12

74 6 0
                                    

"SO.. assalamualaikum, Arya?"

Aku? Hanya memandang. Salam dijawab di dalam hati. Tidak tahu mahu beri reaksi apa. Senyum? Sudah terang-terang lelaki di hadapan aku ini dulu kerap menyakiti aku berkali-kali. Mahu menangis? Meraung? Kalau aku ini Arya yang lama, mungkin ya.

"Arya tak mahu jawab salam Aryan ke?" Soalnya berhati-hati.

"Sejak bila awak reti bagi salam?" Balasku sinis. Betullah kan? Aryan yang aku kenal, jarang nak bagi salam. Jadi situasi ini teramatlah aneh.

"Arya sihat?" Soalnya lembut. Masih cuba untuk mencari ruang bercakap dengan aku.

"Macam yang awak nampak, masih hidup. Alhamdulillah masih bernafas walaupun tanpa awak." Pedas. Sengaja aku menjawab kasar. Tiada lagi panggilan Aryan-Arya didalam tutur kata aku.

"Arya mesti bencikan Aryan, kan? Sampaikan nak pandang Aryan pun Arya dah tak sudi." Dengan terpaksa, aku mengangkat wajah dari terus merenung kuku tangan untuk memandang dia.

Qayra sudah lama masuk ke rumah. Kebetulan yang agak malang, Aryan ada di sini ketika kami sampai tadi.

"Kalini apa lagi plan awak nak sakitkan saya? Datang lagi untuk masuk ke dalam hidup saya? Layan saya baik-baik sekali lagi? Lepastu ada perempuan lain? Macam tu? Saya kan tak ubah umpama tempat bermain awak." Sindirku.

Aryan melepaskan keluhan pendek. Tahu, dia terasa dengan kata-kata aku.

Walaupun, secebis perasaan itu masih ada. Tapi itu bukan tiket untuk aku terus beri peluang kepada dia.

"Arya masih tak lupakan pasal tu, kan?" Dia ketawa, lebih kepada ketawakan diri dia sendiri. Seolah baru menyesal dengan tindakan dia selama ini.

"Awak pernah faham saya ke, Aryan Hameen? Have you ever.. think about my feelings? Tak. Pernah. Saya bagi peluang dekat awak berkali-kali. Sampailah haritu. Tapi masa tu.. hati awak dekat orang lain kan? Awak buta dengan semua usaha saya untuk jaga hati awak, Aryan. Awak buta."

Ini masanya Arya. Lepaskan. Lepaskan semua. Mungkin dengan cara ini aku akan lebih puas dan tenang setelah dia tahu apa perasaan aku selama ini.

"Saya setia dengan awak. Saya biarkan awak sakitkan saya berkali-kali. Saya beri awak peluang untuk awak perbaiki diri sendiri. Unfortunately, you were blind to my efforts because you were greedy and want all the girls. Awak tak pernah rasa cukup."

Aku membuang pandangan ke arah lain. Tak sanggup mahu memandang wajah itu. Risau jika aku berlembut hati semula untuk memaafkan dia.

"Saya penat dengan awak. Awak rasa awak nak saya, awak datang. Tanpa permohonan maaf yang sepatutnya. Saya pernah minta dekat awak satu je Aryan, saya minta awak berubah. Awak ada buat ke? Tak. Awak tak buat. Sebaliknya, awak khianati kepercayaan saya yang saya dah beri kepada awak. Saya pun tak tahu samada awak atau saya yang bodoh kerana terlalu percayakan awak."

"Arya.. I-" Aku mengangkat tangan, menghalang dia untuk bercakap.

"Sampailah bulan lepas. Saya tetap bagi awak peluang untuk datang perbetulkan semua. Tapi mana awak? Tak ada kan? So please, let me go. Lepaskan saya sebetulnya. Jangan seksa perasaan saya lagi. Lapan tahun Aryan. It's not a short time."

"I'm sorry, I didn't meant to hurt you.."

"But you did it perfectly! Awak buat saya tertanya dimana terletaknya nilai diri saya. Awak buat saya berfikir dimana kurangnya diri saya. Dan awak.. buat saya tertanya dimana silap saya sepanjang saya bersama awak. I hate your 'I am sorry'. It is too lame. Awak kata maaf, lepastu awak buat lagi dan lagi." Marah aku lagi.

"Kalau awak tahu rasa bersyukur dengan apa yang awak dah ada, awak takkan terfikir sekalipun untuk cari perempuan lain. Tak akan terlintas lansung dalam fikiran awak perasaan tertarik terhadap perempuan lain. Awak tak reti bersyukur. Awak tamak. Awak rasa awak boleh dapat semua. Hakikatnya bila saya pergi awak baru sedar kewujudan saya. Awak baru sedar awak tak boleh hidup tanpa saya dan awak baru sedar selama ini saya yang sentiasa sokong awak dari belakang."

"Aryan harap Aryan boleh tebus kesalahan Aryan lepasni Arya," ujarnya.

Aku tersenyum sinis. Lepasni?

"Saya dah bertunang. Tak ada sebab kita perlu berjumpa selepas ini. We are nothing. Just forget about this." Balasku tenang.

"Aryan pun dah nak kahwin, Arya."

Aku melepaskan ketawa palsu. See. Dia tak pernah berubah.

"Okay. Congrats then, Mr. Ex-boyfriend."

Aku memandang dia buat kali terakhir. Tidaklah banyak tapi tetap juga terdapat perubahan wajahnya. Aku akui wajah dia tampak lebih matang. Berbanding dulu yang lebih kelihatan boyish.

"Arya," Aku mengangkat sebelah kening. Malas mahu membalas panggilan dia.

"Aryan cintakan Arya. Demi Allah." Luahnya.

Aku mendecit kasar.

"Jangan main dengan nama tuhan Aryan. Just don't. Awak sendiri pun kenal dengan diri awak. Stop it. Belajar cintakan bakal isteri awak sebetulnya. Tolong jangan.. ulang kesilapan awak dulu. Belajar untuk matang, Aryan. Awak tak tahu betapa hancurnya hati perempuan kalau awak tetap buat benda yang sama berulang kali."

Aku hanya memerhati tangannya yang ingin naik memegang tanganku namun dia tahan.

Baguslah. Dia dah belajar untuk tidak pegang perempuan sesuka hati.

"Aryan menyesal. My life without you.. is
miserable. Aryan rasa kosong sejak Arya pergi.. don't leave me, Arya. I need you." Rayunya.

Teruskan. Aku suka lelaki merayu. Teruskan, Aryan. Selama ini aku merayu, ada kau pandang?

"Enough I said we are done. Just go and find someone else." Aku membalas. Lantas mata tepat memandang ke dalam anak matanya. Dan dia terdiam.

"Awak yang cakap dulu. Awak ingat?"

"I need to go. Banyak lagi hal lain yang perlu saya selesaikan. Jangan risau, saya akan keep in touch dengan Qayra. Saya tak kejam lagi nak kecewakan dia. Dia adik awak, tapi dia tak ada kena mengena dengan hal kita." Aku mengambil langkah menuju ke kereta.

Tubuhnya yang sedang berdiri kaku di tempat tadi aku biar. Let him be. Biarkan rasa sesal menghantui hidup dia. Aku terlalu berlembut dengan dia selama ini.

Mungkin diantara kami, sememangnya tiada jodoh.




tulis pun mengantuk

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now