7

59 7 0
                                    

TANPA sedar, air mataku kini menitis tatkala teman baikku kini hampir menjadi isteri orang.

Aku hanya termenung melihat pantulan dirinya di cermin dari jauh.

"Darya! Kau menangis?!" aku tersentak dari lamunan apabila Elliesya kini menjerit tepat di tepi cuping telinga yang berbalut tudung.

Bingitnya masyallah!

"Diamlah." Aku menjeling dia lalu mengambil tisu yang terletak di meja solek.

Aku cuma.. sebak. Kawan sendiri yang selalu ada masa kau susah dan senang, sekarang dah nak jadi isteri orang.

"Dulu kita bertiga sanggup berjemur tengah panas dekat pagar belakang sekolah agama semata nak gosip," ujar Nisa sambil tergelak kecil.

"Bila ingat balik, tu lah punca korang sunburn teruk masa naik sekolah menengah, tapi sibuk tanya macam-macam kenapa hitam." Kami bertiga pecah ketawa apabila mendengar bebelan Elliesya.

"Tau tau member ni dah nak kahwin." Aku tersenyum nipis memandang Nisa yang sudah siap disolek. Cantik.

Oh tolonglah, aku berani kerat jari kalau suami dia kata tak cantik. Dia ni cantik je dari dulu. Tapi self esteem rendah sangat.

"Akak pengapit dah ready nak jadi assistant aku ke?" soalnya ringkas seraya memandang ke arah aku.

"Dah. Aku sentiasa bersedia okay. Kan aku dah janji daripada dulu biar aku yang jadi pengapit kau." Nisa menarik senyum. Tahulah dia yang aku tidak memungkiri janji lama dahulu.

"Janji dengan aku, korang akan selalu ada dengan aku sampai bila-bila, tau. Aku sayang korang." Nisa menggenggam tangan kami berdua.

Matanya kian berair membuatkan aku mencerlungnya tajam.

"Kau jangan nak cengeng eh. Nanti jenuh aku nak lap air mata kau berbaldi-baldi!" Aku memberi amaran siap-siap.

Dia ni bukan boleh percaya. Cengeng nak mampus!

Pintu yang diketuk membuatkan aku dan Elliesya serentak memandang ke arah Nisa.

"Make up aku okay ke?"

"Okay dah ni. Cantik sangat-sangat, okay. Kitorang bunuh suami kau kalau kata tak cantik." Yakin Elliesya.

Dah tiba masanya.

"MUHAMMAD Afiq Danish bin Darul Hisham."

"Saya."

Debaran kian terasa. Biarpun bukan aku yang berada di tempat Nisa, aku pasti dadanya kini pun sedang berdegup kencang kerana tangannya dingin seperti ais di kutub sedang kuat menggenggam tanganku.

"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Nurkhairunnisa Aleya dengan mas khawin lima ribu ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

Tangan ditadah bagi memanjatkan kesyukuran terhadap tuhan Yang Esa.

Selesai mengaminkan doa, pengantin lelaki itu pergi ke ruangan solat bagi menunaikan solat sunat.

Tanganku dari tadi setia memegang tisu bagi mengelakkan air matanya terkena solekan.

"Weh, suami kau dah datang." Elliesya menepuk perlahan peha Nisa. Nak tepuk kasar-kasar depan orang ramai pula.

Ada yang tak mengaku kawan nanti karang.

Aku dan Elliesya segera menjauhkan diri daripada Nisa. Memberi ruang untuk pasangan mempelai itu meneruskan upacara pembatalan air sembahyang.

Nanti giliran aku pula berada di tempat Nisa. Entah masa itu aku sudah bersedia atau belum pun aku tak tahu.

Aku hanya berdiri di samping pelamin, menjaga Nisa. Sesekali aku menunduk membetulkan kainnya supaya tidak terlihat cacat di dalam gambar.

Elliesya dari tadi setia mengambil gambar kami.

'Trio never works'. Boleh tak aku nak cakap yang ayat itu tidak betul. Buktinya kami bertiga ada di sini. Seorang menjadi pengapit dan seorang lagi mengambil gambar biarpun sudah ada beberapa photographer berbayar.

Tiada isu mahu berebut jadi pengapit ataupun terasa left-out.

Cukuplah kami bertiga ikhlas berkawan sahaja. Pasti tiada masalah.

Aku membuang pandangan ke hadapan sambil memaniskan muka dan tangan sedia mengipas Nisa.

Nisa menarik lengan baju. Terus aku memandang ke arahnya sambil mengangkat sebelah kening.

"Kau nak makan dulu ke? Dari pagi tadi kau tak makan lagi, kau minta lah pula Elliesya jaga aku kat sini." Ujarnya.

"Tak apa ke ni?" Nak tolak, perut pula rancak berkeroncong. Mestilah Nisa dengar kerana dia duduk tepat di sisi aku.

Dengan berhati-hati aku mengatur langkah menuruni anak tangga pelamin serba cantik itu. Aku melangkah ke arah Elliesya yang dari tadi setia berdiri di hujung kanan dewan.

"Nisa minta tolong kau take over jadi pengapit kejap, aku nak pergi makan." Kipas dihulurkan ke arah Elliesya.

"Aku takut la berdiri atas pelamin." Itulah masalah dia. Terlalu malu tak tentu pasal. Dengan kitorang tak tau malu pula.

"Ah takda takda. Kena dengar cakap queen of the day kalau tak nanti minah tu merajuk. Aku tak larat nak pujuk," aku mengutuk dalam nada bergurau.

"Fine. Jangan lama-lama eh, aku takuttt." Aku menjeling Elliesya.

Gedik punya member.

Meja yang terhidang dengan pelbagai jenis makanan itu membuatkan aku menelan liur.

Lapar siot.

Sedang leka aku meletakkan lauk ke dalam pinggan yang sudah berisi nasi, satu wangian yang datang dari arah belakang membuatkan aku terkaku.

Versace Eros.

Wangian yang tidak pernah hilang dari ingatan. Bau yang mengingatkan aku kepada seseorang, memandangkan botol kecil perfume itu atas pemberian dia dahulu aku masih simpan lagi.

Bauan yang maskulin. Dan pasti akan ada yang mengatakan pemilik wangian ini mempunyai aura yang berkarisma.

Segera aku memusingkan tubuh, mataku menangkap susuk tubuh seseorang yang tidak jauh dariku sekarang sedang membelakangi aku, sambil tangan menekap telefon di telinganya dan kaki melangkah keluar dari dewan ini.

Gaya jalan dia.. betuk tubuh belakangnya.. tidak ubah seperti Aryan.

Aku mengetap bibir sambil menggeleng kepala. Ah, mungkin itu orang lain!

Tapi, kalau itu dia sekalipun, kau dah ada tunang Arya. Lupakan dia!

Lupakan..






nyeh





Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now