10

53 7 0
                                    

AKU terpinga-pinga memandang ke arah seorang gadis kecil yang tiba-tiba datang menegur aku dan sekarang ini sedang berdiri di hadapan aku. Sesekali aku mengerling ke kiri atau kanan risau client sampai.

"Kakak Arya kenapa balik sini? Nak jumpa ibu ke?" Soalnya.

Hah?

"I-ibu?" Persoalannya, macam mana dia kenal aku?

Mana dia tahu nama panggilan aku ini yang kebiasaannya sememangnya orang terdekat sahaja yang tahu.

Gadis itu mengangguk laju. Raut wajah dia comel bersama kulit putih melepak. Berdasarkan pemerhatian aku, mungkin umurnya dalam linkungan 10 tahun.

"Haah, ibu! Eh mana ibu?" Kini dia pula terpinga-pinga mencari kelibat ibunya. Tangannya masih setia memeluk plushie berbentuk arnab warna putih itu.

Hairan. Biarpun dia sedang gelabah mencari ibunya, dia masih tidak menangis seperti kanak-kanak lain menangis apabila kehilangan ibu mereka.

"Awak tak nangis ke ibu hilang?" Aku mencangkung di hadapan dia, lalu mencubit sedikit pipinya yang gebu itu sambil menanya.

"Kakak Arya kan ada!"

Ah, sumpah aku blur!

Biarlah, aku tak mahu ambil tahu tentang hal itu sekarang, yang penting dia mesti berjumpa dengan ibu dia memandangkan sebentar lagi aku perlu berjumpa dengan client.

"Nama awak siapa?" Aku membetulkan rambut dia yang nampak kian serabut itu. Mesti sebab tak duduk diam mencari ibu dia.

"Nama kita Qayra!" Gadis kecil bernama Qayra ini terus mengeluarkan sesuatu objek berbentuk segi empat tepat nipis berwarna putih.

Amboi, kecil-kecil dah ada telefon!

Ala budak kecik ni kan senang kalau dia keluarkan telefon awal-awal. Penat-penat saja dia berpusing-pusing mencari kelibat ibu dia.

"Ibu! Qayra ada dengan kakak Arya, ibu pergi mana?!" Soalnya marah, tetapi kerana dia masih gadis kecil, nampak lebih comel dan bukannya raut wajah marah.

Aku hanya membiarkan perbualan ibu dan anak itu lalu berdiri menggenggam telapak tangan kecilnya. Kejap lagi hilang, tak pasal-pasal kena cari.

"Hmm, yalah ibu. Jangan lama-lama tau, kakak Arya macam tak kenal Qayra je.." Qayra menggoyangkan tangan kami sambil mendongak memandang aku.

"Iyaaa ibu, Qayra tutup mulut, nanti abang marah ish gigit abang kang baru tau." Qayra meletakkan telefonnya.

"Kakak Arya." Panggilnya.

"Ya?"

"Ibu minta tolong kakak Arya teman Qayra, sebab ibu ada emergency, kakak boleh temankan?" Aku menggaru kepala. Boleh ke bawa budak kecik ni jumpa dengan client? Dia tak ganggu ke? Kalau dia berlari macam mana? Tetapi nampak gaya macam behave aje budak ni.

"Kakak ada kerja, kalau Qayra ikut tapi duduk diam-diam je boleh? Kakak takut client kakak marah nanti kakak takda duit." Ah, tibai jela tak ada duit ke apa. Bahasa senang sikit kanak-kanak seperti dia untuk faham.

"Janji! Qayra pernah ikut abang kerja la kakak Arya! Qayra janji duduk diam-diam!" Dia mengangkat telapak tangan kanan separa bahu selepas mengepit plushie di ketiak kiri membuatkan aku ketawa kecil. Comelnya budak ni!

"Okay okay jom."

SESEKALI aku menjeling Qayra yang hanya diam duduk disebelah. Kadang kala kakinya digoyangkan sambil sepasang matanya tertancap ke skrin telefonnya.

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now