2

61 5 0
                                    

SPAGHETTI carbonara itu aku tenung lama. Nak makan pun kena bebel. Aku menjeling kawan aku tajam.

"Jeling aku lagi. Kau yang sembunyikan pasal tu dari aku! Kau bertunang tak bagitau aku. Aku nak merajuk!" dia jengil aku. Aku hanya menyedut air iced lemon tea tanpa menghiraukan dia.

"Sebab mak aku yang uruskan. Aku pun tak kenal tunang aku tu, Nisa. Bukan aku yang nak pun tunang kahwin semua ni," aku menjawab malas.

Nisa atau nama penuhnya Nurkhairunnisa Aleya itu terdiam. Aku dah agak, expectation dia semasa aku terlepas cakap yang aku dah ada tunang mesti dia fikir aku sengaja sembunyikan daripada dia.

"Okay, look. Kau pun kenal aku macam mana. Nonsense kalau aku tiba-tiba ada boyfriend. Aku selalu busy dengan kerja. Mana aku nak kisah pasal relationship ni"

"Manalah tahu.." dia menjawab perlahan.

"Aku nak makan. Tutup kes. Aku lapar," aku membuang pandangan ke arah makanan yang sedia terhidang sejak beberapa minit lepas.

"Kerja kau makan je dari dulu, Arya." Ujar Nisa.

Mana dia tidak kenal jika dia merupakan sahabat aku sejak sekolah rendah. Segala aib dan rahsia tersimpan kemas dalam memori dia.

Lainlah aku, mudah hilang ingatan. Malas mahu ingat perkara yang tidak penting.

Termasuk masa lalu.

"Majlis kau bila eh? Aku nak set tarikh balik. Aku kan pengapit kau. Nanti buatnya aku kerja, kena cepuk dengan kau pulak," aku menggulingkan biji mata ketika menghabiskan ayat terakhir. Macam tidak kenal dengan perangai dramaqueen dia.

"Bulan depan, bulan tujuh. 4 haribulan 7," beritahunya ringkas. Aku mengangguk.

"Kenapa tarikh tu?" Nisa yang leka memotong croissant itu mengangkat kepala.

"Sebab birthday dia. Senang sikit aku, nanti kalau annivesary, bagi hadiah sekali je," hampir ternganga aku mendengar jawapan dia.

"What the f-" Nisa senyum tanpa rasa bersalah.

Ada eh perempuan macam ni? Haih. Nak hairan tetapi Khairunnisa. Suka hati kau lah, Nisa. Asalkan kau bahagia.

"Umur kau tu hujung tahun dah masuk 26 tahun tau. Kau nak lansungkan majlis bila?" soalnya.

Aku mengangkat bahu.

Manalah aku tahu. Aku sendiri pun kadang-kadang ragu denga pertunangan ini. Kalau ada jodoh, ada lah.

Erk!

"Yang dulu berkeras konon tak mahu kahwin, tengok tengok dia yang kahwin dulu. Siapa entah? Lepastu sibuk nak suruh aku kahwin" aku memerli dia.

Jujur dikatakan antara kami bertiga, Nurkhairunnisa Aleya lah yang dikatakan terpaling anti-romantic.

Anti-lelaki pun boleh beri kepada dia.

"Sorry lambat. Tadi aku keluar kitchen lambat," tanpa meminta, air aku disedut Eliesya yang baru sahaja mengambil tempat disebelah aku.

Tak guna punya member.

"Arya dah ada tunang," serentak, Eliesya tersedak apabila mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada bibir Nisa itu.

"Kau memang tak menyabar tunggu dia telan air dia dulu ke. Kesian member," aku membebel sambil menghulurkan tisu ke arah Eliesya.

Jangan hairan. Aku dengan Nisa sememangnya love-hate relationship. Gaduh gaduh manja. Namun sentiasa ada untuk satu sama lain.

"Mak kau yang aturkan, kan?" soalnya. Aku hanya mengangguk.

Nasib Eliesya Safiya ini cerdik sedikit orangnya. Tidak lah susah mana untuk aku terangkan kepada dia satu persatu.

"Handsome tak?" aku mengangkat bahu sebelum menjawab,

"Tak tahu. Aku tak pernah tengok muka dia. Nama penuh dia pun aku tak tahu." Balasku selamba.

Pak!

Siapa lagi yang tepuk aku kalau bukan Eliesya yang sedang berada di sebelah? Cepat cepat aku menggosok perlahan apabila tamparan berbisa Eliesya terasa di lengan.

Malang betul bakal suami dia nanti.

"Nanti nanti aku kahwin, korang berdua tahu lah dia macam mana. Tanya aku sekarang, aku pun tak ada jawapan."

Serentak, mereka berdua mengeluh.

SUASANA di ruang tamu ini hening. Menambahkan lagi ketidakselesaan aku yang sudah tentu pulang ke rumah keluargaku ini hanya dua bulan sekali.

Baru balik dah dapat kejutan ke?

"Tapi mama, tak awal sangat ke kalau lagi 5 bulan. Kiranya bulan November? Sempat ke nak buat persiapan? Arya memang lah tak ambil tahu pasal perkahwinan ni, tapi Arya pun ada citarasa sendiri," aku cuba memberi seribu satu alasan.

"Arya nak yang macam mana?" Mama cuba memujuk. See, kalau aku membantah sudah tentu dia mengamuk sebentar lagi.

Ah, serabut!

"Arya nak konsep minimalist, tetamu yang tak sarat dengan ramai orang. Cukup satu dewan 500 orang. Kalau mama nak jemput kawan-kawan mama yang terlalu ramai itu, mama buat majlis asing, khas untuk bersanding dan makan makan sahaja." Aku mulai mengalah.

Lari sejauh mana pun, ibuku ini akan kejar juga. Jadi, bagi tidak mengeruhkan keadaan. Terima sajalah.

"Kos perbelanjaan?"

Aku menghela nafas sebelum menjawab,

"Wedding Arya, Arya boleh tanggung. Tapi untuk majlis yang mama nak bawa kawan-kawan mama, Arya tak cukup budget. Arya tengah fokus dengan renovation company Arya."

Mama hanya mengangguk.

"Okaylah macam tu, Arya nak request apa lagi?"

Aku termenung seketika. Pandangan dilabuhkan kepada mama semula,

"Arya nak tema warna putih dengan champagne, tetamu kena ikut colour code tu untuk wedding Arya punya. Cuma, pengantin perlu putih jadi hanya warna champagne dibenarkan."

Aku melilaukan pandangan ke sekeliling. Nampak lain rumah ini apabila sudah di cat dengan warna lain.

Nampak lebih teratur.

"Pihak lelaki tak apa ke kalau ikut tema Arya macam ni?" tanya aku hairan.

"Diorang kata ikut Arya. Sebab Arya kan bakal menantu kesayangan keluarga diorang."

Ha?

"Kiranya ada berapa majlis, mama?"

"Tiga. Pihak lelaki akan adakan majlis bertandang dekat hotel."

What the f-

Dia kaya mana ni? Hotel?!

"O-oh.. Arya naik bilik dulu."




bosannya

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now