8

65 5 0
                                    

"MISS Darya, KPJ Specialist ada call tadi, doktor Raiyan minta miss attend appoinment yang dia dah buat hari jumaat nanti." Aku hanya mengangguk.

Doktor Raiyan, doktor yang bertanggungjawab ke atas ayah sebelum ini di hospital sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir.

"Anything else?" tanyaku. Sara termenung sesaat sebelum dia memandang ke arahku semula.

"There's a food." Kata Sara.

"And?" Hairan. Kenapa dengan makanan?

"It is for you, Miss Darya." Tambah Sara lagi.

Jari telunjuk aku menghala ke diri sendiri. Sungguh. Siapa yang rajin hantar makanan pada waktu tengahari ini?

"Ada rider tadi, dia kata someone order atas nama miss dan yang pastinya sudah dibayar."

Dahi aku berkerut. Tak bahaya ke makanan tu? Kalau ada orang.. nak santau aku macam mana?

Aish, overthinking!

Beg kertas yang berisi makanan kini terletak elok di atas meja. Bau semerbak kini memenuhi ruangan ini.

Dan, kebetulan aku tengah lapar!

"Saya minta diri dulu miss." Aku mengangguk tanda membenarkan dia keluar.

Tangan kini mengeluarkan bungkusan makanan yang terletak di dalam beg kertas. Mataku menangkap resit yang berada di dalam beg kertas, tanda makanan ini dipesan melalui aplikasi foodpanda.

-ayam gepuk untuk cik
tunang yang sentiasa sibuk

-am

Bibir melorek senyum. Kini aku membuka pembungkus makanan. Tidak menghiraukan bau enak makanan yang berlumba-lumba memenuhi bilik ini.

Ayam Gepuk Pak Gembus seriously?!

Macam mana dia tahu comfort food aku?

Malas berfikir panjang, set sudu dan garfu yang terletak di laci hujung aku keluarkan bagi menikmati hidangan.

He really know how to treats me well.

Bunyi notificafion glass kini memecah ruangan yang sunyi kerana aku sedang menjamah makanan.

Habis mengunyah, aku mengangkat telefon peribadi, tanpa diagak, sudah tahu pesanan itu masuk daripada siapa.

Siapa lagi yang aku setkan notification itu selain 'encik tunang'?

Sengaja aku mengkhaskan notificafion tersebut, tak ada lah aku keliru mana kalau dia ada chat.

-Enjoy your foods, cik
tunang!
-I'm counting days, lagi
50 hari awak akan
bergelar isteri saya.
-Doakan saya mampu
jadi imam terbaik untuk
awak, wife-to-be.
-Jangan benci saya
terlalu lama, it hurts
me, so well.

Aku masih berdiam. Tiada tanda untuk membalas chat itu.

Dia fikir.. aku benci dia sebab perkahwinan ini bukan sepenuh rela aku ke?

Aku reply chat terakhirnya. Hairan. Namun pada masa yang sama, aku rasa bersalah kerana membuat dia berfikir begitu.

-did I hurting you?
-what do you mean?
-by the way, thanks
for the food, I
appreciate it.

typing..

-You knew it, Arya.

Senyap. Tiada lagi perkataan typing setelah itu biarpun lima minit telah berlalu.

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now