5

63 7 0
                                    

KADANG-kadang aku fikir aku sudah melepaskan dia. Entah atas sebab apa aku berfikir begitu, mungkin kerana sejak kami putus aku betul-betul tidak mengganggu hidup dia lagi.

Maksud aku, tiada panggilan telefon aku buat terhadap dia. Begitu juga dengan kiriman mesej. Manatahu drunk text. Kami menjalinkan hubungan itu pun gara-gara drunk text aku pada jam 3 pagi setelah tiga kali aku menolak luahan perasaannya.

Gila bukan?

Dia yang bersungguh mahukan aku dulu, tetapi dia sendiri juga memilih untuk pergi.

Perasaan aku ketika dia bertindak memutuskan hubungan?

Remuk. Hancur. Hati bagai dicarik dan disiat dengan kejam. Seseorang yang aku anggap istimewa sendiri yang berjaya menghancurkan diriku ketika itu. Dan lebih teruk lagi, beberapa hari sebelum kami menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kerana dia, aku hampir mati akibat pengambilan parasetamol berlebihan kerana sakit kepala menangis berlebihan.

Keluarga toksik. Keadaan sekeliling yang kerap mengganggu mental dan ketika itu ditambah lagi dengan hati yang begitu remuk.

Atas sebab apa lagi aku mahu hidup ketika itu?

Kerana sayang, aku tak mampu membenci dia sepenuh hati.

Dia racun, tetapi dia penawarnya.

Tanpa dia tidak mungkin aku berjaya bertahan di sekolah itu sehingga habis.

Aku merenung ke jendela luar. Hanya memandang ke arah kesesakan lalu lintas yang jelas kelihatan dari aras pejabat ini.

"Arya! Kau tahu tak yang Yan bertumbuk dengan Aiz dekat asrama semalam?!"

Tanya rakan sekelasku. Dia lelaki. Sudah pasti lah dia tahu segala benda yang berlaku di asrama lelaki. Nasiblah ketika ini semua tiada di kelas kerana sedang rehat.

"Kenapa?" aku bertanya.

"Sebab kau," balasnya. Sepasang matanya memandang aku bersahaja. Antara kami sememangnya 'no hard feelings' kerana aku tak suka classmate sendiri.

Menyusahkan.

Aku menunjuk ke arah diri sendiri. Dan dia hanya mengangguk, mengiyakan.

"Dia tumbuk dengan Aiz sebab dia hilang sabar bila dengar Aiz dengan teman wanita dia hina kau tak habis-habis." Terangnya.

Aku terkelu.

"Warden asrama tahu?" aku bertanya. Memandang ini sekolah berasrama penuh, sudah tentu warden selaku guru asrama bertanggungjawab sepenuhnya jika melibatkan kes di asrama.

Dan jika kes melibatkan sentuhan atau lebih tepatnya bertumbuk, pelajar berisiko untuk digantung ataupun dibuang sekolah.

"Dah kalau kau tengok Yan ada lagi kat kelas harini maksudnya warden tak tahu la tu. Lagipun aku tengok Yan tu tak ada calar apa pun. Aiz je kut yang lembik semacam." Aku menyimpan senyum.

Aku pun tak ada lah baik mana cuma kadang-kadang aku risau jika menyusahkan Aryan kelak nanti. Kalau dia dibuang sekolah hanya kerana hal remeh ini, macam mana?

"Aku pergi dulu lah, nak pergi dewan makan. Lapar siot," aku menjeling rakan sekelasku ini. Siapa suruh tak makan hanya semata untuk cerita tentang hal ini?

Tak suruh pun.

Aku merenung ke arah buku latihan yang aku sedang buat tadi. Tergendala kerja aku gara-gara 'hot tea' tadi.

Didalam kepala, terbayang-bayang dengan cerita yang aku baru tahu tadi.

Dia.. bergaduh sebab nak back-up aku?

Dia sanggup merisikokan diri dia yang bersih daripada sebarang kes disiplin hanya sebab aku?

Tanpa sedar, bibirku melekuk sebuah senyuman.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu menyentak lamunanku tadi. Aku mengangkat kepala. Memandang ke arah pintu belakang kelas dimana punca bunyi ketukan berasal dari situ.

Aryan!

"Nak kitkat?" soalnya sambil mengeluarkan tangan kirinya dari belakang.

"Ke cadbury?" tangan kanan pula diangkat.

"Ke Arya nak dua dua?" aku tersenyum suka.

"Dua dua!"

Lelaki itu kini berjalan ke meja aku yang terletak berhampiran dengan jendela kelas.

Kedua-dua coklat tadi diletakkan di atas meja, lalu dia menarik kerusi untuk duduk menghadapku.

Darya dan Aryan.

Hanya sebuah kebetulan. Tetapi nama ini seolah berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain.

Anak matanya berwarna hazel kini menatap tepat di wajahku membuatkan pipiku kian memerah malu.

"10 minit," ujarnya.

"Ha?" 10 minit apa?

"Aryan duduk sini 10 minit je, sebab rehat dah nak habis. Aryan saja datang, sebab rindu hehe." Aku merapatkan bibir. Tahan senyum.

Dia tak pernah gagal membuatkan aku tersenyum. Seketika itu, cerita tadi membuatkan aku menyepetkan mata dan merenung wajah berkulit cerahnya lama.

Kulit cerah. Anak mata pula bewarna hazel. Hidung yang tidak terlalu mancung. Alis kening terbentuk cantik dan di bahagian hujung keningnya seolah diukir tajam.

Aku leka merenungnya sehingga tersenyum lucu.

Aryan mengerutkan dahinya hairan.

"Kenapa?" tanya dia.

Aku mematikan lamunan. Haish, kejap betul boleh terleka.

"Awak gaduh dengan Aiz?" soalku serius. Dan dia tahu, jika aku membahasakan dirinya 'awak' bermaksud aku sedang serius.

"Takkan Aryan nak biarkan dia terus buli mental Arya. I'm your boyfriend. Mestilah Aryan kena lakukan sesuatu," balasnya mudah.

Aku mengeluh.

"Kalau warden tahu macam mana? Aryan kena buang sekolah? Siapa nak teman Arya dekat sini.." lirihku perlahan.

"Ala sayang, rilekslah. Aryan sentuh sikit je, dia yang lembik sangat."

Aku mencebik. Suka hati dia je nak tumbuk anak orang. Kalau anak orang itu kaki mengadu dekat mak bapak macam mana?

Kan dah susah.

Aryan yang tiba-tiba mencubit pipiku membuatkan aku mengaduh sakit.

"Sakitlah, Aryan!"

"Geram lah pipi tembam," dia mengerutkan hidung sambil meneruskan kerjanya.

Kepala otak dia!

"Nanti orang lain nampak lah Aryan!" balasku lagi.

"Okay okay Aryan stop. Sorry lah sayangg," dia mengedipkan matanya beberapa kali.

Aku lemah!

"Lain kali jangan buat dah."

"Aip aip kapten!" dia mengangguk semangat. Kalau lah orang tahu perangai dia yang begitu kekanakkan ketika ini. Pasti tidak percaya Aryan Hameen yang dikatakan beku ini bertindak sebegini.

"Dah, rehat dah nak habis. Keluar. Nanti orang nampak." Aku halau dia.

Tanpa sempat aku menjauh, dia mencium tepi kepalaku yang berlapik tudung laju sebelum berlari keluar kelas ini.

Aryan bangang.



ye la kut

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now