Bab 14: Jester

185 36 5
                                    

Sesi Perbincangan pada pukul tujuh malam itu berakhir seperti petang tadi. Harisya, Xin, Fiqa dan Irene membuang undi untuk skip manakala Lutfi pula masih sama, mengundi Irene.

Setelah berpenat mencari petunjuk di Bilik Teater, Bilik Senaman dan Studio, tidak ada apa yang ditemui oleh mereka.

Fiqa pula bersuara bahawa dia telah memeriksa Bilik Pakaian tetapi dia tidak mengaku bahawa dia telah menemui dua surat. Lagipun, surat-surat yang dijumpainya bukanlah Surat Maklumat tentang Lutfi melainkan maklumat tentang sesuatu yang dia tidak fahami.

Dia ingin merahsiakan hal itu kerana dia tahu masih ada Mafia dalam kalangan mereka. Boleh jadi seorang, boleh jadi dua orang. Mungkin tuduhan bahawa Mikhail adalah Mafia itu benar.

Tetapi, Fiqa mengesyaki Xin dan Irene. Jika Mikhail adalah Mafia, salah seorang daripada mereka juga Mafia. Jika Mikhail adalah Villager yang dituduh sebagai Mafia, sudah tentu Xin dan Irene adalah Mafia. Itulah formula yang difikirkan oleh Fiqa.

Lagipun, Mafia tidak mengetahui identiti Mafia yang lain.

Apa yang pasti, identiti Lutfi masih samar. Sama ada dia Executioner ataupun Jester, itu masih tidak pasti.

Jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Fiqa kini menapak dalam Bilik Karaoke yang terbina di antara Bilik Teater dan Bilik Mesyuarat. Dia masih mencari ‘kad peranan’.

Xin dan Harisya pula masih tidak henti mencari Surat Maklumat di dalam Bilik Teater. Masih berbaki beberapa buah kerusi sahaja. Gadis itu mengeluh. Tidak menyangka pula begitu sukar bagi mereka untuk mencari sepucuk surat yang tersorok.

“Aku tak rasa surat tu ada kat mana-mana kerusi kat sini,” suara Harisya yang sudah pasrah.

Ketika itu juga, Xin mengangkat kusyen pada sebuah kerusi. Dia menjumpai beberapa helaian kertas.

“Harisya, aku jumpa benda ni.” Xin mengangkat helaian kertas yang dijumpainya.

“Apa benda ni?”

“Skrip pementasan teater. Nampak macam skrip biasa tapi takkanlah pihak atasan nak sorok skrip kat bawah kusyen. Mesti ada sesuatu.”

Mata Harisya tertancap pada tulisan kecil di bawah helaian skrip. “Tengok ni! Kat sini tulis ... ‘maklumat penting ada dalam skrip ini’.”

“Jadi, kita kena baca semua skrip ni? Ada tujuh muka surat semua.”

“Kita dah tak ada pilihan lain. Bagi aku baca muka surat ni.”

Harisya mengambil empat helai skrip. Dia mula membaca setiap babak yang tertulis. Xin sekadar mengikut kehendak gadis itu. Jika benar ada maklumat penting dalam skrip itu, dia akan membacanya.

***

Irene melepaskan kepenatan dengan membaringkan tubuh di atas katil. Dia mengangkat tangan kiri, menatap cincin pada jari manis. Keluhan dilepaskan sebelum tangan itu menutup kedua-dua belah matanya.

“Aku ... tak tahu apa yang aku kena buat. Kalaulah kau ada dengan aku sekarang ... mungkin semua ni takkan terjadi, Welt.”

Tuk! Tuk! Tuk!

Lamunan Irene dimatikan dengan bunyi ketukan pintu. Dia bingkas dari perbaringan. Tanpa berfikir panjang, dia terus membuka pintu.

Ketika itu juga, seseorang di muka pintu menutup mulutnya dengan sapu tangan. Gadis itu ditolak sehingga jatuh terbaring di atas katil. Penglihatan Irene menangkap susuk tubuh yang menyerangnya.

Lutfi.

Lelaki itu mengunci pintu bilik. Ingin sahaja Irene bangun, wajahnya ditumbuk sehingga dia jatuh terbaring di atas lantai. Rambutnya ditarik kasar sebelum mulut gadis itu diikat dengan kain tebal. Tangan dan kakinya juga diikat ketat.

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now