Bab 11

2.4K 361 52
                                    

Jam 4:30 pagi aku sudah terjaga. Aku mahu cepat-cepat mandi kerana bimbang bilik air penuh. Bilik air rumah ini berada di dapur jadi aku bawa sekali segala pakaian ganti yang perlu. Rumah Hawk ini tipikal rumah kampung dua tingkat. Atas kayu bawah rumah batu. Aku berhati-hati melangkah supaya kayu tidak berbunyi terlalu kuat. Bimbang mengganggu pula.

"Awal bangun. Mesti kau mimpi aku sebab tu tak sabar nak bangun kan?" Hawk menegur aku. Di tangannya ada sebuah buku. Pagi-pagi dah baca novel.

Dia tidur di sofa ruang tamu malam tadi. Takkanlah Cik Rozy sampai hati nak biarkan anak teruna dia tidur dengan ayam.

"Haah, sebab mimpi kau la aku bangun awal nak mati. Mimpi ngeri." Aku terus menuju ke bilik air.

10 minit kemudian aku keluar semula. Mandi tak payah lama-lama. Cukup badan bersabun dan berjirus. Gosok gigi dan cuci muka.

Wal fajr.

Langkah aku terhenti. Tegak aku berdiri di sebalik dinding yang memisahkan ruang tengah dengan ruang tamu.

Walayalin 'arsh.

Bunyinya seperti bahasa arab. Aku ingatkan dia pegang novel. Pasti dia sedang memegang Al-Quran.

Wasyafie walwatr.

"Raven kalau nak dengar boleh duduk sini tak payah jadi patung cendana dekat situ." Eh? Baca Al-Quran boleh main pause ke? Nampak sangat tak khusyuk.

Aku duduk di hadapan Hawk. Selimut dia hulur kepadaku. Wow satu keanehan di pagi hari. Biasanya dia campak sahaja ke mukaku.

"Baca atau dengar Al-Quran tak perlu tutup aurat tapi sebaiknya jagalah adab dengan Al-Quran. Cover kepala sikit."

Aku menyambut huluran selimut yang melekat bau Hawk. Bau cologne lelaki. Aku tutup rambut elok-elok.

"Nama aku bersempena dengan aku lahir pada waktu fajar dan Allah telah bersumpah dengan waktu fajar dalam sebuah surah dalam Al-Quran. Intipati surah ni tentang peringatan dan nasihat kepada manusia yang bila diuji dia tak chill langsung. Always go for extreme. Nak tahu ke?"

Aku mengangguk. Aku nak tahu sebab ada nama Fajar sahaja sebenarnya.

Auzubillahiminassyaitannirrajim...

Aku faham syaitan sahaja.

"Aku berlindung daripada syaitan yang direjam." Oh, Hawk akan baca dengan terjemahan sekali.

Dia meneruskan bacaan. Hawk membaca Al-Quran dengan begitu lancar seperti itu bahasa pertuturan hariannya. Ada sedikit irama dalam bacaannya.

Damai.

Demi waktu fajar (1)

Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); (2)

Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;(3)

Dan malam, apabila ia berlalu; - (4)

Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? (5)

(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) (6)

Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) (7)

Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? (8)

Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? (9)

Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (10)

UndercoverWhere stories live. Discover now