Bab 19

2.5K 346 47
                                    

POV Raven

Mata aku buka perlahan-lahan. Cahaya terang yang menerobos masuk ke celah mata aku terasa seperti tusukan ratusan panah.

Pedih.

Ada satu figura manusia sedang tidur duduk membongkok berbantalkan lengannya. Tidak perlu aku teka siapa dia. Memang tiada orang lain yang sudikan aku selain dia.

Tangan kanan aku angkat lemah. Ingin sekali aku belai dia dengan lembut. Berterima kasih kepadanya. Memaafkan dirinya bukan sebab dia bersalah tetapi supaya dia tidak terus menyalahkan dirinya. Tetapi aku batalkan niatku. Hawk tidak pernah menyentuh aku tanpa sebab kecuali darurat. Aku perlu hormati prinsip itu.

Tak pernah lagi aku membuat kerja gila merenung Hawk yang sedang tidur. Dalam ribut kehidupan, dia kelihatan begitu tenang.

Aku pejam mata kembali. Andai sahaja semua ini hanya mimpi.

"Morning Raven. Hari ni kau kena bangun tau. Tiga hari dah ni. Empat buah novel aku dah habis baca. Stok novel aku habis dah ni. Takkan kau nak aku tenung kau je sampai tembus? Bangun tau tapi janganlah bangun sekarang pula, bagi aku settle subuh dulu." Suara Hawk kedengaran.

Cis, tak tinggal novel dia. Tapi betullah, bosan juga tiga hari tak buat apa-apa.

Telinga aku menangkap bunyi pintu tertutup tanda Hawk sudah keluar. Aku tunggu 5 minit sebelum butang merah pada remote yang berada di tangan kiri aku, kutekan. Biar Hawk sudah jauh dan boleh beribadah dengan tenang. Apapun yang doktor akan beritahu aku nanti, biar aku tanggung sendiri. Aku tak mahu Hawk menanggung beban yang tak perlu. Dia sudah cukup terbeban.

Jururawat terus masuk untuk memeriksa keadaan aku. Lampu bilik dihidupkan. Aku dalam bilik sendiri rupanya.

"Sekarang pukul berapa?" Aku bertanya.

"2 pagi, puan. Sekejap lagi doktor akan masuk untuk periksa keadaan puan." jawab jururawat itu.

Cis sekali lagi, subuh apa pukul 2 pagi? Hawk pandai menipu. Tentu sahajalah dia dapat rasa pegerakan aku. Tentu sahajalah dia tahu egonya seorang aku yang tak mahu kelihatan lembik di hadapannya.

Doktor yang datang memeriksa aku seorang doktor perempuan. Dia memperkenalkan diri sebagai Dr. Farah.

"Puan, puan berehat dulu. Esok pagi baru saya akan terangkan keadaan puan."

"Doktor, terangkan sahaja sekarang. Esok doktor banyak lagi kerja nak buat. Saya ingat apa yang berlaku." Aku tak mahu terawang lagi. Biar aku berpijak pada realiti secepat mungkin.

Dr. Farah menarik selimut aku. Kaki kanan aku hanya tinggal separas peha. Ia sudah berbalut dengan kemas. Kaki kiri aku pula patah. Aku betul-betul kehilangan kaki kanan.

Aku tak tahu nak rasa apa sekarang. Aku tak rasa apa-apa. Marah? Siapa yang hendak aku marahkan? Sedih? Kaki aku tak akan tumbuh balik walaupun aku menangis sampai buta sekalipun.

Kosong.

Dr. Farah menerangkan sedikit mengenai beberapa prosedur yang akan aku lalui esok sebelum dia meminta diri.

Hawk berdiri di pintu sambil memerhatikan aku. Apabila Dr. Farah dan jururawat lain keluar, Hawk masuk.

"2 pagi ya subuh kau." Aku menegurnya terlebih dahulu.

"Good to see you again, Raven." Hawk menguntumkan senyuman penuh kelegaan.

Hawk membantu aku untuk duduk dengan begitu cermat. Katil aku ditinggikan sedikit. Rasa lenguh satu padan kerana asyik berbaring.

"Air sikit." Pintaku untuk melegakan tekak yang kering.

"Tak payah gigih sangat. Minum je." Hawk menghalang aku daripada mengangkat tangan untuk memegang gelas itu sendiri.

UndercoverWhere stories live. Discover now