Bab 10: One Night Long (Part 3)

213 49 7
                                    

“Jadi ... kau memang nak bunuh aku. Well, good luck with that!

Ivan menepis pistol daripada tangan Eden. Dia membuka langkah seribu, berlari keluar dari makmal komputer. Ingin sahaja Eden mengacu pistol ke arah Ivan, Xin menolak Eden sehingga kedua-dua mereka terjatuh.

“Kau ni, memang menyusahkan aku!” bentak Eden. Dia menyiku wajah Xin sebelum bangun, berlari mengikut jejak langkah Ivan.

Namun, tatkala selangkah keluar dari makmal, Harisya yang sudah menunggu di sebalik pintu menyepak kaki Eden. Lelaki itu jatuh tertiarap. Ivan yang bersama dengan Harisya, cuba merenggut pistol daripada tangan Ivan.

Eden menyepak belakang lutut Ivan, biarpun dia masih terbaring. Tubuh Ivan longlai lalu jatuh terduduk. Harisya pula cuba mendepak tangan Eden, namun gadis itu ditumbuk di pipi kanan sehingga jatuh tersandar pada dinding.

Eden bingkas bangun. Dia mengacu pistol ke arah Ivan. Ivan pula memeluk tubuh lelaki itu sehingga terjatuh duduk. Mucung pistol kini di belakang badan Ivan. Ingin menarik picu, Harisya pula menghalang. Gadis itu cuba merebut pistol daripada tangan.

“Pergi!”

Eden menyiku keras Harisya. Gadis itu terdampar. Kening kanannya berdarah. Mengalir keluar, turun di pipi. Ivan dilutut pada bahagian perut sehingga lelaki itu melepaskan pelukan.

Eden bangun. Sempat dia menyepak kepala Ivan berkali-kali sehingga wajah lelaki itu berlumang dengan darah.

“Tengok, apa yang aku ada kat sini. Mayor dan juga seorang lagi Villager. Atau ... aku nak panggil kau ... Protector?” suara Eden. Nafasnya kencang, lelah dengan pergelutan. Langkahnya mendekati Harisya yang masih di atas lantai.

“Macam mana kau tahu aku Protector?”

“Aku dapat surat daripada Ash. Dia dah beritahu aku pasal kau, Ivan dan juga Yuri. Dari awal lagi aku tahu identiti kau dan Yuri. Tadi, Ash hantar surat dan beritahu aku pasal identiti Ivan pula. Ash dah atur aku untuk bunuh korangp. Malam ni, aku tak rasa nak bunuh Ivan. Aku rasa, kau pun patut mati sebab kau dah gunakan kelebihan kau untuk lindungi Ivan, kan?”

Eden masih tidak tahu bahawa Harisya telah menggunakan kelebihannya untuk melindungi Yuri. Namun, Yuri pula diundi keluar. Belum tamat durasi 24 jam untuk dia menggunakan semula kelebihan Protector.

“Ash? Siapa Ash? Tak ada orang yang nama Ash dalam kalangan kita.”

“Entah. Tapi, aku peduli apa pasal tu? Now, die!

Harisya pejam mata bagaikan sudah akur. Dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Mana mungkin wanita sepertinya mampu melawan fizikal Eden.

Namun, tatkala picu itu ditarik, Ivan menghalang tubuh Harisya. Kolar besi pada leher lelaki itu menghasilkan renjatan elektrik untuk seketika. Ivan jatuh terbaring. Terkejut besar Harisya dengan tindakan Ivan. Eden pula menggetap gigi.

Eden cuba menarik picu pistol kembali. Entah kenapa picu itu bagaikan tersekat. Jadi, benarlah. Pistol itu telah khas dicipta untuk membunuh hanya seorang.

Kolar besi pada leher Ivan berkedip kemerah-merahan. Ia tidak ubah seperti yang pernah terjadi kepada Yuri ketika gadis itu diundi keluar.

“Kau ... kenapa kau selamatkan aku!” tergamang Harisya tatkala melihat keadaan kolar besi pada leher Ivan. Imbasan akan kejadian yang berlaku terhadap Yuri, kembali menghantuinya.

“Aku tak tahu. Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu. Dah tak guna. Aku akan mati,” lemah balasan Ivan.

“Aku yang patut mati, bukan kau! Kau, Mayor! Kau penting!”

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now