Bab 28

5.2K 434 70
                                    

"Mama, mama tinggal dengan ibu sekejap tau. Risau pula nak tinggal mama sendiri dekat rumah ni." Pagi-pagi buta Hawk sudah memulakan operasi memujuk mama disebabkan esok kami ada tugasan di Ireland.

"Tak menyusahkan ke? Mama ni dah la tak pernah jumpa dia. Anak sendiri kahwinpun mama tak datang." Mama mengeluh. Katanya dia ada menerima jemputan pernikahan kami. Dia tahu aku sudah berkahwin cuma keras hati tidak mahu pergi meraikan majlis itu.

"Ala, nanti kena jumpa juga. Baik kenal sekarang daripada nanti. Kalau tinggal mama sendiri dekat sini dah la tak ada kawan. Kami ni nak pergi seminggu tau." Hawk tidak putus asa. Dipujuk juga mama.

Kesungguhan Hawk itu menyentuh hati aku. Sehabis baik dia mahu beri yang terbaik untuk mama sama seperti yang dia beri untuk ibu.

"Ma, ibu tu baik sangat ma. Mama jumpalah dia at least untuk berterima kasih sebab jaga Senja. Daripada Senja terlantar sampai boleh berlari dia yang jaga." Sengaja aku gaslight mama. Biar dia rasa bersalah dan dengar cakap Hawk.

"Senja..." Hawk memberi aku pandangan tajam. Mungkin kurang senang dengan cara aku.

"Kalau macam tu, mama ikutlah mana yang terbaik." Mama mengalah juga akhirnya.

Sebelum pulang ke rumah ibu, kami bercadang untuk pergi ke pusat membeli belah terlebih dahulu. Bersama ibu hanya ada satu bagasi pakaian dengan beg tangan. Pakaiannya pula amatlah janggal jika hendak dipakai di kampung.

"Mama, mama ambil je baju apa mama nak, jangan risau Senja kaya. Dia mula balik dah rutin bayar saman dia." Hawk mengipas surat saman yang baru sahaja sampai ke rumah.

Surat itu terus aku rampas dan sembunyikan di belakang badan.

"Apa ingat sorok macam tu saman tu boleh puff hilang?" Hawk bercekak pinggang.

"Tak speed manapun. Speed limit 80, aku pijak 130 je. It used to be even worse tau."

"Tak payah jadi tentera la, jadi pelumba F1 sana. Vooom laju-laju tak ada sesiapa yang nak saman. Bukan sekali dua orang cakap dekat jalan jangan jadi samseng. Lepas ni kalau ada saman lagi 6 bulan gantung lesen. Aku gantung. Faham?" Hawk betul-betul serius.

"Faham!" Aku jeling Hawk kemudian menarik tangan mama untuk masuk ke bilik.

"Bukan accident pun orang tahu la bila nak bawa laju bila nak perlahankan kereta." Aku membebel tak puas hati.

"Sayang betul Fajar tu dekat Senja. I'm so glad you find your other half. Senja, you are so lucky dapat suami yang tegur salah kamu, manjakan kamu, hormati kamu. Mama dengan papa tak macam tu. Papa never even once scold me. Dia terlalu sempurna. Apa mama mahu, mama akan dapat. Rupanya dekat belakang mama, dia ada pasang yang lain. Fajar sebenarnya risaukan Senja tu. Malang ni tak berbau. Kalau betul-betul terjadi kemalangan, fikirkanlah perasaan Fajar. Mama tahu you love speed. Tapi antara kelajuan dengan Fajar, mana satu yang Senja lagi sayang?" Mama dah jadi geng dengan Hawk. Mana aci! Selama ni semua orang geng aku. Mama pula pecah rekod jadi geng Fajar.

"Fjr."Aku sebut perlahan dan laju sehingga hilang huruf vokal pada nama suami aku. Ego punya fasal.

"Senja... Senja... Go minta maaf, kamu tinggi suara dekat Fajar tadi." Mama menghalau aku keluar bilik. Sampainya hatimu!

Aku melangkah berat untuk keluar dari bilik. Hawk sedang membaca novel di sofa. Tak diturunkan langsung walaupun aku duduk di sebelahnya.

"Sorry." Sepatah kuucap.

Hawk senyap.

"Aku kata sorry. Sorry sebab tinggi suara tadi."

Hawk masih lagi senyap. Aih, ini tak boleh jadi ni. Aku tepuk peha Hawk kuat, barulah dia menurunkan novel. Sampai hilang suami aku dari alam nyata. Hebat sangat penulis buku ni.

"Sorry what?" Hawk memandang aku.

Astaghfirullahalazim... Hodoh benar mukanya. Mata merah menahan air mata yang sudah gugur setitis dua. Hidungnya juga hampir berair.

"Apa hodoh sangat muka ni? Baca cerita apa?" Aku tarik dua helai tisu kemudian menekup hidungnya. Hawk terus menghembus hingus.

"Main character lelaki dia mati dekat pertengahan cerita tapi dia bagi mata dia dekat wife dia yang buta. Mereka ni kawan sejak kecil. Wife tu buta masa umur 6 tahun. Since then lelaki tu jadi mata for his wife. Now the wife teruskan hidup dengan melihat melalui mata suaminya. Like literally." Hawk melepaskan keluhan berat.

"Oh..." Dahsyatnya imaginasi penulis.

"My dear Raven, sorry sebab aku membebel fasal surat saman tu. I nearly lost you once. Aku tak mahu lalu lagi sakit tu. Kalau aku boleh bagi kaki aku dekat kau, dah lama dah aku bagi." Hawk menyelitkan rambut aku ke belakang telinga.

"Hawk..." Aku makin rasa bersalah.

"Tapi aku tak mampu nak bagi kaki aku sebab berbulu pula kaki kau nanti. Jadi kaki jantan." Hawk ketawa terkekek-kekek.

"Kau ni kan!" Aku hempuk Hawk dengan novel itu. Dasar Ahmad Hawkiah!

"Jangan buat keganasan rumah tangga la. Nanti mama report dekat talian Kasih macam mana?" Dia tak menepis akupun. Reda sahaja menadah pukulan tak berapa manja.

"Hmmm... Hawk, sorry tau. Janji no more saman lepas ni."

"Betul?" Hawk mengeluarkan jari kelingking. Ya Allah, macam budak-budak!

Aku taut jari kelingkingnya dengan jari kelingking aku. Hawk terus tunduk dan mengucup tangan aku.

"Kau sudi tak selamanya jadi Siti Nur Raveniah aku?" Hawk memandang mataku dengan matanya yang bercahaya.

"Selagi kau masih Ahmad Hawkiah aku." Aku kuntumkan senyuman bersama jawapan itu.

Aku tak tahu sepanjang mana lagi masa yang aku ada atas muka bumi ini atau berapa lama lagi jodoh aku dengan seorang Fajar Aliuddin yang lebih tepat dipanggil Ahmad Hawkiah kerana perangainya yang selalu menghiburkan aku.

Untuk masa yang tersisa ini. Untuk masa hadapan yang masih belum pasti. Untuk banyak lagi tugas dan misi. Susah senang dan pahit manis bersamanya akan aku harungi.

Selagi ada kudrat dalam tubuh ini.
Selagi diizin Ilahi.

-Tamat-

Author's note

Assalamualaikum and hello everyone! This chapter marks the end of The Legendary Raven dekat wattpad ✨ To be very honest, seperti blurb yang tertulis, novel ni ditulis sebab bosan atas highway so no proper research, no nothing huhu sekadar melayan perangai Ahmad Hawkiah dan Siti Nur Raveniah.  I know the ending is so sloppy macam cabut plug dekat tv yang terpasang tapi better kut daripada biarkan tergantung tak bertali.

Book version? Tengok kerajinan sebab I dah besar you 😩😭🤣 kena kerja takde sugar daddy nak support hidup. Anyway, I hope you enjoy this book!

Thank you for the love and support! See you when I see you la 😂 setahun lagi kut baru jumpa wattpad balik.

UndercoverDonde viven las historias. Descúbrelo ahora