Interlude Chapter: Begin

351 74 19
                                    

Telinganya menangkap suara tangisan dan kekeliruan. Dia yang tidak sedarkan diri, langsung membuka mata. Dia bingkas bangun dari perbaringan. Liar mata melihat sekeliling. Beberapa orang gadis yang tidak dikenali sedang menangis. Tampak pula wajah beberapa orang lelaki sedang menahan marah. Ketika itu juga, dia sedar yang dia berada di dalam sebuah bilik. Sembilan buah kerusi mengelilingi meja bulat yang ada butang besar ditengahnya dan terpasang sebuah televisyen besar pada dinding di belakang meja itu.

Jelas tertayang beberapa patah kata pada skrin televisyen. Perlahan-lahan dibacanya dari jauh dengan penglihatannya yang tajam. "Selamat datang ke permainan maut, Mafia Game."

"Mafia Game? Ini ke iklan pelik yang aku isi semalam?"

"Kau pun sama?" tegur suara seorang lelaki dari belakangnya. Laju dia berpaling. Kelihatan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya. Wajahnya pucat, terlihat ketakutan.

"Kau tak kenal aku. Semua orang dekat sini tak saling kenal. Kita akan mati ... mati. Kita semua akan mati," tambah lelaki itu. Tangannya terketar-ketar. Jelas, dia ketakutan.

"Kau siapa?"

"A-Aku ... F-Fovos. Kau pula?"

"Fovos? Nama orang ke tu?"

"Ya. Aku berdarah Greek. Tapi ... aku tinggal dekat sini."

"Okey ... nama aku, Aszkhil. Sekarang ni, kita ada dekat mana?"

"B-Bilik Mesyuarat. Kau tak sedar tadi masa televisyen tu beritahu semua peraturan permainan."

"Boleh kau beritahu aku balik?"

Favor mengangguk setuju. Dia menceritakan semula semua perkara berkaitan dengan Mafia Game termasuklah peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi. Terdapat sembilan orang pemain. Mereka harus bertarung nyawa untuk hidup dan memenangi ganjaran permainan. Namun, Fovor terlihat menyesal dengan keputusannya mengisi borang penyertaan dalam iklan pelik semalam.

"Kolar besi di leher kita ni nampak macam alat canggih. Menarik..." kata Aszkhil seraya menyentuh kolar besi berwarna hitam dilehernya.

"K-Kau nampak tenang. Kau tak takut?" soal Fovor.

"Aku akan takut bila aku rasa aku lemah. Aku tenang sebab aku rasa aku paling kuat di sini. Kau tahu ... kekuatan sebenar bukan terletak pada bentuk badan yang sasa. Tapi, bila kau guna akal kau untuk berfikir ... kau akan jadi kuat."

"U-Untung sebab kau orang yang bijak. Tapi aku ... tak macam kau. Aku lemah dan bodoh. A-Aku rasa ... aku orang yang pertama akan mati."

Aszkhil berdiri. Dia membuat regangan seraya berkata, "Jangan risaulah, aku akan lindungi kau. Sekarang ni, kita kena buat apa?"

"Keluar dari bilik ni dan pilih bilik tidur. Dalam tu, ada telefon dan kad peranan. Kau yakin nak bekerjasama dengan aku?"

"Kalau kau setuju."

"Macam mana kalau aku dapat peranan Mafia dan kau pula Villager?"

"Tak mungkinlah. Kalau kau nak menang, ikut saja apa yang aku cakap. Kita akan menang dengan rancangan aku. Sebelum tu, aku perlu baca dulu semua peraturan-peraturan permainan ni," balas Aszkhil dengan nada serius. Dia tersenyum sinis seraya melihat tajam ke sudut siling berhampiran dengan pintu keluar.

"B-Baik ... aku akan ikut cakap kau."

*****

Tidak jauh dari bangunan, tersembunyi sebuah rumah kecil yang menjadi ibu pejabat atau rumah yang menempatkan dalang di sebalik permainan Mafia. Terlihat jelas beberapa buah komputer yang dipapar rakaman CCTV tersembunyi dari setiap sudut bangunan, diperhati oleh beberapa orang individu yang saling mengenali. Mereka duduk semeja, menghadap komputer. Setiap seorang memerhati gerak-geri setiap pemain.

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now