Bab 13

2.4K 341 35
                                    

"Senja, jaga diri ya? Tolong tengok-tengokkan si Fajar ni. Rumah acik ni rumah kampung aje. Jangan segan-segan lagi nak datang sini." Cik Rozy menarik aku dalam dakapannya.

'Memang saya tengok Fajar, acik. Saya tengok dia kecil besar kecil besar je. Rasa macam nak hempuk dengan kuali pun ada.' Dalam hati sahajalah ia terlafaz. Depan Cik Rozy aku tarik senyuman sahaja.

"Abang, jaga diri. Ibu reda dengan abang. Ibu maafkan abang. Kerjalah dengan ikhlas dan hati yang lapang." Cik Rozy mengucup dahi anaknya lalu memeluk Hawk dengan erat.

Cemburu.

Andai sahaja mama begitu...

Kami bergerak pulang ke kem. Jaraknya hanya dua jam perjalanan. Tidaklah jauh mana. Sampai sahaja di kem, aku terus pergi mengambil beg yang aku tinggalkan dalam stor. Mujur masih ada di situ.

Beg galas aku galas di bahu. Bagasi besar aku tarik. Hawk berjalan lenggang kangkung. Sampai di hadapan tangga,  aku lepaskan beg bagasi untuk menutup pemegang supaya aku boleh angkat naik tangga. Belum sempat aku mengubah kedudukan bagasi, Hawk terlebih dahulu memegang pemegang sisi bagasi itu dan mengangkatnya dengan sebelah tangan. Mujur rumah aku hanya di tingkat dua. Beg aku diletakkan di hadapan rumah yang berpalang. Macam aku tak bayar sewa pula.

"Tunggu sekejap." Hawk pergi ke rumahnya. Tidak lama kemudian dia kembali dengan kunci di tangan.

Palang itu dibuka. Aku terus membuka kunci gril dan pintu rumah.

"Aku nak pergi ambil Bruno. Kau nak aku ambil Eva sekali ke?" Hawk bertanya.

"Mestilah aku nak ambil Eva. Risau pula kalau dia lupa aku tuan dia." Aku memang berniat nak ambil Eva selepas angkat barang.

Kami turun semula. Tayar kereta sekali lagi bergolek untuk ke veterina tentera yang menjaga haiwan-haiwan tentera.

"Look who's here. Mama papa Bruno dan Eva. Buka cage Bruno dan Eva, Syaf." Salah seorang staff di situ menegur kami.

Ewww, mohon jangan kombokan aku dengan Hawk begitu. Macam aku kahwin dengan dia pula. Ergh, mimpi ngeri!

Serentak aku dan Hawk bersiul. Eva hinggap di bahu aku. Bruno pula hinggap di bahu Hawk. Rindunya! Aku terus mengambil Eva dan membelainya. Nasib baik dia masih kenal aku.

"Hello Bruno." Aku menepuk bahu kiri aku. Bruno terus terbang ke bahu kiri aku. Bagus. Bruno juga masih ingat aku jadi tidak perlulah hendak melatih mereka semula.

Setelah mengucapkan terima kasih, kami bergerak pulang ke kem.

"Hawk, peti sejuk dengan almari makanan aku kosong." Aku baru teringat perkara itu.

"So? Aku ke yang kena isi?"

"Ish kau ni, singgahlah pasar raya mana-mana sekejap. Aku beli sikit je. Kau tak payah turun pun. Kau jagalah Bruno dengan Eva dalam kereta." Aku sebenarnya malas nak keluar lagi.

"Okay la, ni kira tanda terima kasih sayang aku sebab kau banyak tolong majlis Ulyana." Hawk terus mengambil jalan ke pasar raya besar.

"Macam ni la Hawk. Kasih sayang kau diterima." Aku tersengih menunjukkan sebaris gigi putih.

"Menyampah aku." Hawk menjeling.

Masuk sahaja ke tempat letak kereta, Hawk menyuruh aku mengambil eco-bag di bagasi kereta. Bagus Hawk ni, sayang penyu. Jimat 20 sen aku.

"30 minit maksimum. Lewat 1 minit, kau balik jalan kaki."

"Cis, tak apa abang Car Koala ada."

"Kalau macam tu kenapa kau tak suruh abang Delivery Koala belikan barang? Nak juga abang Hawk yang bawa."

"Aku bukan adik kau tak payah nak berabang dengan aku," pantas aku membidas.

"29 minit..."

"Woi mana aci dah count down." Aku terus berlari masuk ke pasar raya itu.

Pelan lantai pasar raya ini sudah aku hafal. Mudah sahaja aku bergerak dari lorong ke lorong untuk mengambil segala keperluanku. Bahan masakan basah aku beli sedikit sahaja. Mood memasak belum sampai lagi. Jam kukerling sekilas tahu-tahu 20 minit sudah berlalu. Aku memeriksa semua barang yang aku beli. Cukup lah ni. Troli terus kutolak ke kaunter pembayaran. Selesai membuat pembayaran, aku keluar.

26 minit. Cemerlang!

"Kata nak beli barang sikit je. Sekali keluar satu troli." Hawk memerli aku.

Aku buat tak layan. Tiga beg eko besar yang dia beri, semua penuh. Itu belum termasuk beras, minyak dan sabun pencuci baju. Hawk menggeleng kepala lalu meneruskan perjalanan pulang. Sampai sahaja di kem, tanpa aku perlu meminta dan merayu Hawk terus membantu aku mengangkat barang. Aku tak mahu tegur dia sebab nanti dia tak mahu angkat lagi. Aku yang rugi sendiri.

"Merpati dua sejoli pergi grocery shopping sama-sama ke tu?" Robin menegur kami.

"Do I look like a merpati to you?" Aku memberi pandangan tajam kepada Robin.

"Garang la akak Raven ni. Aku gerak dulu la." Robin terus berlalu pergi.

Selesai semua barang masuk ke dalam rumah, aku terus berbaring di sofa.

Home sweet home.

Sunyi.

Terima kasih Hawk, culik aku.

UndercoverWhere stories live. Discover now