Bab 26

3K 347 41
                                    

Aku dan Hawk masuk ke pejabat Tuan Ishak. Jujur aku katakan, aku tak tahu tujuan kami berdua dipanggil. Kami berdua berdiri tegak lalu menabik Tuan Ishak. Tabik kami dibalas.

Dua keping kad bersampul biru diraja dengan tulisan Urusan Seri Paduka Baginda berwarna emas diletakkan di hadapan kami berdua.

"Bukalah." Arahnya.

Kad itu kukeluarkan dari sampulnya lalu mata pantas membaca kandungannya.

"Jemputan untuk babysit the royals huh?" Aku mengintai kad Hawk. Kandungan kad dia sama seperti kad aku cuma bezanya, pada bahagian nama sahaja.

"Basically, yes. Pasukan Delta Secret Intelligence bawah Biro Keselamatan Negara mahu dapatkan khidmat kamu berdua. Kalau ikut tarikh dalam surat yang saya terima, Isnin minggu depan akan masuk menghadap sultan. No is not an option." Tuan Ishak nampaknya tidak berat langsung untuk melepaskan kami pergi.

Pasukan Delta Secret Intelligence juga dikenali dengan panggilan The Royal's Shadow merupakan pasukan pengawal peribadi diraja yang dinaungi sultan dan menerima arahan terus daripada Biro Keselamatan Negara. Mendapat kad biru ini umpama bulan jatuh ke riba.

"Hampir lima tahun saya saksikan jatuh bangun kamu berdua. Sekarang masa untuk kamu berdua terbang lebih jauh dan lebih tinggi. Hawk, Raven, pack your things and go. Buat kami bangga." Nada Tuan Ishak bukan nada seorang pegawai atasan yang memberi arahan tetapi nada seorang ayah yang berbangga dengan pencapaian anak-anaknya.

Kami tidak akan dapat terbang tinggi dan pergi jauh tanpa sokongan, dorongan dan paksaan Tuan Ishak. Dialah figura ayah bagi kami di sini.

Aku dan Hawk meminta diri setelah berbalas tabik dengan Tuan Ishak.

"Mungkin ini langkah pertama kita." Hawk bernada serius.

"Langkah pertama apa?" Berkerit dahi aku cuba memikirkan apa yang hendak Hawk sampaikan.

"Langkah pertama untuk memerintah negara ni. Kita mulakan revolusi dari dalam istana —" Aku potong dulu rancangan mengarut Hawk.

"Ha'ah, lepastu kita mati dekat tali gantung sebab mengkhianat. Tu la baca novel banyak lagi. Apa kau ingat dunia ni dunia fantasi kerajaan dengan magik, pedang dan naga?" Pelik-pelik suami aku ni.

Hawk tergelak mendengar celahan aku.

***

Aku perhatikan belakang badan Hawk yang sedang memasak makan malam kami. Api dapur dimatikan.

Menu malam ini nasi paprik ayam.

"Kau rasa pemerintahan beraja ni masih relevan ke sekarang?" Aku bertanya sambil menuangkan air untuk Hawk.

"Kita nak cakap based on ideal ke realistik?" Hawk memulangkan soalan dengan soalan.

"Both?"

"Kalau ikut ideal, ya masih relevan and in fact, ia amat diperlukan. Sultan ni payung rakyat. Kita semua bernaung bawah baginda sultan. Perdana menteri bertukar-tukar. Parti politik yang memerintah juga berubah. Tapi, sultan ada sebagai satu kuasa yang tak berubah. Itupun atas sultan bukan Tuhan tapi ada perlembagaan. Tahu tak keluhuran perlembagaan tu apa?" Hawk sudah bertukar menjadi cikgu sejarah. Ini yang kacaknya lelaki yang banyak membaca.

"Perlembagaan yang perlu dihormati dan dipatuhi oleh setiap warganya?" Aku cuba menjawab.

"Lebih kuranglah. Perlembagaan ni macam satu kontrak sosial di Malaysia. Tak adalah nanti contohnya tiba-tiba sultan guna kuasa sewenang-wenangnya untuk jadikan rakyat hamba." Hawk menyuap nasi dalam mulutnya.

Keluhuran Perlembangaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Keluhuran dan ketinggian Perlembagaan juga mengatasi kedudukan YDPA, Parlimen, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman.

“Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang” – Perkara 8(1)

"Itu tak menerangkan lagi kenapa pemerintahan beraja masih relevan." Aku belum berpuas hati dengan jawapan Hawk.

"Kita tentera, siapa first chain of command kita? Yang kita kena taat dan patuh perintahnya?"

"YDPA." Soalan darjah satu yang Hawk beri kepadaku.

"Cuba bayangkan kuasa ketenteraan dan kepolisan kita letak bawah kementerian pertahanan tanpa ada sultan atau raja sebagai punca kuasa tertinggi. Lepastu ditakdirkan kuasa politik berubah. Penjawat awam ni sepatutnya neutral sahaja kalau politik berubah, kita ikut sahaja kerajaan yang memerintah tapi macam mana kalau dalam tentera tu sendiri dah terikat kuat dengan satu parti politik? Daripada negara demokrasi, perang saudara berlaku sebab manusia yang bernafsukan harta, pangkat dan kekayaan akhirnya jadi negara pemerintahan tentera; menang jadi arang, kalah jadi abu. Banyak dah negara bergolak macam tu. Jadi lebih baik diasingkan terus." Terang Hawk panjang lebar.

"Kenapa bomba tak jadi Bomba Diraja? Boleh je dia duduk bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan."

"Antara bomba, polis dengan tentera mana satu yang paling rasa selamat?"

"Obviously, bomba."

"Kan? Mana ada orang takut dengan bomba lagi disorak abang bomba! Abang bomba selamatkan saya! Ada la. Bomba tak terlibat dalam pertahanan negara tapi dia macam abang kakak kejiranan yang baik hati dan penyayang jadi super hero sana sini. Bomba kalau nak ambil alih negara, nak pakai apa? Takkan dia nak sebat punggung tentera dengan fire beater dia?"

"Betul juga kan?" Tak terfikir pula aku.

"Lagi satu, andai kata negara diisytiharkan darurat. Maknanya tiada kerajaan memerintah. Kita masih ada YDPA yang memerintah negara sebagai ketua walaupun berlaku kekosongan dalam kerusi politik. Andai kata negara nak diserang, tentera dan polis masih boleh digerakkan."

"Kalau bercakap secara realistiknya?" Aku mahu tahu lagi.

"Releven tu boleh jadi ya ataupun tidak bergantung kepada peribadi sultan atau raja yang memerintah. Sendiri boleh nilailah. Pernah dengar perjanjian rakyat dengan raja?" Hawk bertanya kepadaku.

Aku sekadar menggeleng kepala.

Nusantara ini menyimpan janji. Antara raja dengan rakyatnya. Biar sudah beratus tahun terpatri, biar tidak lagi mutlak kuasanya.

Janji yang dituntut rakyat raja; jika ada dari kalangan hamba raja yang berbuat salah silap maka dihukum sewajarnya atau dibuangkan negeri tetapi jangan dipermalukan.

Janji yang dituntut sang raja; jangan ada dari kalangan rakyatnya menderhakai atau membunuh raja meski ia zalim, akan tetapi memadailah menjadikan raja itu berundur dan diganti.

Kita bukan seperti Siam. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Selagi masih utuh janji ini, rakyat dan raja berpisah tiada.

"Tapi, tinggi manapun seorang sultan yang berkuasa, baginda masih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia. Maksudnya tempat seorang sultan itu hanyalah seperti debu yang tunduk pada Allah yang Maha Mulia. Juga menjadi Seri Paduka Baginda. Maksudnya jadi seri kepada kasut yang dipakai Rasulullah SAW. Nak tunjuk dekat sini yang Islam itu jauh lebih mulia berbanding apa sahaja harta, pangkat dan darjat di dunia ini. Paling atas sekali mengatasi keluhuran perlembagaan tadi. Apa yang membezakan kita semua hambaNya di sisi Allah cuma taqwa." Tambah Hawk lagi.

Aku mengangguk faham kemudian meneruskan makan. Selesai makan, kami memulakan sesi mencuci pinggan bersama.

Aku baru sahaja hendak memakai apron, Hawk sudah tiup buih sabun ke arah aku.

Mana perginya suami aku yang matang tadi? Kalau dah Ahmad Hawkiah, tu memang Ahmad Hawkiah juga!

UndercoverWhere stories live. Discover now