16

81 7 0
                                    

AKU merenung baju tidur bertali nipis terletak elok didalam beg bagasi aku. Sumpah aku kata, aku lupa. Aku lupa sepatutnya aku pack baju yang sopan. Tapi sebab aku terlalu biasa pakai baju tidur haram, aku lupa harini aku perlu tidur dengan seorang lelaki bernama suami.

Paling teruk sekali suami itu adalah Aryan Hameen. Sumpah dialah makhluk tuhan paling aku nak elak. Balik-balik, dia pula jadi suami aku.

Tch, kelakar betul.

Malas mahu berfikir panjang, aku hanya mengabaikan fakta bahawa kini aku perlu sebilik dengan makhluk berkaum lelaki. Takkan aku mahu buat muka tebal meminta dekat dia untuk pinjam baju dia?

Hell no.

Marah aku dekat dia pun tak habis lagi. Nasiblah, kau tidur hotel Arya. Kalau tidur rumah mertua? Tak ke memasal dapat title menantu hantu kalau macam ni punya perangai?

Aku memandang sekilas Aryan dibalkoni bilik. Entah tengah call scandal mana pun tak tahu. Tipikal Aryan Hameen. Kau expect aku boleh lupa semua?

Pintu bilik air aku kunci serapat boleh. Trust issue aku terhadap Aryan terlampau tinggi. Sampaikan dia sendiri pun entah-entah tak boleh nak jangka! Well, nak tengok juga berapa lama dia boleh hadap dengan 'perangai baru' aku ini.

Pili air dipusing tanpa mengambil kira air panas atau air sejuk. Dan hasilnya berbalik kepada diri sendiri disebabkan manusia seperti aku ini terlalu cuai untuk diri sendiri,

"AUCH!" Bukan sengaja mahu menjerit. Tindakan refleks apabila tangan terkena air panas. Aku menahan maki. Sabar Arya, kata dah tak nak maki hamun. Takkanlah baru jumpa Aryan, iman sudah jadi senipis bawang?

"Sayang, are you okay?!" Aku hanya mendengar nadanya begitu cemas.

Sibuk betul nak risaukan aku pun. Dulu tak mahu risau pula?

"Jangan sibuk hal saya boleh tak?" Laungku dari dalam. Serabut pula aku dengan Aryan ni.

Haish, suami tu! Suara akal mula bermain di fikiran.

Suami pun, dulu dia pernah sakitkan kau. Baru-baru ni pun dia tipu kau! Suara hati pula mula membidas.

Aku membasahkan muka dengan air sejuk. Mahu membuang segala suara negatif dalam diri. Aku tak mahu jadi isteri derhaka tapi cara Aryan mahu memperisterikan aku ini salah. Dia lansung tidak datang berjumpa dengan aku.

Aku hanya merenung biasan cermin memantulkan diri sendiri. Aku? Isteri Aryan? Bekas teman lelaki sendiri? Macam tu? Gila! Tak pernah rasa segila ini. Tidak tahu mahu meletakkan salah pada siapa.

Tetapi, secara teknikalnya ini salah Aryan. Kenapa aku kena rasa bersalah, betul tak? Kalau dia tak curang mungkin kami boleh hidup aman sekarang. Entah-entah sudah mempunyai anak. Tetapi dia sendiri bertindak tidak matang dahulu.

Dan kalau dia berjujur dengan aku mungkin aku tak perlu rasa dikhianati macam ni. Okey, salah Aryan!

Perempuan mana pernah salah.

Aku merendamkan diri kedalam tab mandi tanpa memikirkan terdapat lagi seorang manusia yang belum mandi. Nak kahwin dengan aku, kan? Redha sajalah kalau aku mandi lambat sekalipun! Siapa suruh kahwin dengan aku. Tak malu!

Seronok Qayra tadi apabila nampak aku duduk disebelah abang dia diatas pelamin. Nampak macam dialah kanak-kanak paling bahagia atas muka bumi ni.

Bijak betul budak tu simpan rahsia abang dia, kan? Haih. Nasib comel. Nasib baik budak kecil. Tak ada lah aku nak marah dia sangat. Tak sampai hati!

TOK! TOK!

Aku hanya memandang pintu yang diketuk itu.

"Arya," panggilnya perlahan.

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now