Bab 22

2.7K 379 84
                                    

"Nama Islam... Hmm..." Panjang aku termenung. Bahagian itu masih belum kuisi lagi. Tak pernah pula aku terfikir.

"Siti Nur Raveniah binti Abdullah." Hawk selamba memberi cadangan nama itu sambil mengupas epal.

"Elok-elok la. Apa maksud nama Fajar Aliuddin?" Orang tengah serius dia main-main pula.

"Fajar tu fajarlah. Cahaya pertama menjelang pagi. Aliuddin maknanya ketinggian agama." Hawk menerangkan maksud namanya.

Aku memandang dia atas bawah.

"Tak payah nak judge aku, gila. Tahulah perangai aku tak padan dengan nama. Senja aku tahu. Zilvania?" Hawk memulangkan soalan yang sama.

"Hadiah dari Tuhan berupa perempuan yang bermartabat."

"Senja Zilvania binti Abdullah. Sedap dah tu. Kau tak pernah fikir tentang nak tukar namakan?" Hawk membuang bahagian biji epal kemudian disusun di atas pinggan.

"Tak." Sepatah aku menjawab. Epal yang dipotong Hawk aku makan menggunakan garfu.

"Guna sahajalah nama Senja Zilvania tu. Itu satu-satunya momento keluarga kau yang kau ada sekarang. Ke kau nak ambil second name aku? Senja Aliuddin? Em, tak naklah cringe gila." Hawk juga mengambil buah epal yang dipotongnya.

"Boleh ke tak tukar nama?"

"Kenapa tak boleh pula? Kau tukar agama bukan tukar kaum. Kau guna nama apapun kau tetap Siti Nur Raveniah juga." Hawk ketawa kecil.

"Silly Ahmad Hawkiah." Aku terus menulis nama Senja Zilvania binti Abdullah. Benarlah kata Hawk, ini sahaja momento daripada keluarga aku yang aku ada.

Bukan aku tak tahu, mama dan papa memang sudah menyekat nombor telefon aku. Abang aku pula tidak pernah kisah tentang kewujudan aku. Tuan Ishak ada menghubungi keluarga aku kerana memang prosedurnya begitu tapi sehingga hari ini, yang muncul hanyalah seorang Fajar Aliuddin.

Telefon Hawk berbunyi. Dia terus bangun untuk menjawab panggilan di luar. Hampir 15 minit, barulah dia muncul semula bersama ibu, adik perempuan dan adik iparnya.

Jujur aku terpaku. Tidak aku duga mereka akan datang melawat aku di sini.

"Assalamualaikum Senja," Cik Rozy memberi salam dengan suara yang sebak.

Ini baru pertemuan kedua kami tetapi aku tidak dapat menahan rasa sebak kerana aku rindukan kasih ibu. Hari ini memang hari air mata sedunia.

"Subhanallah, alhamdulillah Semoga Senja menjadi muslimah solehah yang taat perintah agama." Cik Rozy memeluk aku kemudian dia mengucup dahiku dengan begitu lembut. Seperti aku anaknya yang sudah lama hilang.

Kehilangan mama yang memutuskan hubungan dengan aku memang satu tamparan hebat tetapi penerimaan keluarga Hawk terhadap aku yang tidak berbelah bahagi ini satu nikmat yang tidak terperi.

"Satu lagi semoga, ibu. Semoga jadi menantu ibu." Hawk mencelah.

Ish, Hawk ni. Seganlah aku!

Cik Rozy melepaskan pelukan kemudian memandang Hawk. Alamak, Cik Rozy tak restu ke aku nak kahwin dengan Hawk?

"Senja nak ke kahwin dengan anak teruna acik ni? Dia ni banyak perangai." Cik Rozy memandang Hawk atas bawah. Tergelak aku dibuatnya.

"Saya masak dah dengan perangai dia tiga tahun ni. Cuma tu la acik, saya ni dah dalam kategori OKU. Takut saya pula yang banyak menyusahkan keluarga Cik Rozy nanti." Aku menyelak selimut di kaki kanan aku.

"Kak Senja, kakak ni satu dalam tujuh bilion manusia yang boleh faham abang dan terima abang seadanya. Wujudnya akak ni pun dah satu keajaiban." Ulyana memegang tangan aku. Terasa hangat di jiwa.

"Senja, Fajar ni dia nak apa yang dia nak. Kalau dia mahukan Senja, susah senang dia akan hadap. Tapi tu la, Fajar ni kalau tak kerja, novel. Kalau tak novel, kerja. Senja kena sabar banyaklah melayan Fajar ni." Cik Rozy menambah.

Aku hanya mampu ketawa sahaja. Kasihan pula Hawk diserang keluarga sendiri. Mujur suami Ulyana jenis pemalu sedikit tidak sama-sama memanggang Hawk.

"Amboi ayat. Macam abang ni teruk sangat." Dia menarik muka.

Ya Allah, buruknya merajuk!

"Bernikahlah, halalkan hubungan ni Senja, Fajar. Ibu sentiasa doakan kebaikan kamu berdua. Dengan keadaan Senja macam ni, segerakan sahajalah. Tentang majlis, bila kamu berdua rasa dah bersedia nak buat majlis, baru kita buat," ujar Cik Rozy.

Dia berjeda sebentar sebelum memandang aku tepat ke mata. "Senja, ibu tahu macam mana hubungan Senja dengan keluarga Senja. Fajar dah ceritakan dekat ibu. Senja dah ada ibu sekarang, ingat tu."

Air mata aku mengalir tanpa kerelaanku. Mudah benar hati ini terusik. Cik Rozy menarik aku dalam pelukannya kemudian Ulyana pula memeluk aku.

Alhamdulillah, syukur atas rezeki keluarga yang indah ini, Ya Allah.

Keluarga Hawk meminta diri memandangkan masa melawat sudah hampir tamat.

"Kau tak reti balik ke?" Aku memandang Hawk. Aku sudah ada penjaga perempuan. Kak Nurul namanya. Hawk juga yang carikan sebelum dia pergi hari itu.

"Suka hati aku la nak balik bila. Sekejap lagi kau ada appointment fisio kan? Nak cuba belajar pakai tongkat kan?"

"Dah tu apa kaitan dengan kau? Nak nikah kan? Nah kau tolong hantar borang ni dekat pejabat KAGAT lepastu kau teruslah tolong uruskan borang-borang yang perlu." Aku serahkan borang yang diberi tadi kepada Hawk

"Saya yang menurut perintah, puan." Hawk mengambil dokumen itu kemudian terus pergi tanpa menoleh lagi.

Tidak lama kemudian Kak Nurul masuk dan terus membantu aku duduk di kerusi roda.

Masa tidak akan berhenti hanya sebab kau sedang berduka. Kehidupan tetap akan berjalan seperti biasa walaupun kau terluka. Pilihan yang ada setelah jatuh hanya satu. Bangun kembali.

***
Pov Hawk *scream internally sebab saya ada obsesi terhadap POV Hawk*

Aku berdiri agak jauh daripada tempat Raven belajar menggunakan tongkat. Tepat dititik butanya supaya Raven tidak menghambat aku dengan tongkat yang dipegangnya. Dia tu bukan boleh kira.

Gigih. Itu satu sifat Raven yang aku kagumi dari dulu. Dia seorang wanita cekal yang tahan banting.

Raven berdiri buat kali pertama menggunakan tongkat. Kak Nurul ada di sisinya untuk menyokong. Langkah pertamanya berjaya namun pada langkah kedua, dia hampir terjatuh. Cepat sahaja kaki aku ingin berlari menyambutnya tetapi aku menahan diri. Kak Nurul ada untuk membantu Raven tetapi biasalah si degil itu mana sudi hendak dibantu sangat. Kak Nurul diminta ke tepi sedikit kerana dia mahu mencuba lagi sendiri.

Tak boleh jadi ni. Kak Nurul tak pandai gaduh dengan Raven. Aku juga yang kena gaduh dengan dengan dia. Sebelum gaduh, kena jalankan misi dulu.

#MisiMenghalalkanRaveniah

Aku terus beredar dari situ untuk menguruskan segala borang dan urusan yang perlu dilunaskan.

Jagakan dia, lapangkan jiwanya, pasakkan hatinya kukuh tidak pula berbolak-balik dalam mentauhidkanMu ya Rabb.

Doa itu aku titipkan buat dia.
Siti Nur Raveniah ku.

UndercoverWhere stories live. Discover now