Bab 18

2.5K 365 83
                                    

Jap bagi I tarik nafas dulu. Brace your heart takut meletup. Huwaaaaaaaaaaa POV Hawk 😭😩

Raven cuma tidur.

Aku yakin dia cuma tidur tetapi wajahnya terlalu tenang. Tiada kerut langsung seolah-olah dia tidak menanggung kesakitan. Peluh dingin membasahi wajahnya yang sudah berlumuran darah dan tanah. Bibir yang sentiasa melawan dan bersumpah untuk membunuh aku setiap kali ada peluang itu pucat membiru.

"Raven, bangun. Kalau aku picit hidung kau mesti kau mengamuk kan?" Aku cuba berjenaka tapi suara aku menggeletar.

Raven tidak memberi sebarang reaksi. Sarung tangan aku tanggalkan untuk merasa nadi di leher Raven tetapi jari aku tidak dapat mengesan apa-apa. Raven sudah kehilangan terlalu banyak darah. Jantungnya sudah tidak terdaya lagi untuk mengepam darah.

Aku cuba merasa denyut jantungnya ataupun cukuplah hangat nafasnya.

Tiada.

Daripada meriba kepala Raven, aku terus mengubah kedudukan supaya dapat membuat CPR.

"Lambat lagi ke cikgu?" Aku bertanya sambil membuat tekanan dada berulang kali dengan bersungguh.

"ETA 5 minit. Ambulan dah tunggu depan klinik kesihatan. Blood supply masalahnya sekarang. Darah Raven AB negative. Bekalan dekat klinik memang tak ada. Dekat hospital besar terdekat tak banyak tapi Tuan Ishak dah minta bekalan darah dihantar segera."

"Kau ni tak cukup jadi perempuan rare, darah pun nak rare juga ke?" Aku rasa sangat tidak berguna sekarang kerana aku berdarah A positive. Tubuh Raven akan menolak darah aku. Nampaknya seluruh kewujudannya menolak aku.

Fajar dan Senja mana mungkin bersatu.

Cahaya ambulan sudah kelihatan. Sebaik sahaja tiba, Cikgu Wahid terus membuka pintu, aku mendukung Raven yang terkulai keluar daripada kereta.

Aku baringkan Raven di atas katil kemudian doktor dan jururawat yang menyambutnya terus memasangkan segala macam wayar. Habis berselirat di atas tubuh Raven.

Dog tag Raven ditanggalkan kemudian diserahkan kepada aku sebelum Raven ditolak ke bilik pembedahan kecil untuk dijahit luka yang terbuka terlebih dahulu supaya tiada lagi pendarahan aktif yang berlaku.

Aku hanya mampu tersandar pasrah di dinding klinik kesihatan itu. Aku tak mampu buat apa-apa untuk Raven. Aku yang salah. Posisi Raven di belakang aku tapi aku minta dia ke depan dulu untuk periksa situasi. Aku yang bunuh Raven.

Tangan aku mula memukul kepala. Aku yang bunuh Raven. Aku yang sebabkan dia kehilangan kaki. Semakin kuat tangan aku memukul kepala. Sakit ini tak akan sama dengan apa yang Raven tanggung.

Aku menarik nafas panjang dan dalam. Hawk, jangan biar emosi menguasai. Tangan yang berdarah itu aku buka.

Darah Raven.

Perasaan ini sama macam waktu abah meninggal dunia. Pedih. Rasa itu menikam dalam tetapi kekal tersimpan. Luka yang tidak pernah sembuh itu berdarah kembali.

Raven akhirnya keluar tetapi aku dihalang daripada mendekatinya. Tentulah. Aku terlalu kotor sekarang. Aku tidak mahu merisikokan nyawa Raven lagi.

"Raven, kau fighter! Terunggul dalam kalangan terbaik. Lawan Raven! Jangan kalah!" Aku melaung sepenuh jiwa ketika Raven yang tertutup matanya ditolak masuk ke dalam ambulan.

Entah kenapa aku rasa kalau aku jerit macam tu, Raven akan bangun dan terus baling boot dia dekat aku. Siapa tahu? Keajaiban mungkin berlaku.

Tetapi keajaiban tidak berlaku. Mata Raven kekal terpejam. Ambulan berlalu pergi dengan laju meninggalkan aku yang berdiri tegak dan kaku.

UndercoverWhere stories live. Discover now