Bab 16

2.4K 323 23
                                    

Payung gerai buah aku tarik keluar daripada van kemudian barulah Hawk mengeluarkan meja. Buah-buahan yang dijual kami biarkan dahulu di dalam van. Setelah payung dibuka dan meja dipasang, barulah buah-buahan itu kami susun di atas meja.

"Mesti best kan kalau kita ni memang penjual buah je. Rasa nak buka gerai, kita buka. Kalau rasa tak mahu buka, tak payah buka. Kalau rasa macam dah la cukup untuk hari ni, boleh terus kemas lepastu balik." Hawk membebel sambil menyusun buah naga.

"Kalau macam tu la mindset kau berniaga, tak payahlah Hawk. Makan pasir anak bini kau nanti," bidasku. Kalau nak berniaga boleh ikut suka hati, ada satu syarat yang wajib dipenuhi. Pastikan ada harta tujuh keturunan makan tak habis.

"Lah, kenapa makan pasir? Kan jual buah, makan la buah." Dia meloyar buruk.

"Malas aku nak layan kau." Membazir masa, buat sakit jiwa!

Tidak ramai pelanggan pada hari Rabu ini. Hanya dua orang yang singgah membeli buah naga dan jambu batu. Boleh tahan panas juga bila sudah menjelang tengah hari. Hawk sudah pergi ke surau yang cuma 800 meter dari gerai kami untuk solat zohor.

"Assalamualaikum, adik cantik. Jual buah ke?" Seorang budak rempit yang aku kira baru berusia awal 20-an menegurku. Motosikalnya diderum-derumkan macam dia seorang sahaja yang ada motosikal dalam kampung ni.

"Nak beli buah apa ya?" Aku berlembut.

"Jawablah salam dulu, dosa tau tak jawab salam." Sah, niatnya bukan untuk membeli buah tetapi cuma untuk menjadi langau.

Nak jawab salam apanya? Aku ni bukan orang Islampun.

"Kalau jual mahal macam ni, macam mana orang nak beli buah?" Dia turun dari motor lalu menekan-nekan buah yang ada.

"Encik, nak beli buah apa ya?" Aku mengulang soalan kali tetapi kali ini lebih tegas.

"Buah apa paling manis dekat sini?" Matanya merayap.

Kau memang menempah maut. Sabar Raven, sabar.

"Cik bisu ke? Pelanggan tanya ni." Dia memicit buah mangga di hadapannya.

"Ni epal sebiji bagi percuma kan. Sedekah dapat pahala." Epal itu digigit terus.

Aku beralih daripada berada di seberang meja ke sebelah lelaki tak berapa budiman itu. Lebih selamat begitu. Selamat untuk buah-buahan yang ada.

Terkejut sedikit dia apabila melihat aku beralih tetapi dia tersengih. Tangannya cuba menyentuh pipi aku sambil mengunyah sekali lagi. Berani.

Berani mati!

Tangan itu aku cengkam kemudian aku jatuhkan dia ke tanah sebelum aku seret dia hampir ke hos exhaust motosikalnya yang masih panas.

"Wooo wooo sabar oi." Hawk terus berlari dengan plastik bungkusan makanan di tangannya.

Sampai juga makanan tengah hari aku. Kalau tak, ada juga yang arwah. Jangan main-main dengan sabarnya wanita yang sedang lapar.

"Care to explain?" Hawk memandang aku yang hampir mematahkan tangan anak orang.

"Dia curi epal." Aku menggenggam rambut lelaki itu kemudian menghadapkan wajahnya ke arah Hawk. Lelaki itu memang tidak boleh bergerak. Lagi kuat dia meronta, lagi sakit jadinya.

Hawk mencekak rahang lelaki itu sehingga mulutnya terbuka kemudian dikorek keluar epal dalam mulut lelaki itu.

"Maaf, maaf saya janji tak buat lagi. Lepaskanlah saya." Baru tahu hendak merayu.

"Makanan yang haram tu bukan babi je. Benda curipun haram juga. Benda haram jangan bawa masuk dalam badan. Nanti jadi darah daging. Doa susah makbul nanti. Haih budak, kau ni cari fasal dengan mak singa. Nasib tak mati kena baham je. Siti, dah lepaskan dia. Kamu tu baru lepas keluar penjara. Takkan nak masuk balik?" Hawk menarik tangan lelaki itu daripada cengkaman aku. Sempat pula dia berceramah.

Amboi dia punya penipuan tu, hiperbola sungguh! Rekod aku bersih tau walaupun body count aku banyak. Mak singa dia panggil aku?

"Boleh bawa motor tak ni?" Hawk bantu dia untuk berdiri. Bergetar lututnya. Tahu kau takut?

Mencicit lari lelaki itu. Ditolak motosikalnya sekali.

"Cuci tangan kejap. Geli pula aku korek mulut dia."

"Siapa suruh kau korek?" Aku buka penutup botol mineral besar kemudian mengalirkan air itu. Hawk terus mencuci tangannya.

"Dah kau halakan muka dia dekat aku. Apa lagi aku boleh buat? Karang aku bagi penampar askar silap hari bulan bertukar alam pula budak tu. Dahlah, jom makan. Aku punya lapar ni dah tahap kebulur." Hawk memberi bungkusan makanan aku.

O-som! Aku keluarkan air. Hawk keluarkan burung.

"I makan dulu, you." Hawk terus membuka bungkusan makannya.

Bila bertugas berdua, memang kami tidak akan makan serentak. Salah seorang perlu berada dalam keadaan sedia.

Aku tak ada masalah pun dengan Hawk kalau dia mendapat giliran makan awal sebab Hawk makan laju. Makan untuk mengisi perut bukan untuk menikmati rasanya.

"Raven, tu." Hawk menunjuk ke arah sebuah kereta yang baru masuk ke simpang.

Kereta itu aku amati sebentar. Aku terus bangun kemudian membuka sangkar Eva. Cip pengesan lokasi aku tampal pada kakinya. Aku bersiul dengan irama yang sedikit panjang sambil menunjuk gambar kereta tersebut. Fahamlah Eva akan tugasnya.

Eva terbang ke arah kereta itu kemudian melekatkan cip lokasi pengesan dengan jayanya. Aku panggil Eva kembali dengan visel khas. Eva terbang pulang dan terus hinggap di bahu aku.

"Good job, Eva." Aku memberinya daging kering sebagai upah.

Bruno membuat bunyi. Nak jugalah tu? Aku beri juga sekeping kepada Bruno.

"Manjakan sangatlah Bruno tu. Nanti dia naik lemak baru tahu. Dah, pergi makan cepat." Hawk sudah selesai makan. Dia terus masuk ke dalam van dan membuka tablet untuk mengaktifian cip pengesan lokasi yang dilekat pada kereta tadi.

Menurut Cikgu Wahid, kereta itu milik pengedar dadah. Kedai itu pula menjadi tempat pusher berkumpul. Cuma laluan ke lubuk dadah itu belum dapat dibongkar. Pihak risikan tidak mahu mengambil risiko mendekati kereta itu.

Aku makan dengan pantas kemudian meminta tablet itu dari tangan Hawk.

"Kau makan ni kunyah ke terus telan?" Terkejut Hawk dengan kepantasan aku makan.

"Telan dulu baru kunyah." Aku mengambil tablet itu.

Kereta jenis pacuan empat roda itu mula bergerak. Perjalanan kereta itu akan terus sampai ke Kor Risik. Daripada jalan kampung, mereka mula masuk ke kawasan Hutan Simpan Sungai Keris.

Apabila jam menunjukkan pukul 5 petang, kamu terus berkemas untuk pulang.

"Sebiji epal tadi tu nak kira berapa?" Aku bertanya kepada Hawk.

"Entah, dua ringgit kut. Lebih tak apa, kurang yang masalah," balas Hawk.

"Hawk, bayarkan boleh? I cashless. Nanti aku bayar sekali dengan makan tengah hari. " Aku tersengih.

"Perangai betul. Aku dah agak dah. Kau kalau bab nak kasi dompet aku kurus, memang juara." Hawk mengeluarkan dompetnya yang sudah lusuh. Sepanjang menjadi partner in crime aku, Hawk sudah lali dipau duit kecil.

Malas sebenarnya hendak memanjangkan isu mencuri epal sebiji. Semoga lelaki tadi dapat hidup dengan tenang.

Pulang sahaja dari tapak gerai, kami mendapat satu arahan baharu. Menyusup masuk ke tempat kereta itu berhenti untuk meninjau keadaan sekeliling pada malam esok.

Aku dan Hawk membuat penyelenggaraan rutin senjata yang akan kami gunakan untuk operasi malam esok. Kamera yang akan dipasang pada badan Eva dan Bruno juga kami periksa.

Lensa skop aku kilatkan. Semoga baik-baik sahaja hendaknya.


UndercoverTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang