Bab 6

2.7K 378 67
                                    

Uniform loreng berwarna pasir aku sarung kemas ke tubuh untuk menutupi baju-t khaki berlengan pendek. Beret biru muda aku sarung ke kepala. Sebuah bagasi hitam dan beg sandang tentera aku bawa keluar dari rumah.

Aku akan berkhidmat di Mogadishu selama 6 bulan bawah panji Liga Bangsa Bersatu bersama Malbatt 112. Eva sudah aku serahkan kepada vaterina tentera. Kalau hendak mengharapkan Hawk, matilah kesayanganku itu. Aku tidak boleh bawa Eva bersama atas faktor keselesaan orang lain. Kami bukan dapat bilik seorang satu di sana.

Bersama aku, ada lagi empat orang tentera yang akan dihantar ke sana jadi kami pergi bersama ke tempat berkumpul dengan sebuah van.

Setibanya di sana, selaut manusia sudah memenuhi ruang. Ahli keluarga saling menangis dan berpelukan. Ada ibu yang terpaksa berpisah dengan anak kecil. Ayah yang meninggalkan keluarga demi menyahut panggilan tugas. Anak yang mengucup tangan-tangan tua yang sudah membesarkannya dengan janji akan pulang dengan selamat nanti.

Aku sunyi dalam ramai. Berdiri tegak sendiri tanpa teman. Tiada keluarga atau rakan yang menanti kepulangan.

Aku mendongak langit.

Tiba-tiba kelihatan dua ekor burung besar sedang melebarkan sayapnya, meronda di kawasan berkumpul.

Eva dan Bruno! Apa Eva buat dekat sini? Bukan ke aku dah hantar dia ke tadika semalam? Maknanya Hawk ada di sini.

Untuk... Aku?

Pemikiran itu aku tepis pantas. Kiamat dunia ni kalau Hawk bangun pagi semata-mata untuk aku. Aku teringat sesuatu. Hari ini ramai vip akan turun untuk menghantar kami. Pastinya Hawk sedang bertugas. Dia sedang memerhati di sebalik skop entah dari mana.

Aku perhatikan sahaja Eva dan Bruno berterbangan di angkasa. Sekurang-kurangnya aku mempunyai teman. Eva yang berwarna hitam dan Bruno yang berwarna putih. Kontra seperti Senja dan Fajar. Hakikatnya, Senja dan Fajar mustahil bertemu. Tak akan pernah bersatu.

Mata aku meliar. Mari cari kedudukan Hawk di mana. Dia akan berada dalam radius 600 hingga 1200 meter. Mana kau menyorok Hawk?

Pov Hawk

Mejar Senja Zilvania. Seindah namanya. Senja itu mendamaikan. Senja itu panggilan pulang ke rumah untuk berehat setelah berlelah seharian sejak terbitnya fajar. Wanita gila yang keras kepala dan cekal hatinya. Ceritakan kepada aku, perempuan mana yang bela gagak sebagai haiwan peliharaan? Wanita mana yang sanggup melakukan kerja sukar, berat dan kotor untuk sebuah negara tanpa mengharap balasan?

Aku ingat, aku seorang sahaja yang aneh kerana membela seekor helang. Rupanya ada dia yang membela burung gagak. Lagilah rare!

Tiga tahun lepas, saat mata kami bertaut buat kali pertama selepas istiadat pertukaran unit ke unit sniper, aku dapat rasakan bahawa gadis itu ada sesuatu. Renungan matanya yang tajam membuatkan aku rasa aku akan mati di tangannya.

Call sign, Raven.

Dia amat tegas dan keras. Langsung tidak memberi peluang kepada sesiapa untuk mengusiknya. Bergurau senda apatah lagi. Raven amat jarang menunjukkan emosi. Matanya sentiasa memerhati. Pasti mindanya terlalu bising kerana sibuk menganalisis pemerhatian. Sudah 23 operasi kami sertai bersama. Pada setiapnya, aku tidak pernah gundah kerana Raven lebih hebat menembak daripada aku walaupun aku tak mahu mengaku fakta itu.

Raven boleh menembak sasaran bergerak pada jarak 800 meter dan sasaran pegun pada jarak 1200 meter. Rekod sasaran bergerak aku hanya 600 meter walaupun untuk sasaran pegun aku lebih sedikit 1300 meter.

Aku mungkin menempah maut kerana sering mengusik gadis Iban itu. Tetapi aku tidak boleh menahan diri. Ada kalanya dia tersenyum kecil dengan usikanku tapi cepat-cepat dia sembunyikan. Raven pantang diusik. Dia tidak akan berdiam diri. Pasti akan dibalas semula. Walaupun usikannya kadang terlebih kasar, entahlah, aku tak kisah kerana bila Raven tahu dia dapat mengenakan aku, dia akan ketawa dengan begitu ikhlas kadang sampai mengalirkan air mata.

Aku tenung Raven yang baru sahaja keluar daripada van. Kalau dia tahu aku sudah menunggu di sini sejak sebelum subuh, pasti dia akan kata aku tergila-gilakan dia.

Pada hari Raven meminta aku untuk menyelamatkan dia daripada perkahwinan aturan keluarga, sebenarnya aku memang sudah berada di situ. Mengekor dia dari belakang kerana aku tahu kebarangkalian itu ada. Bukan aku tahu, lebih kepada aku mengharap Raven akan sedar bahawa dia umpama seekor gagak yang terbang bebas. Mana mungkin seekot gagak sepertinya dapat hidup terkurung dalam sangkar. Tapi, Raven dibuang keluarga tidak ada dalam percaturan aku. Aku terkejut tetapi Raven langsung tidak menangis. Kering.

Memang aku yang beriya hendak Raven pergi ke Mogadishu. Sekurang-kurangnya aku tahu, dia lebih bahagia di situ.

Raven mula bergerak. Aku juga menukar lokasi supaya dapat melihatnya buat kali terakhir dalam tempoh enam bulan. Aku rasa dia tak percaya aku. Boleh pula dia hantar Eva kepada orang lain sedangkan kalau aku ada tugas luar, aku hantar Bruno kepada dia.

Sukar betul untuk mengecam Raven dalam kelompok tentera yang berpakaian serupa tetapi pandangan aku jatuh pada seorang tentera darat wanita yang tegak berdiri sendirian.

Dia kelihatan sunyi.

"Bruno, tu pergi teman acik Raven kau. Eva, go greet your mom." Bukan burung itu faham aku cakap apa. Aku lepaskan mereka berdua untuk membuat tinjauan udara biar sekurang-kurangnya Raven tahu dia tidak sendiri. Aku ada di sini cuma mungkin dia akan ingat aku datang kerana tugas.

Mencintai seorang Raven itu, hal yang berat. Fajar dan Senja mana mungkin akan bersatu. Kepercayaan agama memisahkan kami. Syarat pertama untuk menghalalkannya sahaja sudah tidak lepas. Aku tidak mahu dia menjadi seorang muslim kerana berkahwin dengan aku. Aku tak tahu sama ada aku mampu untuk membantunya mengenal Islam dalam erti kata sebenar. Perangai aku sendiri sudah dia panggil setan. Dia tidak pernah sudi untuk berlembut dengan sesiapa.

Tidak dapat mendengar tiga kata I love you, dapat I hate you pun, jadilah.

Melalui skop, kelihatan Raven seperti sedang mencari kedudukan aku. Hanya sniper yang mengenali sniper. Dia ingat mata dia tu ada kuasa zoom? Boleh lihat dengan jarak yang jauh tanpa teropong?

Aku tahu Raven tidak akan memanggil Eva atau Bruno untuk mencari aku kerana ia terlalu menarik perhatian. Bayangkan dua ekor burung besar hinggap di bahu seorang tentera. Pasti akan menjadi perhatian dan mendapat liputan media sedangkan kami langsung tidak pernah memunculkan diri.

Daripada hanya menggunakan mata, Raven mengeluarkan binoculars gred tentera. Gigih sungguh seorang Raven. Kawasan-kawasan yang mungkin untuk sniper berada diperhatikan lama.

Aku terus memanggil Eva dan Bruno kembali. Raven mengikuti arah Eva dan Bruno terbang. Dia menghala ke arah aku kemudian dia pandang aku lama. Nampaknya dia sudah menemui aku. Binoculars disimpan semula. Raven mengangkat jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan dalam bentuk v dan diletak di sisi mata kanannya seperti kanak-kanak yang hendak diambil gambar. Aku menghidupkan laser 5 saat tepat ke jantungnya tanda dia dapat mengesan kedudukan aku dengan tepat kemudian aku matikan. Nanti orang ingat ada pembunuh uphan pula. Melalui skop, aku melihat Raven tergelak sendiri. Sukalah tu kerana dapat kesan kedudukan aku.

Aku terus menelefon Raven. Tak sampai tiga deringan, panggilan itu bersambung.

"Cepatnya you rindu I macam mana nak tunggu 6 bulan I tak ada ni?" Raven tergelak kecil.

"I tak rindu you, my dear Raven. I cuma bayangkan macam mana nak plan your assassination," balasku.

"Awh, that is so sweet. Cubalah kalau berani. Nanti aku mati, aku hantui kau sampai kau pula mati."

"Sayang betul kau dekat aku, kan? Dah matipun tak nak lepaskan aku." Aku ketawa sedikit di hujung sengaja mahu buat Raven panas hati.

"Malas aku nak layan kau. Dah la stalker. Bye!" Panggilan telefon terus diputuskan.

"Base to Hawk, dah boleh pergi ke point D sekarang. VIP dalam perjalanan." Arahan daripada Base sudah diterima. Cukuplah masa bermain. Aku terus ke titik yang disebutkan.

Selamat jalan, wirawati negara. Aku tunggu kau pulang. Jadi jangan mati sebelum masanya.


UndercoverTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang