Prologué

224 8 0
                                    

KEPALA yang tersarung tudung dua lapis digaru sebentar sebelum tangan digenggam untuk mengetuk pintu kelas.

Gadis itu teragak agak mahu mengentuk pintu kelas itu. Serentak, bibir bawah digigit sedikit bagi menghilangkan rasa resah yang menyelubungi diri.

"Ehem," deheman yang datang dari arah belakang itu tanpa sedar membuatkan bahunya terjungkit, dengan pantas dia mengetepikan diri.

Ternyata dia telah menghalang laluan pelajar lelaki yang lengkap berkemeja biru itu.

"Kamu lambat ke mana, Aryan?" Soal guru perempuan tersebut.

"Tandas hehe," dengan muka tidak bersalah lelaki itu mengambil tempat berhadapan meja guru tersebut.

"Hai Darya! Buat apa lagi dekat situ?" Dengan tergesa Arya melangkah masuk ke kelas tersebut menuju ke arah guru yang berada di meja guru.

Nurdarya Binti Ahmad Daus. Gadis itu merupakan pelajar baru.

"Kenapa cikgu nak jumpa saya?" Soal dia. Kelas yang agak bingit itu membuatkan dia terpaksa menguatkan suara sedikit.

Pandangan dari murid lelaki yang bernama Aryan itu diabaikan.

"Cikgu nak nombor telefon ibu kamu, ada maklumat yang tak lengkap."

Tanpa banyak soal, dia menulis nombor telefon ibunya di kertas.

"Perjumpaan batch hari Selasa tahu? Nanti kita jumpa lagi. Terima kasih sebab datang ke sini" Arya hanya mengangguk sambil tersenyum ke arah guru itu. Aryan dia kerling seketika sebelum melangkah keluar kelas.

"Bukan ada kena mengena dengan aku pun," bisiknya sendirian.

And that's how he knows her.

"TAKE care Arya," sekali lagi, mata Darya mulai berkaca. Tangannya digenggam bagi mengumpulkan kekuatan untuk mengeluarkan suara yang tertahan di kerongkong.

"I can't promise that." Lelaki yang bernama Aryan terdiam mendengar jawapan Darya sebelum Darya menyambung semula,

"I can't promise to take care of myself. What matters is you, take care of yourself"

"I will." Darya tersenyum nipis setelah mendengar jawapan Aryan.

"Can I ask you something? Why you completely ignore me as long as we're in school until the last day of SPM? Arya rasa Aryan benci Arya. Mungkin Arya terlalu memaksa Aryan sebab Arya taktau apa salah Arya.. " lirih Darya. Dia terkilan dengan perlakuan Aryan.

Aryan diam.

"That's the problem. Arya terlalu memaksa Aryan untuk stay." Sambung Darya lagi.

"I don't hate you." Balas Aryan.

"Arya terima kalau Aryan nak benci Arya," gadis itu tersenyum pahit.

"I ignore you because I can't accept the reality that I let you go. I can't hate you."

"Yeah because you love her not me. Just face it. I'm sorry for being a barrier between you and her. If she's still single go and get her. She's your happiness."

"How 'bout you?" soalan Aryan membuatkan Arya tertawa palsu.

Sakit, Aryan.

"I'm here. Always here. As long as you're happy. I'm okay."

Tak. Arya taknak. Arya taknak tengok Aryan dengan orang lain.

"Minta maaf sebab Aryan tak boleh tunaikan janji Aryan."

"Promise are meant to be broken. I knew it. Tak apa. Kejar dia. She's your true happiness. I'm sorry because I love you."

Hati Darya menangis. Dia terpaksa korbankan kebahagiaan sendiri untuk orang yang dia cintai separuh mati.

"Kita akan berjumpa lagi?" Tanya Aryan.

"Untuk.. apa?" Balas Arya.

"Aryan cuma tanya."

"Mungkin, kalau Aryan yang nak."

"Kalau suatu hari nanti kita terserempak, jangan lupa tegur. Itu Aryan minta."

Makin dalam luka yang terukir di dalam hati Darya.

"Kalau masa tu Aryan dengan dia, mungkin Arya tak tegur."

Darya menjengket kaki sebelum mengusap rambut Aryan,

"Dapatkan dia. Pergi lah. Arya tahu Aryan nakkan dia."

"Macam kalau dia tak rasa apa yang Aryan rasa?" Darya tersenyum nipis mendengar luahan Aryan.

"Listen, love. is. blind. Even though you and her might not see each other, but you still love her right? She's your first love," Aryan mengangguk.

"Tackle dia balik. I know you can."

Nurdarya. Sepatah nama yang membawa maksud yang cukup indah. Nur beerti cahaya manakala Darya yang berasal daripada perkataan Turki iaitu laut mahupun samudera. Sesuai dengan namanya, riak wajahnya tenang seperti laut namun siapa tahu hatinya bergelora seolah ribut taufan?

Dan kini, biarpun hatinya sedang berkecamuk, gadis itu masih mengekalkan wajah tenangnya walaupun bila-bila masa sahaja empangan air matanya bakal pecah.

Cinta itu mematikan. Malah cinta itu melemahkan. Kerana cinta, dia lemah seperti ini sekarang.

Kerana cinta, dia mengalah. Dan kerana cinta, dia perlu belajar erti melepaskan biarpun hatinya berbolak-balik.

Cinta itu gila.

Sepasang mata coklat gelapnya hanya memandang langkah Aryan yang semakin menjauh. Bayang lelaki itu juga semakin hilang dari pandangannya, tanpa dia sedari, setitis demi setitis air matanya mulai jatuh menyembah bumi.

Dulu, dia dambakan lelaki itu.

Dulu, lelaki itu menjanjikan bermacam kebahagiaan.

Dulu, lelaki itu sentiasa mengutamakannya.

Dulu, lelaki itu selalu memanjakannya.

Tapi itu dulu.

Bisik hatinya sendirian.

•───────•°•❀•°•───────•

officially dedicated to you, A.H

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now