13

60 6 0
                                    

SEPI. Dan sunyi. Tunangku itu tidak pernah lansung menghubungi aku sejak hari itu. Namun, kerana faham dengan tindakannya menjaga 'batas pergaulan', aku hanya membiarkan.

Aku meneliti satu demi satu, dokumen yang mengandungi isi kandungan aliran tunai syarikat. Seperti yang dilaporkan Sara tempoh hari, ternyata duit syarikat diseleweng oleh indivindu tidak bertanggungjawab.

Kalau diikutkan perasaan baran aku sendiri, sudah lama aku mengamuk biar satu syarikat tahu bagaimana angin baranku bertindak. Namun apabila difikirkan kembali, tindakan itu sangat.. tidak matang.

Aku menolak lidah didalam pipi. Pendingin hawa seolah tidak berfungsi sama sekali. Panas. Sepanas hati. Siapa sahaja tidak marah jika terdapat tali barut di dalam syarikat sendiri?

Aku menyandarkan badan di kerusi empuk ini. Memberi ruang untuk diri bernafas. Buntu mahu mencari jalan keluar. Jika bertindak mengikut hati, aku mahu memecat manusia itu serta-merta. Namun akal mengatakan sebaliknya, memilih untuk mengkaji sebelum bertindak.

Kalendar yang terletak dihujung meja kini menarik perhatian aku. Kiranya lagi dua minggu aku bakal bergelar isteri orang?

Bolehkah aku melansungkan perkahwinan ini disaat genting sebegini?

Perlukah aku mengetepikan hal syarikat dan memfokuskan diri ke majlis perkahwinanku sendiri?

Jika ya, mungkin aku terpaksa mengetepikan dulu hal syarikat. Memandangkan, aku hanya sempat mengambil ukuran baju pada tempoh hari.

Aku diam berfikir. Kami berdua tidak pernah berbincang untuk pelan masa hadapan kan? Seperti.. tempat tinggal?

Dia setujukah jika aku memilih untuk menetap di Kuala Lumpur?

Mahu tidak mahu, aku mengambil telefon peribadi, memilih untuk mengetepikan hal syarikat buat seketika.

-assalamualaikum, boleh
kita bincang something?

Aku menggigit bibir. Menunggu balasan si encik tunang biarpun tidak tahu sama ada dia sedang available atau tidak.

typing..

-Waalaikumsalam, sure
my future queen

Pipi aku memanas.

-awak okay ke, kalau saya
pilih untuk tinggal di kl
instead of.. ikut awak
kalau awak kerja jauh?

Diam. Aku hanya setia menunggu lelaki itu membalas. Leher yang ditutupi shawl mula berpeluh tanpa sebab. Nervous.

-Sure. What do you
mean by saya kerja jauh?
-Saya stay dekat kl juga

Aku termalu sendiri. Ah, kalau tahu begini baik tak payah buat tebal muka untuk mengajak dia 'berbincang' perkara ini.

-oh okay

Aku mengetuk jejari ke permukaan meja. Tidak tahu lagi mahu membalas apa. Damn it, Arya. Kenapa aku rasa selama ini aku nampak terlalu gelojoh?

Bila dia mahu mengelak dari kerap berhubung, pasti aku akan memulakan perbualan dahulu. Macam mana kalau dia nampak aku beria?

That must be another side of that he should not know before we getting married for sure.

Sisi aku yang.. kerap beria bila aku teruja dengan seseorang? Jujur katakan, sudah lama aku tidak beria sebegini.

Bencinya!

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now