Bab 3: No One

583 123 44
                                    

Mikhail, Fiqa dan Xin menyusun semula sembilan kerusi di meja mesyuarat. Mereka menyusun secara rawak. Sudah tidak peduli akan tag nama plastik yang dipadam oleh seseorang pada belakang kerusi. Yakin tidak akan terjadi apa-apa jika semua kerusi itu disusun tidak mengikut kedudukan asal. Lagipun, tidak ada pula peraturan yang mengatakan bahawa mereka akan mati duduk di atas kerusi pemain-pemain yang lain.

"Tentu ada sebab kenapa dia padam nama kita dan serakkan kerusi ni. Tapi, kita tak tahu siapa orangnya," kata Xin.

"Kenapa pula nak padam nama kita kalau dari awal lagi kita dah beritahu nama masing-masing?" balas Mikhail.

"Itulah yang pelik,"

"Apa-apapun, kita bersedia untuk sesi perbincangan." Mikhail duduk di tempatnya diikuti oleh Xin dan juga Fiqa. Kedudukan mereka tidak berubah. Hanya kerusi sahaja yang mungkin tertukar.

"Baiklah ... aku akan tekan butang kecemasan."

Fiqa menarik nafas dalam sebelum menghembus perlahan. Tangan kanan yang sudah berada pada butang merah di tengah meja, langsung menekan butang itu.

KRING!

Tiba-tiba, loceng kecemasan berbunyi. Loceng yang menggegarkan seluruh ruang bangunan itu telah mengejutkan semua pemain. Lutfi yang masih lelap di atas katil, bingkas bangun. Pada mulanya, dia terpinga-pinga dengan bunyi tersebut. Tetapi, akalnya kembali teringat akan aturan permainan yang dibacanya semalam bersama dengan pemain yang lain.

Eden dan Irene keluar daripada bilik tidur mereka. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum mengunci bilik tidur. Langkah kaki mereka sudah mengetahui arah ke mana hendak dituju. Sudah tentu ke bilik mesyuarat.

"Permainan dah bermula ke?" tanya Eden.

"Rasanya, macam tulah," balas Irene yang berjalan membelakangi Eden.

"Sudah 12 jam, kan?"

Tatkala menunggu ketibaan pemain-pemain yang lain, mata Xin menatap skrin televisyen yang menayangkan masa dalam kiraan menurun. Fiqa dan Mikhail juga menyedari akan hal itu.

"90 saat? Ini masa sebelum sesi perbincangan bermula ke?" tanya Fiqa.

"Mungkin juga masa yang diberikan untuk pemain-pemain berkumpul di bilik mesyuarat," teka Mikhail dengan logika.

"Apa yang jadi kalau mereka lambat berkumpul?" tanya Fiqa lagi.

"Kalau lambat berkumpul, maknanya mereka tak ikut peraturan. Orang yang langgar peraturan selalunya akan dihukum dan hukuman dalam permainan ni hanya satu saja ... mati," balas Xin yang membuatkan Fiqa menelan air liur sendiri.

Pada masa yang sama, pintu bilik mesyuarat dibuka oleh Lutfi. Dia yang masih mamai, menggaru belakang kepala. Dia menutup mulutnya dengan tangan kiri tatkala menguap. Matanya yang layu langsung luas terbuka tatkala melihat tag nama pada belakang kerusi.

"Apa yang dah jadi pada kerusi?" tanya Lutfi seraya mendekati kerusinya.

"Kau baru bangun tidur?" balas Xin dengan pertanyaan pula.

"Kita akan bincang lepas ni. Sekarang, kita tunggu orang lain dulu," tambah Mikhail pula.

Lutfi duduk di tempat duduknya yang membelakangi televisyen.

"Ini panggilan untuk sesi perbincangan ke? Siapa yang awal-awal lagi dah bazirkan butang kecemasan?" tanya Lutfi.

Fiqa hanya diam.

Setelah itu, Eden dan Irene melangkah masuk. Mereka juga tertanya-tanya tatkala melihat tag nama pada belakang kerusi. Tetapi, Fiqa, Mikhail dan Xin bakal menjelaskan hal itu dalam sesi perbincangan nanti.

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now