15

63 7 0
                                    

JANTUNG berdegup kencang. Cukup menunjukkan bahawa darah sedang mengepam laju seiring dengan perasaan gemuruh mengusai diri. Tangan juga kini menjadi sejuk. Seolah berada di kutub sana.

"Ary, kau okay?" Tanya Nisa. Risau mungkin apabila dia melihat wajahku mulai pucat.

Mungkin aku punya nervous lebih teruk dari dia sebab sekurang-kurangnya dia kenal siapa bakal suami dia haritu.

"Sejuk sangat ni tangan kau, Ary. Cuba kau bawakan aku hotpack." Arah Nisa kepada Eliesya.

Tidak lama kemudian, tangan terasa suam apabila hotpack diletakkan di atas telapak tangan yang sudah dihiasi inai bercorak ringkas.

Sebab aku tak nak corak terlampau semak. Nampak rimas. Cukuplah bunga-bunga kecil menghiasi hanya disudut tertentu sahaja.

"Kau nampak.. mak aku?" Tanya aku perlahan. Bukan apa, cuma terkilan.

Orang lain ibu mereka berada bersama di dalam bilik persiapan. Tetapi aku? Tiada. Serupa dianak tirikan oleh ibu sendiri.

Nisa menggeleng perlahan sambil tersenyum nipis.

"Kitorang kan ada! Kau tengok si Eliesya tu sakan main phone. Chat tunang dia lah tu sampai tersenyum macam kambing." Kata Nisa.

Aku mengalih kepala, turut mengikut Nisa memandang Eliesya yang masih galak bermain telefon. Amboi, suka eh?

Geram dengan tindakan kawan seorang itu, kini Nisa berjalan ke arahnya dan terus merampas telefon ditangan Eliesya. Mata dibulatkan seolah sebuah amaran keras sedang diberikan.

"Buta ke kawan kau tu dah nak kahwin? Galak main phone, macam tak boleh jumpa kejap lagi!"

"Sorry weh. Tunang aku dia overthinking bila dengar aku jadi pengapit belah perempuan," Eliesya garu tepi kepala. Matanya cuba mengintai telefon yang berada di telapak tangan Nisa.

"Aku susahkan kau ke? Sorry tapi Nisa dah ada suami, aku takut tak hormat suami dia kalau aku minta Nisa jadi pengapit." Tanyaku perlahan. Rasa serbasalah mulai menggunung.

Tak boleh ke kalau hidup aku ini tak menyusahkan orang?

"Eh Ary tak apa, tunang aku je gedik sikit. Faham-faham lah lelaki kadang-kadang datang angin diorang nak mengada." Pujuk Eliesya.

"Betul eh?"

"Betul, janji!" Aku melepaskan ketawa apabila dia bersungguh-sungguh mengangkat tangan seolah berikrar. Dasar member otak tiga suku! Nasib baik member, tahu?

"Aku rasa mak kau ada kat bawah tu, dia nak bagi ruang untuk kitorang la kut menganggu kita bersembang," pujuk Nisa lagi. Aku hanya mengangguk mengiyakan. Positif sikit tak salah, kan?

"Apa perasaan kau jadi bini orang?" Tanyaku ringkas. Kan Nisa lebih berpengalaman. Mana tahu ada nasihat dia yang berguna.

"Tak berbeza banyak pun, cuma sehari dua baru kahwin terkejut jugalah bangun-bangun pagi ada lelaki dekat sebelah. Cuma bila dah kahwin ni kena rajin bangun awal sikit takut suami kau jenis breakfast pagi. Kalau suami aku memang kena sarapan. Masing-masing punya angin tak tahulah." Nisa mengangkat bahu. Mungkin mulai redha sebab dia pun bukan jenis makan pagi.

Aku hanya mengangguk faham.

"Lagi satu, suami ni kunci kita ke syurga. Senang je nak masuk syurga selagi kau patuh dengan suami. Tak perlu susah payah jadi isteri derhaka, free je kau masuk neraka tau. Kalau suami kau dah berusaha jadi yang terbaik, janganlah kita sentiasa nak cari salah dia. Afterall, dia pun manusia. Tak lari dari kesilapan." Pesan Nisa lagi.

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now