Bab 7

2.4K 335 40
                                    

854 pegawai dan anggota lain-lain pangkat mengikuti misi pengaman di Somalia. Daripada jumlah ini, kami dipecahkan kepada 5 company. Alpha, Beta, Charlie, Delta dan Echo. Setiap company akan diberi kawasan tugas masing-masing.

Aku berbaris dalam barisan company Echo. Echo akan bertugas di kawasan zon merah. Sayang betul Tuan Ishak kepada aku. Dia yang menyarankan nama aku untuk diletakkan dalam zon yang paling hampir dengan kematian. Biar aku lagi cekap untuk mengendalikan senjata dan menajamkan ilmu seni bela diri.

"Senja?" Aku ditegur seseorang yang turut berada di baris itu.

"Mesti awak dah tak ingat saya kan? I'm the opposite of you versi English!" Teruja pula dia apabila melihat aku.

"Dawn, I remember you. Nampaknya kita senasib." Mestilah aku ingat. Dawn banyak tolong aku ketika kami berada dalam batelion yang sama sebelum aku berpindah.

Anak teruna Cina kelahiran Selangor itu tidak lekang dengan senyuman apabila mengetahui bahawa aku mengingatinya. Kelakar juga bila difikirkan Dawn mempunyai maksud yang sama dengan Fajar. Cahaya pertama yang muncul dari ufuk Timur.

Istiadat keberangkatan berlangsung dengan penuh tertib. Kami bakal dipinjamkan untuk bersama pasukan pengaman Liga Bangsa Bersatu bagi menjaga keselamatan negara bergolak atas hubungan multi-lateral negara-negara di dunia.

***

Mogadishu, Somalia

Aku tak tahulah sama ada aku terlebih perasan ataupun memang ini rasanya jadi perempuan. Disebabkan wanita dalam Echo hanya ada 9 orang daripada jumlah keseluruhan 120 pegawai dan anggota lain-lain pangkat, kami dilayan dengan begitu cemerlang.

Sudah lima bulan kami menjalankan tugas di sini. Syukur setakat ini tiada sebarang pergolakan yang besar berlaku. Kami hanya menjalankan rondaan seperti biasa. Kami hanya menghitung hari untuk pulang ke tanah air.

"Good morning, Senja. Jom breakfast sama-sama. Awak cari tempat duduk nanti saya bawakan makanan." Dawn menyapa aku yang sedang menuju ke arah dewan makan.

"Morning, Dawn. Happy sangat nampaknya pagi ni." Aku menyahut sapaan Dawn.

"Mestilah happy, pagi-pagi dah nampak muka girlfriend saya yang cantik. Hatipun bunga kembang-kembang rama-rama terbang-terbang." Tak lekang wajah Dawn dengan senyuman. Aduhai macam manalah boleh lulus Bahasa Melayu dia ni?

Aku terus mengambil tempat duduk dan menyimpan tempat duduk untuk Dawn di hadapan aku. Aneh pula rasanya hendak duduk sebelah menyebelah walaupun kami amat rapat di sini. Kalau hendak dibezakan Fajar dengan Dawn, bagai langit dengan bumi. Fajar itu keras kematu hati batu. Dawn itu selembut salju. Entah hidup atau mati si Fajar di Malaysia. Akupun tak tahu. Sepanjang berada di sini dia langsung tidak menghubungi aku. Aku apatah lagi. Tak sudi nak mencemar duli. Lagipun aku tak pernah bosan kerana ada Dawn di sini. Dia sahaja sudah cukup menghiburkan hati.

Dawn duduk di hadapan aku. Memang pemurah dengan senyuman seorang Dawn ini atau mungkin sebenarnya otot senyuman Dawn sudah kaku kerana asyik tersenyum jadi dia kekal begitu.

"Senyum memanjang la awak ni. Macam tak mahu balik ke Malaysia pula. Happy sangat ke duduk sini?" Aku bertanya sambil menyuap nasi goreng ke mulut.

"Saya senyum selalu sebab senyum tu berjangkit tau. Kalau tak percaya, awak cuba tengok saya." Daripada senyum segaris, Dawn menunjukkan senyuman dengan barisan giginya sekali. Mata Dawn turut tersenyum.

Aku terikut senyum dibuatnya. Lucu benar wajah Dawn.

"See, Senja yang muka ketat macam kena panggil cikgu disiplin pun boleh senyum." Dawn menunjuk ke arah aku.

UndercoverOnde histórias criam vida. Descubra agora