18

74 7 0
                                    

"ARYA suka makan bihun sup utara kan? Aryan bagitahu ibu, nanti lain kali bila ibu datang sini ataupun Arya balik rumah ibu, ibu buatkan ya?" Bersinar mataku apabila mendengar pelawaan ibu. Ibu pelawa kita makan bihun sup. Sedapnya..

"Boleh i-ibu, boleh! Boleh! Arya suka!" Agak janggal untuk memanggil ibu mungkin kerana masih belum biasa. Ibu hanya tersenyum mendengar aku begitu teruja menerima pelawaan dia.

Aku menolak udang di atas pinggan ketepi. Menyampah nak kena kupas. Mata memerhati ruangan buffet tersedia bermacam lauk hidangan tengahari. Semuanya tampak menyelerakan.

Agaknya Aryan ini kerja apa ya sampai mampu belanja makan sebegitu mewah ini? Bukannya aku tidak mampu, sudah tentu aku mampu. Cuma hairan dengan pekerjaan Aryan.

Diam aku berfikir, sehinggakan baru perasan udang tadi yang aku tolak ketepi kini berada di pinggan Aryan. Lelaki itu meletakkan sudu dan garfu sebelum tangan menyinsing lengan baju untuk mengupas udang.

Tidak lama kemudian, udang-udang itu siap dikupas dan diletakkan semula ke pinggan aku. Aku hanya diam menerima.

"Abang Ary! Nak udang jugak!" Suara kecil itu kini memecah ruangan yang kian menyepi. Aku menjeling Aryan disebelah, galak lelaki itu menggeleng tidak mahu mengupaskan udang untuk adiknya.

"Taknak buat! Pergi suruh abang Qayyum buatkan." Arah Aryan tanpa kisah akan tatapan maut ibu.

"Aryan.." tegur ibu. Tahulah aku bahawa sememangnya Aryan ini suka bergaduh dengan adik bongsunya.

"Aryan available kupaskan udang untuk Arya je, ibu. Qayra tuu ada Qayyum, ada Qadri. Kira aci lah tu, ibu." Balas Aryan bersahaja.

"Banyak songeh lah Aryan ni. Ibu jaga korang pun tak berkira tau," Aryan tergigit lidah sendiri apabila mendengar ibu mula membuka kamus.

Faham-fahamlah kamus bebelan ibu setebal mana. Habis diungkit dari zaman dulu. Risau!

"Haa ibu, Aryan nak pergi cari aiskrim kejap, bye!" Berdesup Aryan hilang melarikan diri. Aku memandang adik-adiknya yang kalut sama mahu turun. Lantas, mereka mengekori langkah Aryan.

"Abanggg nak ikut!"

Ibu hanya menggeleng. Kini, ibu meneguk segelas air, sebelum matanya merenung aku lembut. Bukannya renungan tajam mahupun sinis. Cukup membuatkan aku tahu bahawa ibu menerima aku dengan baik ke dalam keluarganya.

"Ibu nak cakap sikit, boleh?" Tanya ibu sopan. Aku mengesat hujung bibir yang terasa comot dengan tisu.

"Tanyalah, Arya tak kisah." Aku melorek senyum.

"Arya sayang Aryan?" Soal ibu berhati-hati. Mungkin takut aku terasa dipaksa nikah dengan Aryan. Senyuman aku tadi kian memudar.

Aku..

"Ibu tahu apa yang jadi antara kamu berdua. Ibu akui, ibu silap dalam mendidik Aryan. Sebab kurang didikan ibulah dia sanggup sakitkan perempuan. Ibu minta maaf, Arya sayang. Tapi ibu minta Arya perlahan-lahan maafkan Aryan. Dia ikhlas dengan Arya. Ibu saksi. Ibu pernah suruh dia lupakan Arya sebab ibu tahu dia teruk untuk Arya, dia tak layak untuk Arya. Tapi dia dah berubah, sayang. Ibu pernah lihat dia menangis sendirian dalam bilik masa semua orang tengah tidur, hanya kerana menyesal dengan perbuatan dia terhadap Arya.." ibu mengenggam tanganku. Seolah mencari kekuatan untuk diri sendiri menceritakan selanjutnya.

"Ibu sedih tengok Aryan murung lepas dia sedar silap dia. Masa dia pertama kali ceritakan kepada ibu salah apa yang dia buat, ibu tampar dia, Arya. Ibu kecewa sebab anak lelaki sulung ibu sakitkan Arya. Ibu minta maaf, Arya." Mataku hampir berair namun aku tahan.

Ibu begitu tulus memohon maaf kepada aku padahal bukan salah dia. Lagi berat rasa bersalah aku.

"Arya sayang dia. Tapi.." Ibu mengusap kekura tanganku lembut.

"Tak apa, ibu faham. Lambat laun Arya akan maafkan Aryan kan? Ibu tak mahu menantu lain. Ibu nak Arya seorang saja yang jadi isteri Aryan. Jangan seksa anak ibu terlalu lama ya, sayang?" Aku mengangguk faham.

Ibu tahu..

Ibu tahu aku sedang menyeksa anak dia. Tapi ibu kekal tenang sebab tahu salah anak dia sendiri.

Ya Allah, apa patut aku buat sekarang?

MATA memerhati segenap ruang. Aku hanya mengekori Aryan dari belakang. Aryan kata sebab kami berdua bekerja, dia tak mahu membuang masa untuk berpindah pada hari lain. Jadi dia memutuskan untuk masuk ke rumah ini selepas check-out tadi.

"Welcome to our house, Arya." Ujarnya ringkas. Aku masih diam. Sedang mentafsir reka bentuk rumah banglo dua tingkat yang agak luas ini.

Kita? Rumah kita?

Kenapa perkataan itu rasa aneh?

"Arya, ikut Aryan house tour kejap. Nanti Arya tak tahu selok-belok rumah ni." Panggil Aryan. Tanpa menyahut, aku mengikuti langkah besarnya. Seksa nak kejar!

Hampir menganga aku apabila kami sampai ke ruangan tengah rumah. Tak banyak mahu aku katakan tetapi cantik! Swimmimg pool terletak di tengah rumah dan bertutup.

Senang mahu freehair ketika merendamkan diri.  Cuma hairan kerana interior design rumah ini begitu familiar pada pandangan aku.

Oh mungkin sebab aku pernah jadi real estate negotiator kut, mana tahu ada salah satu client beli rumah macam ni..

"Arya suka?" Lamunan aku kini terhenti. Aku hanya berdehem.

"If you ever wonder why this house look so familiar, this is your dream house. Dulu Arya pernah berangan dekat Aryan yang Arya nakkan rumah yang luas, ada laman sendiri, ada kolam di tengah rumah sebab lebih tertutup dan paling penting setiap tandas ada tab mandi." Terangnya panjang lebar. Matanya kian menyepet apabila wajahnya begitu ceria menerangkan setiap satu ciri-ciri rumah idaman aku.

Kini aku teringat semuanya berada dalam angan-anganku sendiri. Dan lelaki dihadapanku ini yang merealisasikan angan-anganku itu. Dia ingat. Dia ingat setiap satu patah bicara aku.

"Cuma Aryan tak tahu tema warna yang Arya mahukan. Kalau Arya tak puas hati, nanti Arya decide untuk tukar warna lain, interior design pun sama. Arya tak cerita lengkap. By the way, go and take a look at your kitchen. Itu kan tempat kegemaran Arya, Aryan takut Arya tak puas hati." Arya menunjuk ke arah kananku terletaknya dapur.

Tanpa berbasa-basi, laju kali melangkah ke dapur. Tak sabar mahu melihat tempat favorite baru!

Aku menyimpan senyum apabila melihat dapur begitu lengkap dengan peralatan sehingga ke ruangan mencuci pakaian. Kenapa terlalu sempurna?

Oven begitu besar, alat kelengkapan serba cukup. Peti ais sehingga dua biji! Apatah lagi ruangan mencuci pakaian, ruangan ini begitu unik dan memenuhi nilai estetika. Lihatlah syilingnya yang transparents supaya ada pancaran matahari. Dryer baju pun ada jika malas mahu sidai pakaian.

"Bumbung tu boleh tutup waktu malam." Aku mematikan senyuman. Mengelakkan dia daripada terlihat aku begitu gembira dengan rumah ini.

Aku jujur yang aku ini.. ego.

"Rumah ni Aryan design sendiri, jadi Aryan custom rumah ni ada lapan bilik. Cuma, ada tiga bilik kawasan larangan Arya. Jangan masuk bilik-bilik tu tanpa kebenaran Aryan. Aryan tak suka."

Aku meleretkan senyum sinis, dan tajam.

"Kenapa? Ada darkside awak? Macam tu? Awak ada simpan perempuan lain? Ataupun awak pernah bawa perempuan lain masuk ke situ?" Selarku tajam. Lansung tidak hirau dengan tutur kata begitu kurang ajar.

"Jangan mulakan, Arya. Jangan cabar Aryan. Aryan takut Aryan tak dapat kawal diri. Aryan masih manusia biasa, Arya. Aryan takut sabar Aryan sampai hadnya," aku terdiam.

Apa masalah aku ini? Tak boleh ke kalau tak cari gaduh dengan Aryan?








heh

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now