Bab 20

2.6K 356 92
                                    

Kak Sal memperkenalkan dirinya. Sambil dia menyiapkan aku, kami berbual sedikit. Kak Sal mula menjadikan penjaga pesakit sebagai kerjayanya setelah nenek yang menjaganya meninggal dunia enam tahun lepas.

"Kak Sal ni bukan nak paksa-paksa Senja masuk Islam ke apa. Tu bukan niat Kak Sal. Cuma pedih Kak Sal tengok Fajar tu. Kalau kamu tu halal buat dia, Kak Sal tak rasa Kak Sal perlu ada dekat sini. Memanglah alhamdulillah syukur rezeki untuk Kak Sal jaga Senja tapi beratnya mata dia bila nak tinggalkan Senja setiap kali Kak Sal nak bersihkan badan Senja tu, sampai Kak Sal tak sampai hati nak buat kerja lambat-lambat. Makan ala kadar. Setakat buat alas perut. Kak Sal pesan dah nak jaga orang sakit, dia tak boleh sakit. Dia kena makan baru ada tenaga barulah dia cari nasi. Semua benda dia buat untuk Senja kecuali menyentuh kamu. Kak Sal yang baru dua tiga hari kenal dia ni pun nampak jelas yang dia memang sayangkan kamu seikhlas hatinya. Senja, lelaki yang sayangkan kita senang nak cari. Lelaki yang sayangkan kita bila kita diuji, payah nak cari." Lembut sahaja Kak Sal berbicara sambil menyikat rambut aku.

Selesai tugasnya, Kak Sal terus memanggil Hawk masuk.

"Comel tak aku?" Aku letak jari telunjuk di pipi.

"Buwekkk!" Hawk membuat gaya sedang muntah.

Aku menjelingnya.

"Kau comel, macam..." Dia berjeda sebentar.

"Macam apa?"

"Macam anjing."

Melayang bantal hospital. Makin lama aku duduk dengan dia ni, makin banyak benda yang akan melayang.

"Betul la, comel macam anjing. Boleh dipandang tak boleh disentuh." Lain macam gaya pujian Hawk.

Kak Sal terkedu. Baru tahu perangai tak semenggah Hawk ni. Hancur terus imej lelaki budiman dalam bayangannya.

Dr. Farah masuk untuk membuat pemeriksaan. Hawk tidak keluar alasannya kerana dia tidak dihalau keluar. Baik punya alasan.

"Doktor, agaknya bila ya Senja boleh transfer ke hospital lain?" Hawk bertanya.

Eh, suka hati dia sahaja nak main pindah-pindahkan aku.

"Kita tengok dulu blood test dia, dan buat pemantauan lagi dua hari, hari ni dan esok. Kalau semuanya nampak elok, lusa dah boleh tukar hospital. Cuma untuk borang pertukaran hospital tu kena diuruskan segera la. Saya akan bagi referral letter nanti by hari ni supaya boleh diuruskan segera pemindahan tu, Encik Fajar bolehlah ikut saya." jawab Dr. Farah.

Fajar keluar bersama Dr. Farah. Setengah jam kemudian dia kembali. Kali ini dengan dua bungkusan makanan.

"Kak Sal, nah Nasi Briyani Kambing. Kak Sal makanlah dulu." Hawk menghulurkan satu bungkus makanan kepada Kak Sal.

"Aku punya?" Aku menghulur tangan.

"Kau pakai baju hospital kan? Tunggu la makanan hospital."

Tepat pada masanya, makanan hospital sampai. Nasi putih, sup ayam dan buah.

Hawk makan dengan penuh berselera. Macam mana aku nak percaya Kak Sal cakap dia ni tak berselera?

"Nanti pukul 2 kita kena jumpa radiologist buat x-ray," ujar Hawk sebelum menutup bekas nasinya setelah habis makan.

'kita' eh?

"Mana dapat tulip hitam tu?" Aku bertanya kepada Hawk.

"Manalah aku tahu. Memang ada dekat situ," balas Hawk.

"Kelakar juga kalau kau beli bunga untuk aku," aku tergelak kecil.

Hawk dan bunga? Memang tak kena.

***
Dua hari yang agak panjang sudah berlalu. Aku akan ditukarkan ke Royal Medical Centre, hospital separa tentera yang terletak berhampiran dengan kem. Fisioterapi aku akan bermula di situ nanti.

Aku duduk di kerusi roda dengan bantuan Kak Sal. Ditutup kaki aku dengan selimut.

"Kak Sal, terima kasih jaga saya." Aku menguntumkan senyuman buatnya.

"Semoga cepat sembuh ya." Kak Sal membalas senyumanku

Hawk menolak aku keluar menuju ke kereta. Kak Sal juga mengiringi kami. Dia mendukung aku untuk duduk di tempat penumpang di sebelah pemandu.

Kerusi roda hospital dipulangkan.

Perjalanan menuju ke RMC agak sunyi. Sudahlah perjalanan panjang. Aku merenung ke luar tingkap.

"Hawk, aku dah tak sempurna."

"Eh perasan, kau ingat selama ni kau sempurna ke?" Tak bertapis langsung!

"Ish kau ni," Nasib baik dia tengah memandu.

"Betullah, manusia mana ada yang sempurna. Akupun tak sempurna. Manusia ni ada bahagaian yang dia lebih, ada bahagian yang dia kurang. Sebab tu takdir hidup manusia ni lain-lain. Aku sebagai muslim percaya yang Allah tak akan uji seseorang luar daripada kemampuannya sebab itu janji Allah dalam Al-Quran." Hawk membuat penerangan dengan tenang.

"Kalau kau tak selesa duduk, rendahkanlah kerusi tu. Baring je. Jangan risau, insya-Allah selamat. Aku pemandu berhemah tak macam orang tu." Hawk ni memang suka benar memerli gaya pemanduan aku.

Kau tengoklah nanti. Aku akan dapat pandu kereta semula. Masa tu nanti aku ikat kau dekat tempat penumpang tekan pedal sampai habis! Baru kau tahu langit tinggi ke rendah.

Setibanya di hospital setelah perjalanan yang panjang, Tuan Ishak sendiri menyambut kedatangan kami bersama dua orang jururawat yang akan membantu aku duduk di kerusi roda.

"Raven, focus on your healing. Tak payah fikir benda lain. Kita akan bincang semua tu bila kamu mampu berdiri lagi. Saya yakin kamu mampu." Tuan Ishak memberi kata dorongan.

Hawk mahu menolak aku masuk ke hospital tapi ditahan Tuan Ishak.

"Hawk, kami perlukan khidmat Bruno dan Eva. We need you." Tuan Ishak memandang Hawk.

Aku menoleh ke belakang. Hawk memandang aku. Matanya layu. Renungannya sayu. Seolah-olah dia tidak mahu.

"Hawk, pergilah. Aku okay." Aku tidak mahu menjadi penghalangnya.

Hawk menyeluk poket seluarnya lalu memakaikan sesuatu di leher aku.

"Kau punya aku pegang. Gerak dulu." Dia terus berlalu pergi tanpa menoleh kembali.

Aku memegang dog tag milik Hawk.

Mungkinkah Senja dan Fajar mempunyai peluang untuk bersatu?

UndercoverWhere stories live. Discover now