20

119 9 0
                                    

DALAM diam aku memerhati susuk tubuh Aryan sedang bersiap dari belakang. Memandangkan hari ini kepala aku agak pusing, aku mengambil keputusan untuk cuti.

Jujurlah kata, aku tak pernah lagi nampak dia siap berkemeja lengkap bersama tali leher untuk pergi ke kerja. Selama sebulan aku tinggal bersama dia, ini kali pertama dia berpakaian formal begini.

"Done eye-raping, hun?" Aku melarikan pandangan apabila suaranya memecah kesunyian kamar ini.

Aku berdecit. Perasan lah mamat ini. Annoying!

"You're wearing a formal attire, kenapa perlu lipat lengan kemeja?" Soal aku tiba-tiba. Cuma rasa rimas tengok dia lipat lengan kemeja macam itu. Serabut lah!

Kalau perempuan lain tengok, macam mana? Urat lengan dia sangat jelas kelihatan.

"I thought you like it. Tak apa lah kalau Arya tak suka, Aryan unfold balik," Aryan mengalah. Tanpa banyak tanya, dia kembali merapikan lengan kemejanya.

"Tak suka." Balasku lagi. Telefon di sebelah aku ambil, mahu memberitahu Sara bahawa aku tidak hadir ke pejabat hari ini.

"Kepala Arya still sakit?" Aryan kini menyemburkan wangiannya ke pergelangan tangan dan lehernya. Serentak, wangiannya kini merebak ke ruangan kamar tidur ini. Usai menyemburkan wangian, jam disarung sebelum kakinya melangkah ke arah sisi katil.

Betul-betul di sebelah aku. Aryan melutut, menyamakan ketinggiannya dengan aku yang sedang bersandar di kepala katil. Semerbak wangiannya kini lebih kuat memenuhi rongga hidung.

Belakang telapak tangannya dilekapkan di dahi aku. Di dalam hati, kuat aku berdoa supaya dia tidak dengar degup jantungku kian menggila.

Positif, mungkin sebab kami jarang bersentuhan selama bergelar suami dan isteri, sebab itu berdebar semacam.

"Arya tak demam, tapi kalau sakit kepala kuat sangat inform Aryan tau? Nanti Aryan ambil emergency leave. Boleh bawakan Arya ke hospital." Pesannya lagi. Aku mengangguk malas. Dari subuh tadi dia membebel tak henti.

Rimas betul.

"Dah lah, kenapa sampai leher awak nak check. Saya tak demam. Rimaslah," aku menolak tangan Aryan.

Dia cuba love-bombing aku ke? Mungkin nanti lepas beberapa bulan hilang semua layanan taraf lima bintang ini.

Aryan melorek senyuman nipis. Kini Aryan bangun, bersedia untuk pergi kerja.

"Kalau saya dah tak sakit kepala harini, saya keluar. Pergi office, kalau sempat saya pergi jumpa kawan sekali," beritahu aku. Aryan mengangguk sebelum dia melabuhkan bibir ke dahi aku,

"I'll wait you until you love me again, sayang. Assalamualaikum wifey, take care and I love you." Aku diam. Membiarkan dia berlalu pergi.

Pintu telah ditutup rapat. Manakala aku sedang melayan perasaan sambil merenung syiling kamar tidur ini.

Sejak hari pertama dia kerja setelah perkahwinan kami, dia tidak pernah terlupa untuk cium dahi dan mengungkapkan ayat itu. Bagaikan rutin harian seorang Aryan.

Dia tak rasa bosan ke ulang perkara sama setiap hari? Dia tak akan tawar hati seperti dulu ke?

Rasa sakit kepala diabaikan. Tiba-tiba terasa ingin memasuki ruangan wardrobe kami berdua.  Atau lebih tepat sekali, ruangan pakaian Aryan. Sliding door ditolak tepi, secara automatik lampu menyala.

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now