Bab 10

2.5K 360 84
                                    

"Baju nak pakai, tuala, berus gigi semua dah ada?" Cik Rozy bertanya kepadaku.

Betul juga! Hawk punya fasal la ni. Otak aku tak dapat fikir apa yang aku perlu.

"Emmm... Baju dah ada tapi tuala dengan toiletries tak ada." Rasa seganlah pula menyusahkan orang lain sedangkan aku tahu pasti Cik Rozy sedang sibuk. Sekarang dia perlu uruskan aku pula.

Segala beg aku sudah ditinggalkan dalam stor di kem. Tak larat nak kuusung ke sana sini.

"Tak kisahkan nak guna tuala sini? Tuala bersih ada banyak."

"Boleh aje cik." Takkan aku nak menolak.

Cik Rozy membawa aku ke bilik Hawk setelah aku berjumpa dengan Ulyana, adik Hawk yang bakal menikah malam ini. Katanya dia akan datang semula dengan tuala dan berus gigi nanti.

Bilik Hawk sangat biasa. Tanpa dekorasi melebih. Hanya ada katil bersaiz queen, almari, meja belajar, tempat penyidai sejadah dan agak mengejutkan, Hawk mempunyai dua rak buku tinggi yang penuh dengan novel Melayu dan Inggeris. Aku perasan dia juga mempunyai tablet Kindle. Setiap buku itu berbalut dan mempunyai label nombor macam dalam perpustakaan. Buku pada bahagian bawah rak masih belum diproses. Ada yang masih duduk dalam plastik. Ni mesti kes beli dulu baca nanti. Semuanya buku fiksyen. Macam-macam genre ada. Aku agak melalui kulit bukunya. Lain macam hobi dia ni.

Aku ambil satu buku. Halaman pertama aku buka. Kelas kau ada tandatangan penulis lagi. Aku tak boleh bayangkan Hawk menunggu penulis membuka tempahan lalu dia berjuang untuk slot penulis yang biasanya sedikit. Aku tahu sebab kawan aku dulu gila novel. Sanggup bersengkang mata kerana penulis buka tempahan pada jam 12 tengah malam.

Ada satu kertas bertulisan tangan yang terselit dalam buku itu.

4.5 bintang.
Ini resensi buku. Ada ditulis sedikit komen mengenai buku itu.

Aku buka buku yang lain. Ada kertas yang sama. Seorang Fajar Aliuddin dengan call sign Hawk; sniper yang digeruni musuh, terunggul antara yang terbaik mengambil masa untuk membaca novel cinta dan membuat resensi pada setiapnya.

Aku tak ketawa. Aku faham dia. Sama seperti aku yang hanyut bila berhadapan dengan kanvas kosong. Hawk hanyut dalam dunia rekaan penulis. Escapism ini kami perlukan untuk terus hidup.

Knock knock.

Pintu diketuk. Aku letak semula novel itu pada tempatnya. Pintu itu aku buka. Bukan Cik Rozy yang muncul tapi Hawk.

Pintu hendak kututup semula tapi dia tahan dengan tangannya.

"Keluar la sekejap aku nak ambil barang aku." Hawk menunjuk ke arah almari dalam biliknya.

Aku pantas keluar sebelum dia menyuruh aku yang pergi mengambilnya. Tak rela!

"Sejak bila kau baca novel Hawk?" Aku bertanya di muka pintu.

"6 tahun lepas. Lepas abah meninggal. Mulanya nak escape je cuba benda baru sekali tak boleh keluar dah."

"Oh, tapi kan sungguh ke kau baca sebab aku tengok pending list tu panjang berjela. Ke kau punya hobi ni sebenarnya beli buku aje?"

"Auch, terasa nyah!" Hawk memegang jantungnya.

Dia bangun dan mengambil plastik baju aku.

"Daripada kau tercegat dekat sini, baik kau pergi gosok baju. Kau straight je nanti kau nampak la ada iron board. Jangan risau terbakar aku beli iron steam yang ada teknologi pengesan suhu." Hawk ikat plastik itu kemudian dia campak kepadaku.

"Aku pandai gosok baju la!" Plastik itu aku sambut kemas kemudian terus menuju ke ruang yang disebut Hawk.

***
Baju kurung kapas putih berbunga biru kecil aku sarungkan ke badan Sehelai selendang putih bersama anak tudung aku selempangkan kiri dan kanan sekadar menutup kepala bagi menghormati majlis.

UndercoverWhere stories live. Discover now