19

73 7 0
                                    

"WHERE are you going, Arya?" Aku memandang Aryan kosong sebelum berfikir sejenak sama ada mahu membalas pertanyaan dia atau tidak.

"My condo." Ringkas sahaja jawapan aku. Cukuplah sekadar memberitahu dia. Sebenarnya aku agak rushing memandangkan esok terdapat mesyuarat penting. Malang sekali fail terpenting yang merupakan usul utama perbincangan esok tertinggal di kondominium aku.

"At this hour?" Soal Aryan lagi. Oh, tolonglah Aryan. Masa-masa macam ini nak sesi bersoal-jawab sungguh menguji kesabaran aku.

"It's urgent, Aryan. Esok saya ada mesyuarat. Saya perlu ambil fail tu or else I'll be a dead meat," terangku panjang lebar. Jam di pergelangan tangan juga aku kerling sekilas.

"Tunggu, Aryan nak ambil kunci. Biar Aryan teman." Ujarnya. Ingin menahan aku pergi sendiri.

"Saya dah biasa, Aryan. Awak tak payah teman." Tegasku. Malas mahu bertengkar lebih memandangkan aku lebih mengejar masa.

"But you are my wife, Nurdarya. I am your husband. Apa-apa yang berlaku terhadap Arya semua itu dibawah tanggungjawab Aryan," tekannya dengan nada yang tegas.

Penuh authority.

Aryan mengetap rahang membuatkan aku kini mengunci bibir rapat. Risau jika disembur tanpa sebab.

Eh betul ke tanpa sebab?

Tidak sampai dua minit, kini Aryan sampai dihadapanku setelah mengambil wallet dan kunci keretanya. Aku hanya mengekori langkah besar Aryan. Sungguh auranya terasa dingin sekarang.

Aku hanya membiarkan. Sepanjang perjalanan, aku memfokuskan pandangan ke luar tingkap kereta.

"Dekat mana?" Suaranya tiba-tiba memecah kesunyian antara kami. Aku mengalih pandangan ke arah dia.

"Hah?"

"Kondo Arya dekat mana?" Tanya dia sekali lagi.

Oh..

Tidak bercakap banyak, jari aku kini mengetik skrin bagi meletakkan alamat di sistem navigasi kenderaannya. Malas mahu jadi tukang penunjuk arah. Sudah pasti nanti mulut ini banyak cakap.

Beria.

"Lain kali, inform me kalau Arya mahu keluar ke mana-mana. Aryan tahu dalam keadaan macam ni you will not ask my permission, fine then. Aryan izinkan Arya keluar ke mana-mana. Just let me know where are you going. Your safety if my priority, Arya." Aku tergigit lidah sendiri apabila mendengar ayat berunsur perli itu.

Rasa macam isteri nusyuz betul.

Sampai sahaja di kondominium aku, kami melangkah terus menaiki lif menuju ke tingkat atas. Aku berdiri di hujung lif. Entah kenapa lebih selesa begini. Selalu logiklah sebab berdua dengan stranger atau apa, tapi.. ini suami sendiri kut.

"Arya tak rasa nak jual ke kondo ni?" Tanya Aryan tiba-tiba. Aku mencerlungnya tajam. Soalan gila apa ini, Aryan?

"This is my first house. My dream condominium. Kenapa saya nak jual rumah hasil titik peluh saya sendiri? This is my safest place, my home." Jawabku laju.

"I thought home is a person." Suara Aryan kian perlahan. Seolah lebih bertanya kepada diri sendiri.

Aku menarik senyuman sinis.

"Home is a person? Was. Was a person. Dulu saya boleh guna ayat tu, tapi bukan sekarang. Lagi berguna saya menangis, meraung, ataupun melalak depan dinding instead of you, Aryan." Balasku sinis.

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now