11

55 6 0
                                    

SEPERTI yang dijanjikan, hari ini merupakan hari ketiga aku di Kedah, dan budak kecik ni ajak aku keluar dengan dia setelah seribu satu alasan aku beri bagi mengelakkan diri berjumpa dengan abang dia.

Kenapa aku tak sedar yang Qayra Lydia ini merupakan adik Aryan? Padahal, semasa dia kecil dulu aku kerap bertanya khabar tentang dia dekat Aryan.

Jarak usia kami adalah 17 tahun, bermakna gadis kecil ini sekarang baru berusia 9 tahun.

"Qayra yakin abang takda dekat rumah harini?" Soalku apabila Qayra kini mengambil tempat disebelah seat penumpang.

"Yakin!"

"Okay. Jom," aku memutarkan stereng untuk mengundurkan kereta. Rasanya lebih baik untuk bergerak pantas sebelum terserempak dengan abang dia merangkap.. Aryan.

"Macam mana kakak Arya kenal abang Ary?" Tanya dia tiba-tiba.

Aku mengerling Qayra sekilas sebelum memfokuskan pemanduan. Kalau kemalangan aku seorang sahaja tak apa, tapi ini sedang bawa anak orang.

"Kawan sekolah kakak dulu." Jawabku. Ringkas.

"Tapi abang Ary cakap kakak Arya girlfriend dia." Aku tersedak air liur sendiri. Sumpahlah dia jawab macam tu?

Tak sedar diri.

"Abang awak tu merapu. Entah bukan-bukan diajarnya," aku menggelengkan kepala.

"Tapi kakak Arya kan cantik! Boleh jadi kakak Qayra kalau kakak kahwin dengan abang!" Tambahnya teruja.

"Qayra kan dah ada kakak. Mana boleh cari kakak lain. Nanti kakak Qayra merajuk macam mana?" Aku hanya melayankan saja dia berceloteh panjang.

"Kakak Qalisya pun suka kakak Arya. Kira boleh lah tu!"

"Kakak dah nak kahwin. Mana boleh kahwin dua." Bidasku.

Lagipun, Aryan itu hanyalah bekas teman lelaki. Luka yang lama pun masih berbekas. Takkanlah.. hanya sebab dia aku perlu memutuskan pertunangan aku sendiri.

"Huem, tapi.. abang Ary kata dia happy jumpa kakak Arya semalam walaupun tak nampak muka. Dia kata dia rindu kakak."

Dan buat kesekian kalinya, aku terdiam. Sebelum berdecit sedikit.

Happy?

Seronok lepas berkali-kali dia sakitkan aku?

Empat kali.

Empat kali dia curang. Tapi sepanjang tempoh hubungan kami, aku hanya bertahan. Mengabaikan perasaan sendiri. Dan aku merupakan saksi dia patah hati disebabkan perempuan lain dan bukannya aku.

Apa lagi kurangnya aku pada waktu itu?

"Macam mana Qayra boleh bercakap takda loghat dengan kakak ni? Awak tu duduk Kedah tau." Aku menukar topik. Tapi betul, hairan apabila gadis kecil ini fasih berbicara tanpa loghat.

Kebiasaannya budak-budak kecil baya dia akan mengikut pertuturan keluarga.

"Abang Ary ajar. Abang kata senang nak bercakap dengan orang luar. Lagipun kalau belajar dekar sekolah, buku teks kan ikut bahasa biasa. Manada loghat." Aku hanya mengangguk fahan.

Baguslah. Sekurang-kurangnya dia boleh didik adik dia benda yang baik-baik.

Cuma part Qayra kata abang dia bagitahu senang nak bercakap dengan orang luar, buatkan aku menahan ketawa sinis.

Ya ya sebab itulah dia boleh curang. Dia nampak macam budak bandar yang asalnya daripada ibu kota. Tidak hairanlah dia boleh curang berapa kali pun.

Bullshit.

"I'm sorry i can't stay with you. I never hated you. I just don't feel that we are meant to be together."

Penat, Aryan Hameen. Penat.

"Boleh Arya tahu apa salah Arya? Arya nak tahu sebab." Aku hanya menyandarkan diri di dinding. Sesekali mata melilau ke arah sekeliling, risau ditangkap guru bertugas.

"Tak ada sebab pun. Aryan yang decide nak pergi. Arya deserve someone way more better than me. I'm pretty sure there is someone who deserve to be your best boyfriend." Aryan hanya merenung aku.

Bila kantoi, beria dia nak tinggal aku kan? Macam aku yang buat salah. Seumpama aku yang curangi dia.

"Also I want you to focus with your SPM.
I'm sorry I can't be your home anymore."

Tahan air mata kau, Arya.

"When I want you to response bukan macam ni. Bukan break-up. Kalau macam ni keputusan Aryan, Arya lagi rela Aryan diam dengan Arya sampai Arya mati."

Aku mengambil nafas untuk meneruskan kata-kata.

"Tolonglah jangan buat Arya menyesal sebab pilih untuk stay sini. Tolonglah Aryan. Aryan juga yang halang Arya nak ambil borang berhenti sekolah dulu. Jangan kecewakan Arya macam ni.."

Break-up. Getback. Break-up. Getback. Apa masalah Aryan ni sebenarnya?

Bosan dengan aku? Bila dia sedar, dia datang balik. Bila dia bosan, dia tinggal.

"Arya.. tak cukup ke? Arya ada sakitkan hati Aryan ke?" Soalku perlahan.

"Then what's your choice?" Dia kejam. Aryan kejam. Dia sempat tanya aku samada aku nak pergi atau nak stay dengan dia.

"I'm here." Balasku yakin.

"Okay, Aryan jujur. Dia nampak kind of attractive, that is why Aryan minat dia." Dia menjawab tenang.

Dan jikalau isi hati ini jelas pada pandangan dia, mungkin dia boleh nampak betapa retaknya hati aku apabila dia melontarkan kata-kata tersebut.

"Arya? Arya ni siapa? Who am I?"

"Ni Aryan malas nak bergaduh. I thought you just want me told the truth."

Dating a nonchalant man is so damn tiring.

"Arya tak nak argue, sayang. Arya cuma tanya. Do you love me or not? Arya tak ada niat nak bergaduh. I hate arguing with you. I just need some assurance."

Bodohnya, Arya.

"I do love you. I'm just.. I don't know why lately you don't give me your attention like before. I know you're my home.. I just.. I hate this situation."

Kalau Aryan rasa tak cukup perhatian, beritahu Arya!

Dan sayangnya aku hanya mampu jerit di dalam hati.

Dia.. suka lari daripada masalah. Dia tak pandai nak pujuk aku balik. Dia tak reti nak perbetulkan diri dia semula. Dia perlukan aku, tapi kenapa dia ego?

Dia tahu aku sentiasa terima dia, kenapa dia perlu mengelak daripada aku?

Dia rasa dia kurang perhatian, ataupun aku banyak abaikan dia, kenapa dia tak pilih untuk communicate dengan aku?

Mampu ke.. orang lain terima dia? Mampu ke diorang setia? Mampu ke diorang layan dia baik baik walaupun telah dicurangi beberapa kali?

Mampu ke?

Aku serahkan semua dekat dia. Biarpun merayu buatkan aku terasa seolah maruah dipijak berkali-kali. Aku abaikan.

Dan aku abaikan hanya kerana sayang dan cinta. Cin..ta?

Aku tunggu. Aku tunggu dia tarik aku ke pelukan dia supaya dia pujuk aku semula. Tapi.. yang aku tahu, aku hanya memujuk diri sendiri.

Biarpun kecewa berkali-kali aku mampu berlakon baik-baik sahaja di hadapan dia. Kerana perasaan lebih takut dia pergi lagi kuat daripada perasaan kecewa itu.

Dan aku disini, hanya menelan fakta bahawa dia, Aryan Hameen hanyalah seorang lelaki yang tidak jelas dengan dirinya sendiri dan aku, Nurdarya hanya menahan perasaan kecewa supaya dia tidak pergi dari hidup aku sendiri.

Semoga awak berubah ya, sayang?


teng!

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now