Bab 2

3.5K 358 31
                                    

Topi keledar ballistic dengan google penglihatan malam aku sarung  di kepala yang sudah aku tutup dengan inner neck. Serba hitam. Seseksi dan seangkuh seekor gagak. The dark angel yang tidak tunduk pada sesiapa.

"Raven!" Hawk menyapa aku dengan lemparan glock milik aku yang dia buat harta sejak seminggu lepas kerana glock miliknya sedang dibaiki.

Glock 17 itu aku sambut lalu terus memeriksa jumlah peluru di dalamnya. Cukup 18 round. Aku sisipkan pada sarungnya di sisi peha sebelah kanan.

"Lelaki mana yang kau tangkap  paksa kahwin dengan kau ni?" Hawk bertanya sambil memeriksa kelengkapannya.

"Entah mak aku."

"Kau nak kahwin dengan stranger? Wow. Sumpah la Raven yang sombong benarkan stranger masuk territory dia?"

"Non of your business." Aku malas nak melayan.

"Gila non of my business? Kalau kau cuci tangan awal, aku dapat partner baru entah sesiapa. Nak dapat chemistry macam kita susah tau. Kau tak sayang aku ke Raven?" Dasar kasanova kelas pertama.

Hawk bukan helang yang menyambar tetapi buaya darat level Bujang Senang. Kalau aku tidak kenal perangainya, mungkin aku akan terpikat dengan paras rupanya yang tampan bak arjuna Malaya dan ayat manis bak gula. Tetapi kerana aku sudah mengenali dia pada setiap derap kaki dan helahan nafasnya, aku cuma punyai satu perasaan terhadap Hawk. Aku mahu tembuskan peluru ke jantungnya.

Hawk seakan mencari sesuatu.

"Dalam beg zip depan. Kau memang tak boleh hidup kalau aku tak ada kan?" Aku tahu apa yang Hawk cari.

Hawk terus membuka zip yang aku maksudkan.

"See, kau aje yang faham aku. Tak payahlah sampai berhenti. Kau nak kahwin tu kau kahwin la." Hawk keluarkan sarung tangan yang dia cari.

"Sujud melutut and beg me to stay, Hawk. Kalau kau buat, aku boleh consider. Kau kan sayang aku." Aku berpeluk tubuh menanti dia sujud di kaki aku.

"I don't beg to anyone, Raven. Aku cuma tunduk pada Tuhan. Kita tengok number malam ni. Kalau aku dapat lagi tinggi, kau stay." Sudah aku duga. Hawk tidak akan memenuhi mahuku. Lelaki ini egonya melangit.

"Kau tak nak pergi Mogadishu kan? Sebab tu kau beriya tak bagi aku kahwin." Aku tahu niat sebenar Hawk. Dia ni kuat mengelat.

"Macam mana kau tahu?" Hawk menayang baris gigi ratanya. Kalau aku bagi sedas dua tumbukan, agaknya bersepai.

"Kiamat dunia ni kalau kau nak buat baik dekat aku. Aku tahu nama kau next on list kalau aku tak pergi. Ni aku kena panggil ke sini sebab kau tak angkat call. Betul ke kau cirit? Ke kau tenung telefon tu sengaja tak angkat sebab tahu aku next on list? Kasar kau balas eh?" Aku membuat tekaan.

"Shhh, slow sikit slow sikit." Hawk meletak jarinya di bibir yang sudah bertutup topeng hitam.

"Tahi hamster betul. Elaun kau bulan ni bagi aku kalau tak mahu aku lapor dekat Tuan Ishak. Biar kau kena hantar terus ke Mogadishu sana tak ada pengampunan." Aku mengugut. Nampak tak kenapa aku mahu Hawk mati di tangan aku? Sebab perangai dia memang layak kena rejam. Macam setan. Kalau aku Raven The Dark Angel, dia Hawk The Dark Devil.

"Nah, elaun untuk kau bulan ni." Hawk menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan mini love.

"Awww, so sweet." Tangan aku pantas mencapai glock dan aku halakan muncung glock itu ke dada Hawk. Pin keselamatan aku matikan dan telunjuk aku meramas picu. Satu tekanan sahaja untuk membunuh Hawk.

"Dah habis flirt with each other? Tuan Ishak dah seru tu." Robin masuk ke khemah persediaan.

Aku keluar dulu. Sengaja but taktikal Hawk aku pijak. Kalau tak buat aku sakit hati, memang tak sah dia ni. Hawk turun melangkah keluar. Serentak kami bersiul. Seekor gagak Raven hinggap di bahu kanan aku dan seekor helang Hawk hinggap di bahu kirinya.

UndercoverDonde viven las historias. Descúbrelo ahora