3

59 6 0
                                    

SUDAH sebulan sejak 'encik tunang' itu chat aku buat kali pertama itu. Malah itu juga merupakan kali pertama dan terakhir. Entah bila lagi dia akan chat aku pula. Takkan aku mahu sapa dia dahulu?

Eh. Aku.. tertunggu-tunggu chat dia?

Aku menggeleng kepala. Gila. Atas sebab apa aku tertunggu-tunggu dia? Bukannya pertunangan ini atas dasar cinta pun.

Aku memandang ke arah pen dan kertas kosong tadi yang mulanya putih bersih kini dipenuhi dengan pelbagai contengan rawak.

Am? Nama? Umur? Kerja?

What the hell is going on with you, Arya.

Desis hati sendiri.

Aku tersentak dari lamunan apabila mendengar pintu pejabat diketuk. Kini wajah Sara mulai menjengah dari pintu.

"Miss, ada orang hantar bunga." Sejambak bunga kini menyapa pandangan apabila pintu dikuak lebih besar.

"Siapa bagi?" aku mengangkat sebelah kening. Hanya mahu tahu nama si pemberi.

Sudah lali menerima jambangan bunga. Semuanya tidak menarik perhatian aku. Bunga ros? Tolonglah. Susah untuk dijaga apatah lagi bunga-bunga lain. Dengan aku yang sentiasa sibuk dengan kerja, sudah tentu tiada masa untuk menjaga bunga.

"Saya tak pasti, tapi ada kad ucapan dekat sini. Miss boleh tengok." Dengan berhati-hati Sara meletakkan jambangan bunga itu di atas meja kerjaku.

"Saya minta diri dulu, Miss." Aku hanya mengangguk.

Seolah mempunyai tarikan yang tersendiri, aku mengangkat jambangan bunga ini.

Baby's-Breath.

Tidak pernah ada satu pun lelaki yang memberi aku jambangan bunga ini.

Dan, aku suka bunga ini.

Kad ucapan yang terselit dicelahan bunga aku ambil sebelum membaca ucapan yang ditulis kemas oleh si pemberi.

Atau lebih tepat sekali, dia minta pekerja kedai bunga itu yang tuliskan. Kerana tulisan ini sudah tentu tulisan tangan perempuan.

-teruntuk cik tunang yang sudah tentu tiada masa dan tidak reti menjaga bunga-

-Am

Dup! Dap! Dup! Dap!

Jantungku mula memainkan sebuah irama. Nama ini!

Aku menyimpul senyum, lansung tidak mengambil hati dengan ayatnya yang tiada tapis.

Memang fakta.

Tanpa berfikir panjang, tangan aku laju mencapai telefon peribadi sebelum contact 'encik tunang' dipilih bagi memulakan perbualan.

-macam mana awak
tahu yang saya tak reti
jaga bunga dan tiada
masa untuk jaga bunga

typing..

Aku menggigit bibir. Resah. Tidak sangka dia online pada masa-masa begini. Ah, bodoh. Pasti dia fikir aku terlalu gelojoh.

-Got you!
-Saya teka

Pasti juga dia sedang gelak terbahak melihat pesanan aku yang mempunyai unsur-unsur keperasanan ini.

Dia teka saja. Bukannya dia memang tahu..

Kenapa kau macam kecewa?

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now