Bab 1

7.5K 449 29
                                    

Seorang wanita itu, tingkahnya harus santun.

Bang! Sebutir peluru membolosi jantung seorang lelaki berceloreng yang sedang memeriksa kawasan dengan AK-47 di tangan dan bom grenade di pinggang.

Seorang wanita itu, wataknya harus anggun.

Pundi kencing aku kosongkan di situ juga tanpa sedikitpun beralih daripada kedudukan. Mataku tidak beralih daripada skop yang terpasang pada senapang. Sudah hampir 24 jam aku berada dalam posisi meniarap. Selagi belum menerima arahan, aku wajib kekal di posisi itu. Seekor ular sawa bersaiz sederhana mungkin 2 kilogram beratnya menyusur menghampiri tangan aku. Fairbain Skyes yang aku letak di tanah, terus aku capai dan kepala ular itu aku tikam. Sumber protein sudah aku perolehi siap pakej air merah bukan sirap tapi darah.

Seorang wanita itu, wajahnya harus membuat orang terpegun.

Tanah aku sapu ke muka biar solekan penyamaran aku kelihatan lebih realistik. Senada dengan alam. Aku bersatu dengan tanah, rumput, kayu dan pepohon yang berada di kawasan curam berbukit. Menanti ketibaan musuh yang tidak pernah mengukur ketinggian langit tempat kami berada sedang darjat mereka sehina terperosok di bawah tujuh lapisan bumi.

Mereka berani mara menginjak tanah berdaulat ini maka mereka perlu berani jugalah menanggung azab yang bakal mereka hadapi.
Melalui skop, aku dapat melihat dengan jelas sekumpulan enam orang tentera musuh yang berada dalam formasi caca-marba tanpa topi ballistic di kepala. Hendak mengkategorikan mereka sebagai tenterapun aku rasa tidak layak. Mereka lanun. Ya, lanun tanpa negara yang mahu menuntut sebuah pulau milik Malaysia dengan alasan pulau ini pernah ditadbir oleh nenek moyang mereka dan telah dirampas oleh tentera Melaka ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka atas perintah sultan pada ketika itu.
Skop itu aku laraskan supaya aku dapat melihat mereka dengan lebih jelas.

Tenang, nafas kutarik. Picu aku ramas sambil minda ligat membuat percaturan nyawa mana satu yang akan melayang dahulu. Picu yang hampir aku tekan itu aku lepaskan kerana mereka berkelakuan aneh. Aku memilih untuk memerhatikan mereka dahulu.

Mereka membawa sebuah beg yang agak besar. Sebuah radio komunikasi dikeluarkan daripada beg itu. Namun apabila salah seorang daripada mereka ternampak mayat lelaki yang baru sahaja aku tembak beberapa jam lepas, masing-masing terus berkemas untuk melarikan diri. Mereka tahu, tidak aman untuk mereka berada di situ. Namun malang nasib mereka kerana sudah ditenung oleh skop aku. Tiada sesiapa yang akan bernyawa selepas menjadi sasaran Raven.
Enam butir peluru kubidik selang 10 saat. Satu peluru satu nyawa. Kena pandai berjimat kerana bajet pertahanan tak tinggi mana. Bergelimpangan mayat di situ.
Raven itu sign name aku. Aku tahu, tak comel langsung. Tapi sign name itu diberi oleh jurulatih kerana gagak itu hitam dan angkuh seperti aku.

"Raven to war room, copy?" Aku mahu membuat laporan.

"War room copy," balas anggota yang menjaga radio di sebelah sana.

"6 orang musuh mati bersama radio komunikasi." Aku membuat laporan ringkas.Memandangkan aku ditempatkan di kawasan hot spot, memang banyaklah laporan kematian mereka terima.

Seekor anjing perang milik Angkatan Tentera DiRaja muncul dari sebalik semak dan menghidu-hidu kawasan sekeliling. Aku terus bersiul sebagai isyarat aku berada di sini. Sahabat yang kutunggu sudah tiba. Ia pasti membawa perkhabaran gembira buat  otot-otot di tubuh aku yang sudah kekejangan.

"Easy boy, easy." Aku memberi arahan kepada anjing perang bernama Max itu supaya dia meniarap bersamaku.

Tidak lama kemudian, aku merasa ada pergerakan manusia daripada arah anjing perang itu datang. Max terus bangun dan berkawal untuk menjadi mata belakangku. Jangan kau buat gila dengan seekor anjing perang terlatih. Gigitannya mampu membunuh. Asakannya mampu mencederakan tanpa ampun.

"Raven, aku ganti. Kau balik dengan Max. Oh ya, Hawk dah sampai tapi kau jangan bunuh dia sekarang. Tunggu balik kem tau?" Robin hadir bersama senapang dan sut penyamaran.

Aku perhatikan dahulu sekeliling sebelum bangun daripada posisi meniarap. Mendengar nama Hawk sahaja sudah cukup untuk membuat darah aku menggelegak. Aku dipanggil menyertai operasi ini kerana Hawk tidak mengangkat telefon. Alasannya dia cirit tiga jam dalam jamban. Bila keluar, tahu-tahu sahaja ada panggilan operasi tetapi pasukan elit sudah bergerak. Dia diarahkan untuk mengikuti pasukan sokongan kedua. Lain kali, bawalah telefon masuk jamban sekali!

Pisau yang tercacak pada tanah dan kepala ular itu aku cabut. Rangsum tempur aku masih berbaki dua pek dan aku juga masih ada biskut mayat untuk menyambung hayat.

"Kau nak sawa bbq?" Aku menunjukkan ular itu kepada Robin.

"Tak, aku ada makanan. Ni belum kira darurat lagi. Tapi kau boleh tinggalkan dekat sini. Aku nak jadikan dia aksesori tambahan." Robin menolak.

"Sini hot spot, kau nampak aje musuh, terus bagi head shot. Aku gerak dulu." Aku bangun lalu meregangkan otot kemudian terus bergerak bersama Max yang akan menjadi pengawal peribadi aku.

Dua jam berjalan kaki, akhirnya aku tiba di base camp dengan selamat. Segala sut penyamaran sudah aku tanggalkan. Hanya baju khakis berlengan pendek bersama seluar loreng tentera darat tersarung di tubuhku. Aku melapor kepada Tuan Ishak selalu komander tempur di war room.

"Raven, bawa Max pergi sungai. Kami dah sediakan tempat untuk kau mandi. Maaf terpaksa panggil kau untuk turun operasi dalam hutan. Pengganti kau belum ada, Raven. Kau belum boleh jadi The Lagendary Raven lagi. Khidmat kau masih diperlukan di sini. Tentang misi di Mogadishu tu —" Tuan Ishak belum habis bercakap tetapi sudah aku celah.

"Tuan, maaf saya bukan nak biadap. Nanti kita bincang semula. Saya dah kencing dalam seluar, tuan. Kalau boleh bagi saya tukar seluar dulupun, okay." Aku tak mahu berbincang tentang misi itu di sini.

Tuan Ishak mengangguk faham. Dia lepaskan juga aku pergi. Aku terus menuju ke tempat simpanan barangan peribadi. Aku ambil beg milik aku kemudian membawa Max untuk mengikuti aku ke sungai.

Ada satu binaan bilik air segera dengan pancuran air mudah alih di kawasan itu. Aku dudukkan Max di depan pintu bilik air. Sepantas mungkin aku menyelesaikan urusanku kemudian keluar. Aku tak gila lagi hendak menikmati mandian di sini.

Aku serahkan Max kembali kepada pegawai unit anjing perang. Tatkala aku berpusing, mata aku terpaut pada sepasang mata coklat gelap milik Hawk. Jejaka Melayu bertubuh sasa itu suci bersih sedangkan aku comot habis.

"Terima kasih cover aku." Hawk tersengih bagai kerang busuk.

"Jangan elak." Aku beri amaran awal kemudian tanpa salam aku tumbuk kuat perutnya sedas sehingga dia senak.

"Sorry la. Lain kali aku cover untuk kau pula. Kau kan gadis Iban cantik rupawan agi idup agi ngelaban." Hawk tekan kuat perkataan cantik seakan memerli aku sambil memegang perutnya.

Cantik apa bila muka masih comot baki calitan loreng yang tak tertanggal? Rupawan apa kalau bau bangkai melekat tak hilang?

"Tak ada lain kali, Hawk. Aku nak cuci tangan dah." Aku mengingatkannya.

"Kau serius nak bersara awal?" Wajah Hawk bertukar serius.

"I'm getting married, Hawk. I don't think perempuan kecing dalam seluar sebab operasi fits the narrative of being a wife. Kau jangan tunjuk sangat kau tu tergila-gilakan aku." Sebenarnya aku sendiri berbelah bahagi untuk meninggalkan kerjaya ini tapi bukankah cinta perlukan pengorbanan?

"Such a waste of talent." Hawk bercakap dengan perlahan tetapi cukup untuk telinga aku tangkap.

Aku dan Hawk dipanggil oleh Tuan Ishak.

"Kami perlukan kamu berdua untuk buru sniper musuh berhampiran base camp mereka. Intel dah tanda beberapa lokasi. Jumlah sniper menurut intel ada 4 orang. Mungkin ada lebih lagi. Kita nak hantar troop masuk dan cantas mereka dengan serangan gerila malam esok jadi sebagai mukaddimahnya saya rasa cukup hantar kamu berdua." Tuan Ishak yakin dengan kemampuan kami.

Ini bukan kali pertama aku digandingkan dengan Hawk. Sudah tiga tahun kami berada dalam unit yang sama dan menjalankan pelbagai operasi serta latihan bersama.

"Cheers to your last mission, Raven." Hawk melemparkan senyuman buatku.

UndercoverWhere stories live. Discover now