21

77 7 1
                                    

AKU diam menyepi. Memikirkan dia merupakan ibu sendiri merangkap insan yang melahirkan aku ke dunia ini, seribu satu ayat sedang disusun dalam fikiran agar tidak berlaku biadap di hadapan dia. Takkanlah aku mahu maki hamun ibu sendiri?

"Mama kenal Aryan, kenapa mama biar dia kahwin dengan Arya?" Soalan diajukan kepada mama, sekadar ingin mengujinya. Mata memerhati tindak-tanduk sang ibu yang sedang menyisip secawan kopi ditangannya.

"Betul nak tahu punca sebenar?" Mendatar suara mama. Mata masih tertumpu ke arah skrin telefonnya. Lansung tidak memandang ke arahku. Seakan begitu benci dirinya terhadap aku sehingga pandang pun tidak mahu. Aku mengelip mata. Membetulkan pandangan yang kian kabur dengan air mata. Lalu kepala ditala ke tepi. Mengelakkan diri agar mama tidak nampak.

"Aryan datang dekat aku. Minta untuk kahwin dengan kau, takkanlah aku nak lepaskan kau macam tu je. Dan bila aku letak syarat dia setuju." Aku diam terkedu. Masih memproses setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut mama sendiri. Syarat?

"Syarat? Mama letak syarat apa ni?"

"30k. Tak ada lah berat mana syarat tu. Kalau dia sanggup, then dia dapat Arya. Its not a big deal, though," tambah mama lagi.

"Nilai diri Arya dekat mata mama, bernilai 30k je ke mama?" Suara bergetar. Kenyataan perit untuk aku hadap. Terasa. Terasa dengan ibu sendiri. Menganggap aku seolah bukan sesiapa dalam hidup dia. Kedua tangan mula membentuk sebuah penumbuk. Menggenggam sendiri, membiarkan kuku yang mulai panjang mencengkam kulit telapak tangan sendiri. Perasaan sakit yang.. menenangkan. Cukup untuk mententeramkan jiwa sendiri yang kini berkecamuk.

"Zaman sekarang, duit lagi penting Arya. Nak masuk tandas pun guna duit. Tak akanlah.. aku sebagai mak kau perlu lepaskan peluang tu?" Aku mengangguk faham. Tas tangan diangkat lalu diletakkan ke bahu. Cukup. Cukup sampai sini sahaja aku mendengar jawapan dia. Kecewa dirasakan. Namun tidak terluah. Bermaksud, secara teknikalnya Aryan 'membeli' aku daripada mama. Seolah aku barang, boleh dipakai buang.

Dengan langkah kaki berat serupa seketul batu besar terletak dikaki, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Membawa diri ke bilik tidur utama. Sekilas pandang di garaj tadi, kereta Aryan masih belum ada. Bermakna aku masih sendirian di rumah. Tas tangan dicampak ke atas katil bersama tudung yang telah dibuka. Aku kini jatuh terduduk di tepi dinding. Belakang badan kini sepenuhnya tersandar di dinding. Lutut dirapatkan ke dada.

Sakit.

Sakit bila dikecewakan ibu sendiri, suami sendiri. Lantas siapa lagi yang harus aku percaya?

Aku membenamkan muka ke lutut. Membiarkan air mata membasahi seluar dalam tangisan senyap. Di saat aku mula menanam rasa percaya terhadap Aryan, suatu lagi kebenaran terungkap. Aku melayan perasaan. Terus memikirkan nasib diri. Dada terasa seolah diceengkam hebat. Sepasang mata basah ini kini merenung kosong ke luar tingkap.

"Hey, Arya! Kenapa ni? Kenapa mata basah ni, sayang? Who made you cry?" Renungan kosong tadi kini beralih ke wajah Aryan. Entah berapa lama aku termenung. Aku merenung Aryan. Dia sedang menepuk bahu aku perlahan, cuba menyedarkan aku. Aku sedar. Cuma tidak tahu mahu respon apa.

"My own expectation." Aryan bungkam. Masih tidak faham dengan apa yang aku cuba sampaikan. Aryan mencekup kedua belah pipi. Membiarkan kedua pasang mata kami bersambung. Renungannya dalam. Jauh sehingga aku lemas ke dalam lautan hazel itu. Rambut yang terjuntai ke dahi Aryan selitkan kebelakang telinga.

"Tell me, Arya. Explain it to me. Bagitahu Aryan, siapa yang sakitkan Arya. Siapa yang buat Arya menangis?" Aryan masih cuba memujuk. Kesan air mata di bawah kelopak mata dia kesat menggunakan ibu jari.

"You," Aryan tergamam. Terdiam apabila mendengar jawapan aku.

"Am I look like a joke to you? Saya ni nampak macam barang ke, Aryan? Boleh diguna pakai sesuka hati, boleh dibuang, dan boleh dibeli?" Soal aku lagi. Aryan bingung. Aku mengetap bibir. Tangan naik memegang tangan Aryan. Melepaskan kedua tangannya dari terus menyentuh wajah. Mengenangkan dia masih seorang suami yang sah, aku menolak dia perlahan.

"Aryan.. tak faham. Apa yang Arya cakap ni? Aryan tak pernah fikir Arya ni barang yang boleh pakai buang sesuka hati. Arya terlalu berharga, tak setanding lansung. Arya jauh lebih berharga daripada permata berlian." Terang Aryan.

"Tipu!"

"Arya tengking suami Arya sendiri?" Aku menutup mulut menggunakan telapak tangan. Bagaikan baru tersedar yang aku telah meninggikan suara terhadap Aryan tadi. Pandangan Aryan kini berubah menjadi dingin. Menggantikan tatapan hangat dan lembut tadi.

"Arya dah berubah. Dulu Arya lembut sangat, sayang. Arya sedar tak yang Arya makin toksik? You turns to nonchalant girl, Arya." Aryan membuang pandangan ke arah jendela bilik. Senyuman sinis terukir di bibir aku. Dia kata aku toksik?

"I'm not the same Arya anymore, Aryan. She's dead. Was she toxic before you lied to her about another woman? Was she toxic before you took advantage of the trust she had for you? Was she toxic before she kept forgiving you for hurting you over and over? Dia tak toksik, Aryan. You. The answer is you. Aryan adalah jawapan kenapa Arya toksik hari ini, Aryan." Aku mencampak soalan-soalan itu sekali gus kepada Aryan.

Membiarkan dia berfikir sendiri.

"Saya bukan barang yang awak boleh beli sesuka hati. 30k? Semurah itu ke nilai diri saya, Aryan Hameen? Saya boleh bayar balik, Aryan. Lepastu awak lepaskan saya, ceraikan saya. Saya tak sanggup. Saya tak sanggup dianggap murah sebegitu." Mata mencerlung Aryan tajam. Tatapan dinginnya tadi berubah menjadi lembut semula. Malah, lebih rapuh.

"Aryan boleh explain, tapi tolong.. jangan tinggalkan Aryan!" Aryan memeluk tubuh aku yag sedang membelakanginya. Menghalang aku keluar dari bilik ini. Pelukannya kuat. Namun tidak menyakitkan aku. Lebih kepada tanda jangan tinggalkan dia.

"Aryan tak sanggup hilang Arya lagi. I can't. Sebelum Aryan berubah ke arah yang lebih baik, Aryan pernah fikir mahu mati. Aryan pernah cuba bunuh diri dengan cara bawa motor guna kelajuan tinggi. Dan ya, hampir menjadi. Aryan kemalangan, sebab mahu  mengelak daripada lori. Sepatutnya Aryan tak perlu elak. Sebab itu yang Aryan nak. Tapi Arya, Arya buat Aryan sedar yang Aryan perlu hidup. Untuk tebus semua salah Aryan terhadap Arya." Aryan membenamkan mukanya ke leher aku.

Aku mendiamkan diri. Membiarkan dia melepaskan tangisan di situ. Tiada tanda mahu memujuk ataupun menenangkan dia.

"Dari situ Aryan mula perbaiki diri Aryan sedikit demi sedikit, Arya, I don't want to lose you anymore. I want to be better for you. Jangan paksa Aryan lepaskan Arya, Aryan tak mampu.."

Aku tidak menjawab. Walaupun tidak membalas sepatah kata, namun hati kini terasa dicengkam lagi, malah lebih kuat apabila mendengar dia menangis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now