Bab 5

2.7K 323 39
                                    

Bam! Bam! Bam!

"Raven!"

Bam! Bam! Bam!

"Oi Raven!"

Bam! Bam! Bam!

"Siti Nur Raveniah! Baik kau buka pintu sebelum aku cabut pintu ni." Keras benar suara Hawk.

Aku yang berada di sebalik pintu menahan tawa yang hendak meletus. Siti Nur Raveniah? Pun boleh!

Aku bersiul. Eva yang berada di seberang bilik terus hinggap di bahuku. But taktikal aku sarung dan kuikat kemas.

"Raven! Siti Nur Raveniah! Oi!" Marah benar nampaknya.

Aku membuka pintu laju dan mengejut. Ingatkan dia akan terjatuh melutut dek terkejut tapi hampir diketuknya kepala aku. Mujur Eva pantas menghalang dengan terbang di antara kami.

"Kau nak apa ha stalker?" Aku terus bertanya.

"Tayar kanan belakang aku pancit. Flat habis." Andai mata Hawk itu senapang sniper, sudah lama aku menemui ajal.

"So? Tukar je la tayar."

"Kau yang terakhir guna kereta aku. Dengan segala hormatnya, kau tukar tayar belakang tu se.. ka... rang! Aku nak pergi padang sasar la gila. Nak toreh tayar aku ke nak letupkan rumah aku ke boleh tak tunggu masa aku cuti panjang?" Hawk kelihatan seperti hendak membunuh aku.

"Bukan macam tu nak minta tolong orang. Cuba kau buat macam pagi tadi. Tangan kanan dekat dahi tangan kiri dekat dada lepastu cakap macam ni. Please Raven, I jantan lemah tak berdaya. Please tukarkan tayar kereta I."Aku mengajuk lakonannya pagi tadi.

Hawk membatu. Mukanya ketat. Lawak aku memang tak lawak. Aku tahu tu.

"Naik aje la kereta aku. Kita sama-sama nak pergi sana kan? Kecoh la kan Bruno kan?" Aku terus mengunci pintu. Bruno di bahu Hawk aku sapa.

"This is not how you invite someone to carpool, Raven. Aku tahu esok pagi tayar aku dah berganti." Hawk mengekori aku. Langkahnya pantas dan besar. Sekejap sahaja dia sudah berada di sebelah aku.

"Ada bukti ke aku yang pancitkan tayar kau tu?"

"Siti Nur Raveniah, aku kenal kau lama dah. Kau bukan jenis yang kenang budi. Kau drive kereta aku pergi Taman Sentosa. Mula-mula kau pergi kedai baju, lepastu kau cuci kereta dan isi minyak dekat Petron Taman Sentosa tu, lepastu kau balik dan parking kereta lurus cantik-cantik dekat spot aku. Lepastu kau buka penutup angin tayar, masukkan batu lepastu tutup balik bagi pancit." Punyalah banyak lepastu dia. Tapi pada setiapnya, tepat.

"Weh stalker! Mana kau tahu?" Aku menekup mulut.

Aku tahu mana dia tahu. Bruno!

"Kau stalk aku guna Bruno?" Itu bukan pertanyaan tetapi lebih kepada ayat penyata.

"Aku tak stalk kau. Aku buat latihan pengekoran untuk Bruno," bidas Hawk.

Latihan pengekoran? Padahal dia takut aku bawa lari kereta dia.

Kami terus menuju ke kereta aku. Terima kasih kepada Robin, kesayanganku ini pulang dengan selamat.

"Sini kunci kereta." Hawk menadah tangan.

"Kereta aku, aku la yang drive. Kau duduk sebelah diam-diam."Aku enggan menyerahkan kunci kereta aku.

"Kau bawa kereta macam pelesit. Nyawa aku terancam tahu tak?"

"Terancam tak terancam. Kita dah lambat. Kau nak naik, silakan. Tak mahu naik, tinggal." Ingat dia sahaja yang boleh beri aku kata pendua?

Hawk terus membuka pintu belakang bersama Eva dan Bruno yang sudah dimasukkan ke dalam beg khas.

UndercoverWhere stories live. Discover now