Bab 3

2.9K 352 66
                                    

Blaus putih aku padankan dengan skirt labuh putih. Beg tangan dan kasut tumit tinggi berwana senada aku padankan dengan pilihan pakaianku pagi ini. Rambut pendek potongan tentera aku sembunyikan dalam jaring rambut. Rambut palsu hitam bersinar yang panjang mencecah paras pinggang aku gamkan di kepala. Aku kemaskan menjadi sanggul rendah. Tidak kutinggalkan perhiasan rantai, subang dan gelang emas biar naik seri. Solekan tipis aku kenakan di wajah. Sedikit pemerah pipi aku calitkan ke pipi lalu aku ratakan dengan berus solekan yang kembang. Gincu kod Rosewood aku oleskan di bibir lalu aku kemam untuk meratakannya.

Aku memandang wanita dalam cermin itu lama.

Anggun bak bidadari. Hilang terus identiti Raven The Dark Angel. Persis gambar gadis yang mama kirim melalui WhatsApp. Apa sahaja demi mama. Bukan aku tak biasa membuat penyamaran. Apalah sangat setakat mahu menjadi patung Barbie?

Pintu kuarters aku kunci. Langkah kuatur kemas. Lebih kecil dan lembut.

Hahahahaha! Keras bunyi ketawa itu. Siap tersedak dan terbatuk. Mungkin juga pakej terkentut.

"Raven, kau nak pergi dating ke?" Langkah Hawk mati di hadapan kereta aku. Dia sedang menjalani rutin hariannya berlari 10km di waktu pagi.

Aku buat pekak. Aku masuk ke dalam kereta Audi R8 milikku.

"Ops, bukan Raven. Senja. Senja Zilvania nak pergi dating ya? Hati-hati. Tayar pancit repair sendiri. Eh, jangan repair sendiri nanti kantoi busuk kau tu macam badang. Kau kena pura-pura lemah tak berdaya. Letak tangan kanan dekat dahi dan tangan kiri dekat dada lepastu panggil encik tunang help! Help! I wanita lemah tak pandai tukar tayar." Hawk tidak habis lagi menganjing.

Aku hidupkan enjin dan aku pijak kuat pedal minyak biar menderum enjin.

"Fajar Aliuddin, kau berambus atau mati. Pilih nasib kau!" Aku hempas pintu kereta dengan kuat dan terus masuk ke gear D. Brek tangan aku lepaskan lalu pedal minyak aku tekan.

Hawk dengan pantas mengundur. Tahu pula hendak sayang nyawa. Aku terus menekan minyak laju keluar daripada kawasan kem menuju ke Hotel Hilton. Paparazi milik Polis DiRaja mengerdipkan flash kamera. Mungkin kecantikan membawa Audi R8 ini terlalu memukau sehingga dia mahu mengabdikannya dalam potret berharga RM300.

Setibanya di hotel, kunci aku lambung kepada valet parking. Pandai-pandailah dia hendak menguruskan keretaku.

Telefon aku mendering minta diangkat. Mama.

"Senja, where are you? Keluarga Issac dah nak sampai sekejap lagi. We have to wait for them. It will look bad kalau kita biarkan keluarga Dato' Lim dan Datin Tania tunggu kita. You promise me to be an obedient wife kan?" Mama sudah mula gelabah ayam walhal aku masih ada sepuluh minit baki daripada masa yang dijanjikan.

Aku mula geli-geleman dengan drama Dato' Datin mama. Aku rasa mama bukan nak sangat aku kahwin. Dia hanya mahu bermegah dengan gelaran besan datin. Bukan aku tak kenal dengan mama aku. Terlalu mahu menjaga standard.

Aku masuk ke dalam restoren mewah dan terus menyebut nama papa kepada hos yang bertugas di kaunter. Dia mengukir senyuman dan memberi ayat template. "Let me show you the way."

Pintu bilik ekslusif di restoren mewah yang mempunyai taraf tiga bintang Michelin iaitu taraf tertinggi yang ada dalam anugerah itu diketuk lantas dibuka buatku.

Senyuman mama dan sapaan papa menyambut kehadiranku. Suka benar mama melihat aku berpakaian seperti Barbie bukan pembunuh seperti yang sering dipanggil mama.

Sepuluh minit berselang, pintu itu terbuka lagi. Kali ini, keluarga Issac masuk bersama teruna kacukan Cina-India itu. Sut yang dipakainya begitu rapi. Aku tahu itu sepasang sut yang baru dibeli. Ini kali ketiga aku bertemu dengannya. Majlis perkahwinan kami dirancang pada bulan hadapan. Permohonan pendaftaran perkahwinan akan dibuat seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Bermakna kebebasan aku berbaki tiga minggu sahaja lagi.

UndercoverWhere stories live. Discover now