Bab 9: The Lost Leader (Part 3)

159 49 10
                                    

Sudah bagai cerita dalam novel. Dia muncul di saat aku tenggelam dalam fitnah. Dia menghulurkan tangan, cuba menggapai aku yang sudah pasrah dibawa arus kekejaman dunia. Tidak hirau akan nasib yang pernah dilaluinya, kerana aku dan dia adalah sama.

Sejak dari hari itu, kami belajar bersama, keluar bersama ke mana sahaja tanpa menghiraukan kata-kata jijik daripada 'syaitan' lidah bercabang.

Kami hidup dalam dunia sendiri. Dunia fantasi fatamorgana yang indah, lebih elok dari dunia nyata yang sudah rosak dengan nafsu serakah manusia.

Namun, kesenangan itu tidak lama. Sudah tercatat dalam kalam takdir yang semuanya bakal berakhir jua. Bahkan, watak dalam novel pun bakal menemui kesudahannya apatah lagi kehidupan yang sudah bagaikan buku cerita.

Awan yang putih itu akan bertukar mendung, sulit membawa perih yang sudah tersimpan. Lama kelamaan bakal menurunkan hujan yang lebat. Tetapi, setiap kali hujan, aku berharap dapat melihat hari yang cerah dengan pelangi yang terbentang luas bak permaidani panjang.

Namun, itu hanyalah angan-angan.

Selamat hari jadi!” ucapnya dengan penuh gembira. Senyuman pada wajahnya terukir indah tatkala aku pandang. Lilin pada kek yang dibawa, aku tiup.

Hanya kami berdua, di gerai makan tanpa manusia.

“Aku susahkan kau pula,” kataku pula.

Tak ada yang susah pun. Aku tak tahu pula hari jadi kau awal.”

“Hari jadi kau bila?”

Hujung tahun. Lambat lagilah. Tapi, tak apa. Aku tunggu hadiah kau. Aku nak kek dua tingkat dan telefon baru.”

Meminta-minta pula. Kau ingat aku ada duit?”

“Hahaha! By the way, ni dah masuk kali ke berapa kau sambut hari jadi?”

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now