Bab 8: Promise

373 75 10
                                    

Cahaya lampu menerangi bilik. Pintu bilik sudah dikunci rapat. Eden duduk di birai katil. Dahinya berkerut seribu. Tangan kiri menakup dahi. Gigi dikatup rapat. Senyum sinis terlukis di bibirnya. Luas mata menatap sepucuk pistol pada tangannya.

'Diorang dah tahu ke aku ialah Mafia? Dah malam ... siapa yang aku patut bunuh? Harisya? Tak! Kalau aku bunuh dia, dah tentu diorang tahu. Aku kena bunuh orang yang penting bagi diorang. Tapi, siapa? Tak guna!' fikir Eden.

'Aku dah jadi pembunuh ke sekarang? Haha ... kalau boleh aku tak nak bunuh sesiapa tapi ni dah jadi tugas aku! Bukan aku yang pilih nak jadi Mafia! Tapi, kalau aku tak bunuh diorang, aku yang akan mati. Aku tak nak mati! Aku akan keluar dari tempat ni hidup-hidup! Aku masih ada janji yang kena tunai!' bisik hatinya lagi.

*****

Aku bertemu dengan seorang gadis ketika berumur 18 tahun. Di dalam kelas, dia dipinggirkan tanpa rakan. Aku hairan. Kenapa? Aku tidak aku.

Aku pelajar pindahan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelas. Tapi, tatkala aku diserbu rakan sekelas untuk berkenalan, mata aku tidak lepas pandang ke arahnya.

Apa yang dia buat?

Dia hanya melihat ke luar jendela. Tapi, apa yang dia lihat? Setiap kali waktu rehat, dia tidak berganjak dari kerusi. Matanya masih lagi memandang ke luar tingkap. Apa yang dia tatap? Burung? Pokok? Awan? Langit? Aku hairan.

Dia sentiasa bersendirian tanpa rakan untuk berbual.

Aku fikir, mungkin aku patut berkenalan dengan dia. Hanya namanya seorang saja yang aku tidak tahu. Lagipun, kami rakan sekelas. Aku ingin berkenalan dengan semua rakan sekelas aku.

Ketika waktu pulang, aku ke tempat duduknya. Tapi, ingin sahaja aku membuka mulut, dia bangun dari kerusi dan berlalu pergi, keluar dari kelas.

Aku fikir ... mungkin dia tidak ingin bercakap dengan aku?

Tapi, entah kenapa ... aku ingin tahu. Ingin tahu, kenapa dia tidak bergaul dengan orang lain? Kenapa dia tidak fokus ketika belajar dan hanya melihat ke luar tingkap? Aku ingin tahu.

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now