1

92 8 0
                                    

PERMANDANGAN kota raya dari aras 55 menjadi fokus aku sekarang. Cantik. Tidak pernah permandangan Kuala Lumpur seiring dengan langit malam tidak cantik.

Langit yang gelap, ditaburi beribu bintang di langit. Suasana yang sunyi dan tenang bersama secawan caramel machiato ditangan menambahkan lagi suasana yang aku gemari.

Tenang, tetapi fikiran aku bercampur baur. Serabut memikirkan masalah yang bagi aku agak besar ketika ini.

Masalah pertunangan yang tidak diingini. Semuanya gara-gara aturan mama sendiri. Mahu membantah, risau menjadi anak derhaka.

Entah siapa tunang aku pun aku tidak tahu. Apatah lagi rupa parasnya.

Tidak pasti samada aku yang malas mengambil tahu namanya ataupun aku hanya redha dengan pilihan mama.

Mama kut, takkan kau tak percaya dengan taste mama?

Suara hati mula menjengah. Tidak lama kemudian, aku menggeleng sendiri. Haish, kadang-kadang pilihan mama tak boleh pakai..

Okay, Arya. Diam. Jangan persoalkan lagi. Manatahu lelaki itu baik? Ataupun dia memang jodoh yang telah ditetapkan untuk kau di luth mahfuz?

Jangan persoalkan. Cukuplah kau dah buat solat istikharah untuk mencari petunjuk disebalik semua ini.

Sofa empuk berwarna beige yang terletak di tengah ruang kondominium ini aku tuju. Tinggal seorang diri ini tenang, tapi kadangkala rasa sunyi itu menjengah.

Kepala aku sandarkan disofa sambil memicit dahi yang agak pening. Banyak benda yang bermain diminda. Daripada hal kerja sehingga ke hal peribadi.

Mana entah work-life balance yang selalu orang hebohkan itu. Lansung tak berguna kepada manusia seperti aku.

Ting!

Aku mengangkat sebelah kening. Siapa yang rajin chat pukul 11 malam ni? Nak kata client, waktu sudah melebihi waktu bekerja dan ini merupakan telefon peribadi.

Telefon yang dikhaskan untuk kerja aku letak di dalam bilik tadi.

011-XXX XXXX

Nombor tak dikenali. Chat itu aku buka tanpa ragu memandangkan bluetick sememangnya aku off.

Bukannya dia tahu aku baca atau tidak.

-Assalamualaikum, cik tunang.

Bufft!

Aku tersembur air caramel machiato tadi sejurus melihat chat mengejut itu. Mataku membulat apabila kertas A4 putih yang dibiarkan diatas meja untuk aku membuat contengan ringkas kini dikotori dengan warna coklat kopi.

Shit.

Aku menggaru kepala. Buntu mahu menjawab apa. Takkan nak forward message kepada kawan-kawan aku untuk minta cadangan jawapan mereka kut?

Ni bukan latihan mahupun ujian Arya sampai kau nak minta cadangan jawapan. Kurangkan sikit perangai tak matang kau tu.

Tenang Arya, tenang. Tarik nafas, hembus. Tarik dan hembus. Rileks, kenapa kau nak gelabah? Tunang je pun. Bukannya buaya darat.

Ye ke bukan buaya darat?

Aku menggeleng laju. Nauzubillahminzalik!

Perlahan-lahan jari runcingku mengetik papan kekunci, perkataan ditaip tanpa sebarang typo. Buat malu kalau typo, nanti nampak sangat perangai diri sendiri yang sememangnya mudah gelabah itu.

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now