kepentingan sendiri.

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now