Bab 14

2.7K 348 40
                                    

Aku menggeliat malas tatkala telinga tertangkap bunyi telefon minta diangkat. Tangan aku menggagau mencari telefon yang aku letak di meja sebelah katil. Mata kubuka kecil sekadar cukup untuk membuat penerimaan panggilan. Siapa yang menelefon atau jam berapa sekarang aku sendiri tidak pasti. Telefon aku letak di telinga sambil mata kurapatkan semula.

Tatkala suara pemanggil sampai ke telingaku. Mata aku terus celik. Badan automatik tegak berdiri. Mujur nyawa sempat masuk dalam badan. Jam di telefon aku pandang sekilas. 03:47 am.

Aku membuat regangan badan segera untuk mengejutkan otot-otot yang masih tidur. Suiz lampu aku nyalakan. Baju operasi serba hitam kuambil dari almari lalu aku letak di atas katil untuk bersiap.

Sebungkus roti berperisa coklat bersama segelas air aku jadikan pengalas perut. Kerjaya ini mengajar aku satu perkara. Cukup dengan yang sedikit.

But taktikal aku sarungkan di kaki kemudian aku bersiul sekali. Eva terus hinggap di bahuku. Pintu rumah kubuka.

"Lambat." Hawk sudah berdiri di hadapan pintu rumah aku.

"Tak suruh kau tunggu pun. Bukan tak tahu nak jumpa dekat mana." Aku terus mengunci pintu.

***

Tuan Ishak sudah menanti kehadiran kami bersama dua orang pegawai Kor Risik Diraja.

"Kamu berdua akan dihantar ke sebuah kampung di sempadan semenanjung. Kita perlukan perisik dengan kebolehan sniper. Pergi ke sekolah ni dan cari Cikgu Wahid. Dia akan bantu penyamaran kamu." Taklimat ringkas diberi bersama penerangan misi.

Selesai taklimat diberi, kami terus ke stor simpanan senjata.

"Cuba bayangkan kita menyamar jadi cikgu. Assalamualaikum dan selamat sejahtera murid-murid." Hawk mengajuk intonasi guru mengucap salam.

"Jangan bayangkan. Ngeri. Tak fasal lingkup masa depan budak-budak tu nanti." Aku rasa kalau aku dan Hawk jadi cikgu, baru hari pertama mengajar dah dapat surat saman. Mungkin juga ada nyawa yang terkorban. Eh tak boleh aku dengan budak-budak zaman sekarang. Sabarnya perlu setinggi tujuh petala langit!

Sebuah van buruk menanti kami.

"Luar je buruk, jangan risau dia tak berhenti tepi jalan." Kunci kereta itu diserahkan ke tangan aku namun Bruno cepat menyambar lalu diberi kepada Hawk.

"Kalau Raven yang bawa, silap hari bulan van berhenti tengah jalan." Hawk melambung kunci yang sudah berada di tangannya.

Biadab!

Aku terus masuk ke dalam van dan tidur. Kau nak sangat bawa, sila bawa. Tak jauh mana 8 jam perjalanan sahaja. Aku tahu, kita berhenti je dah sampai.

Mula-mula perjalanan kami sunyi tiba-tiba telinga aku menangkap suara Hawk. Nasib tak tercabut jantung aku.

"AKU TERLANJUR CINTA KEPADAMU! DAN TELAH KUBERIKAN SELURUH HATIKU!" Dengan penuh perasaan dan penghayatan Hawk menyanyi lagu Rossa. Lagi parah daripada orang putus cinta.

"Diamlah!" Aku mencampak sarung tangan kepadanya.

"Oi! Dah la kau pergi tidur. Ingat aku tak ngantuk ke? TAPI MENGAPA BARU KINI KAU BERTANYAKAN! KAU BERTANYAKAN, CINTAKU OOO..." Hawk sambung melalak. Suara gagak di rimba lagi sedap daripada suara dia masalahnya.

"Tak ada siapa nak bertanya cinta kau. Diam dah diam. Aku tak tidur. Ni aku buka mata ni ha. Celik besar-besar." Aku guna jari untuk mencelikkan mata biar nampak lagi besar.

"Study sikit background operasi. Tidur je kerjanya. Kau baca dulu nanti buat ringkasan cerita dekat aku." Dengar tak? Bunyinya macam ada orang dengki.

"Ooo, baca novel boleh, baca report tak mahu." Aku buka tablet yang diserahkan kepada kami sebelum bergerak tadi. Fail berkaitan operasi kutekan.

UndercoverWhere stories live. Discover now