9

57 6 0
                                    

PAPAN tanda di tepi lebuhraya menunjukkan lagi 500 meter terdapat persimpangan untuk masuk ke tol Alor Setar, Kedah.

Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke negeri yang kaya dengan padi ini. Sesekali aku menjeling ke sisi kiri, memandang ke arah bendang seakan karpet hijau tersebut biarpun waktu baru menunjukkan jam tujuh pagi.

Let just say.. yang aku suka drive malam.

Lebih tenang. Cuaca juga tidak panas dan trafik juga tidak sesak.

Sengaja aku balik ke kampung ayah. Walaupun beberapa tahun setelah aku habis sekolah aku mengelak untuk balik ke sini.

Senang kata, aku mahu mengelak daripada dia.

Nasiblah tok dengan wan menetap di Kota Damansara bersama makcik saudara aku. Tidaklah aku rasa bersalah mana.

Cuma kali ini, tok mengajak aku pulang ke kampung halaman. Ingin menolak, tetapi jika difikirkan balik, berapa lama lagi aku mahu melarikan diri?

Tambahan lagi, dia pun tidak tahu aku pulang ke sini.

Deringan telefon yang bersambung dengan sistem radio kereta ini kini menghentikan pemikiran aku yang semakin jauh.

Aku memandang ke arah nama yang muncul di skrin. Pagi-pagi macam ni?

'sara'

Tidak menunggu lama, aku menekan butang angkat,

"yes, Sara?"

Nafas gadis itu kedengaran cemas membuatkan aku semakin hairan.

"Miss nak dengar bad news dulu ke very bad news dulu? Maaf ganggu miss pagi-pagi macam ni!" Cemasnya.

"Tak kisah. Just tell me."

"Let's start with bad news. Director Wildad Corp nak jumpa miss untuk discuss dengan miss berkaitan projek perumahan dua tingkat di Kedah. Tap dia nak jumpa miss dekat Jitra!" Ujar Sara.

Aku mengangguk faham biarpun dia tidak nampak.

"I can handle that, saya memang tengah on the way ke Kedah, balik kampung sekejap. Text me the details later. And.. the very bad news?" Aku menanya dengan berhati-hati.

"Sebahagian- I mean tak sampai sebahagian tapi boleh tahan banyak juga duit syarikat diseleweng!"

Aku menghentikan kereta di tepi jalan setelah melepasi tol Alor Setar.

"The heck! Macam mana boleh jadi?! Siapa yang bertanggungjawab?" Amukku.

Aku meletakkan dahi di stereng kereta. Kenapa tiba-tiba macam ni?

"Cari contact Darwisy. Inform dia yang saya minta dia untuk semak sistem syarikat. Beritahu dia juga kalau perlu, hire mana-mana accountant luar untuk check flow duit syarikat keluar masuk. Lusa saya balik!" Putusku.

"Baik miss."

"Apa-apa laporan berkaitan hal ni, hantar ke emel saya. And, don't let any media know our current situation. Its gonna be very bad kalau diorang tahu." Aku memejam mata. Serabut!

"Noted, miss. Maaf mengganggu short vacation miss."

Aku mematikan panggilan. Gear ditukar kepada D sebelum aku memulakan perjalanan semula. Rasanya tidak sampai 10km sampailah kerumah tok memandangkan rumahnya tidak terletak di perkampumgan.

Satu-persatu bangunan di sekitar aku lihat. Agak banyak yang sudah berubah. Manakan tidak, aku juga sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sini.

Aku mengerling jam di skrin menunjukkan hampir pukul lapan pagi. Syukurlah sampai agak lewat. Kalau sebelum subuh? Sudahlah tok dengan wan sudah tua. Serba salah aku mahu menyusahkan diorang.

Cucu mithali memang macam ni hehe.

Aku menarik senyum apabila mata menangkap kelibat pagar berwarna putih, sudah tentu dicat dan sekeliling kawasan rumah yang berpagarkan pokok bonsai yang kemas menandakan baru di trim.

"Assalamualaikum, tok! Wan! Arya dah sampai!"

Pandangan aneh daripada jiran depan rumah aku abaikan. Sememangnya mereka dari dahulu sejenis jakun melihat anak cucu tok dan wan balik sini.

Padahal kami sepupu sepapat memang sentiasa menjenguk tok dan wan. Cuma jarang nampaklah memandangkan tok dan wan tinggal di Kota Damansara sekarang.

"Waalaikumsalam, sekejap nah tok mai sana." Aku hanya menunggu di luar kereta. Membiarkan tubuh tua itu mengambil masa berjalan menuju ke pagar.

Bayangkanlah umur tok sudah melebih angka lapan puluh, manakala wan pula hampir mencecah sembilan puluh tahun.

Tanpa sedar senyumanku memudar. Bagaimana jika tok dan wan tahu punca ayah meninggal? Adik-beradik ayah? Apa reaksi diorang?

Aku.. akan dibenci?

"Nih pasaipa muka macam nak riau?" Suara tok kini menyentak lamunanku.

Aku menghulurkan tangan, mencium tangan tua tersebut.

"Wan pergi mana tok?" Soalku. Iyalah, wan kadang-kadang bukan boleh duduk rumah, ada saja kemana dia mahu pergi.

"Wan kat dalam, park your car first. Satgi baru pi salam wan." Tudia. Tok speaking. Bila tok mula speaking, maksudnya, kena segera buat. Aura bekas guru tok terlalu kuat.

Patutlah dulu-dulu ayah cerita bila tok nak mengajar dia, dia lari!

"Tok dengan wan sihat?" Aku mengambik tempat di sofa serba empuk ini. Cita rasa tok dan wan, seperti orang muda! Sofa pun berwarna coklat terang. Bukan tipikal orang tua yang menggunakan perabot kayu jati.

"Sihat orang tua, Arya. Mama ada habaq kat tok, bulan depan Arya nikah." Aku tersenyum tawar mendengarkan wan. Mama.. masih contact tok. Aku bukan mahu buruk sangka terhadap ibu sendiri.

Cuma.. mahu lebih berhati-hati.

"Haah. Tok dengan wan datang tau! Kalau tak, Arya takmau nikah." Ugutku sambil menayang sengih.

"Apa dok buat lagu tu. Mestilah tok mai kenduri cucu sendiri."

"Kejap lagi Arya nak tidur dulu tau, tok. Nak rehat sikit, lepastu tak silap petang ni Arya nak pergi Jitra kejap, ada hal syarikat. Wan nak ikut?" Aku mengangkat kening ke arah wan.

Sebab wan suka jalan-jalan!

"Tengok satgi wan larat, wan ikut pi." Aku mengangguk faham.

"Dah pi lena. Dia ni sama ja dengan ayah dia, suka drive malam." Bebel tok. Aku hanya menadah.

Tok bebel-bebel manja je.

Beg-beg diangkat masuk ke bilik belakang. Atau lebih tepatnya bilik ayah dulu. Aku menghela nafas. Biarlah tok dan wan tidak tahu punca kematian ayah..

Tak sanggup mahu melukakan hati tua itu. Mereka menjaga ayah dengan penuh kasih. Ketika ayah tiada duit sewaktu membesarkan kami pun, mereka berdua yang selalu menghulurkan duit. Kerana faham akan situasi semasa ayah.

Malah ketika aku mahu melangkah ke alam universiti, mereka turut menghulurkan duit untuk membayar yuran pengajian.

At least I still have them and Ayden.






macam ni kut.

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now