14

63 6 0
                                    

"MAMA tak cukup apa lagi?"Aku memejamkan mata sambil memicit dahu. Tangan masih melekapkan telefon di telinga. Mendengar rungutan ibu sendiri.

"Arya ingat 2k cukup ke untuk mama? You know me, Arya. Barang sekarang dah mahal tahu?"

Duit, duit, duit!

And I hate the fact that money is the reason why she hates ayah more than anyone else!

"What do you mean by 'tak cukup', ma? Bil air, bil elektrik semua Arya yang uruskan. Apa lagi yang tak cukup? Hutang mama? Ma, mama sendiri pun ada pendapatan sendiri. Mama masih sihat, kenapa Arya yang perlu langsaikan hutang mama?"

Aku hanya menadah telinga, menahan makian demi makian daripada ibu sendiri.

"Bagi mama 2k lagi." Ujarnya ringkas. Aku melorek senyuman sinis. Tahu apa yamg direncanakan dia sehingga meminta jumlah banyak sebegitu.

"For what? Untuk scandal mama ke? Yuran pengajian Ayden pun bukan mama yang tanggung." Aku menolak lidah ke hujung pipi. Bengang. Bukan niat mahu berkurang ajar, tetapi mama.. dah melampau.

"Jangan nak mengarut lah, Arya! Hey, kau dengar sini, kau tu anak aku. Aku yang besarkan! Dengan mak sendiri pun kau nak berkira? Elok kau mampus je lah masa kecil kalau macam ni-"

Dan aku mematikan panggilan serta-merta. Sudah lali dengan makiannya. Dia menafikan, namun aku punya bukti.

Tch, perangai ibu kandung serupa ibu tiri!

Aku menolak pintu bilik hotel. Gegendang telinga kini dipenuhi bunyi berdentam-dentum bersama lampu disko serupa berada di kelab malam.

Sudah tentu kerja si Nisa dan Eliesya. Kata mereka, girls night seminggu sebelum aku melansungkan perkahwinan. Entah bagaimana minah seorang itu boleh terlepas daripada suami dia pun tak tahu.

"Hello, queen of the night! Muka jangan muram sangat! Malam ni kena have fun!" Laung Eliesya.

Serupa mak setan betul.

Aku mencabut tudung yang tersarung di kepala lalu mencampakkan ke atas kerusi. Kini aku berjalan ke arah katil. Menghempaskan tubuh ke tilam empuk itu.

"Order wine satu." Arahku ringkas.

Tidak menunggu lama, dua bantal empuk kini cantik mendarat ke muka aku sendiri.

"Kepala hotak kau! Dah Islam tu buat cara Islam sikit, bangang!" Pekik Nisa.

Aku mencampak kembali bantal ke arah mereka berdua,

"Aku bergurau je lah, hanat! Aku sedar diri lagi!"

Maka, terjadilah perang bantal antara kami. Walaupun masing-masing sudah berumur 26 tahun.

"Eliesya kahwin hujung tahun kan?" Aku hanya memasang telinga. Mendengar soalan Nisa terhadap Eliesya.

"Kalau ikut perancangan, bulan 12. Kenapa?" Soalnya balik.

Aku sedang berada di tengah mereka. Sama-sama kami terdampar ditengah katil selepas tamat peperangan bantal tadi. Deeptalk lah dikatakan.

"Jom buat plan gila." Cadang Nisa. Biarpun kami masih tidak mengetahui apa rancangan gila dia itu.

"Kau jangan kata nak honeymoon sama-sama tau. Aku taknak. Aku pangkah dulu." Bantahku awal.

"Taklah, gila. Kalau kita sama-sama pregnant next year nak tak? Kan comel? Lepastu nanti diorang boleh jadi kawan!"

Okay. Ini betul-betul rancangan luar kotak!

"Plan dia not bad tapi kau yakin boleh ke? Buatnya salah sorang dari kita tergelincir lewat setahun. Kesian budak tu. Kalau macam Ary okay lagi bulan 12. Buatnya terlahir bulan Januari another year" Baru sahaja aku ingin mengangguk dengan pendapat Eliesya, terus aku menjeling dia.

Hina betul bulan Disember ni kan?

"Ary," aku hanya berdehem. Mengiyakan panggilan Nisa.

"At least pernikahan kau nanti, ada hikmah dia. Aku bukan nak kata apa, cuma.. kitorang je yang tahu keadaan sebenar kau selamani, jadi ambil positive side, secara tak lansung, dengan pernikahan kau nanti, kau boleh lari dari mak kau. Kau boleh mulakan hidup baru, kau boleh betul-betul lupakan Aryan, kan?"

Aku hanya mengangguk. Tahu Nisa sedang memandang aku.

"Tapi apa-apa jadi, kitorang ada dengan kau tau!"

Syukur Ya Allah, sekurang-kurangnya Kau kurniakan kawan-kawan yang memahami seperti diorang.

AKU saksi semuanya. Aku saksi mama dan ayah bersusah-payah semasa aku kecil kerana ketika itu kewangan mereka belum stabil. Aku saksi mereka pernah bergaduh sejak aku berumur 4 tahun.

Aku saksi sewaktu mereka bergaduh besar, cukup seksa memandangkan ketika itu aku mahu menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

Aku juga pernah lihat bagaimana arwah ayah bersusah payah menjaga mama ketika mama sakit barah.

Dan aku, juga saksi ketika mama curang sewaktu aku berada di tingkatan lima.

Sakit. Sakit bila melihat keluarga sendiri berpecah belah perlahan demi perlahan. Membuatkan aku berharap supaya bakal keluarga kecil aku nanti tidak menghadapi perkara sebegini. Mungkin sebab itulah, aku bersedia untuk berkahwin apabila kewangan sudah stabil dan bakal pengantin lelaki boleh diharap.

Our kids can't choose their father, but we can choose our husband also their dad.

Betullah. Diorang tak boleh pilih. Keputusan terletak di tangan kita. Harapan aku sememangnya besar. Cuma ingin mencipta keluarga bahagia sendiri, jauh sekali daripada situasi aku membesar.

Tangan aku naik mengusap batu nisan yang terukir nama ayah sendiri. Rindu.

Manakala sebelah tangan lagi setia menarik rerumput halus yang kering. Mengelakkan kubur ayah dari kelihatan semak. Siapa lagi yang mahu pergi jika bukan aku dan Ayden? Tok dan Wan sudah menua. Tentu tidak berapa larat dengan kudrat tua mereka.

"Ayah, Arya dah nak kahwin." Ucapku.

"Arya rasa kosong. Arya kecewa dengan mama," aduku lagi.

"Ayden yang kena walikan Arya, sebab ayah dah tak ada." Mata mulai kabur. Terasa sebak. Sebab dulu aku degil dengan ayah. Dan sekarang aku rindu dia.

"Ayah doakan Arya dapat suami yang baik-baik tau. Arya tak tahu sebab mama yang terima pinangan tu. Arya tau kalau ayah ada mesti ayah backup Arya, kan?" Aku tergelak kecik seorang diri.

"Kakak." Aku mengesat air mata yang mulai berair.

"Apa dia?"

"Kakak lama lagi ke?" Tanya Ayden.

Harini kami ziarah kubur ayah bersama. Seminggu terakhir ini Ayden tidur di kondo aku. Katanya, bahaya aku tinggal seorang diri.

Padahal, selama ini aku tinggal seorang diri tak ada apa pun. Cuma dia sahaja yang risaukan keselamatan aku disaat akhir ini sebelum bergelar isteri orang.

Mengaku je lah sebenarnya dia nak menggedik dengan aku kut. Itu yang sejak dua menjak ini suruh aku masak macam-macam.

"Dah siap dah. Tarik tangan kakak cepat, nak bangun." Aku menghulurkan kedua belah tangan untuk dia tarik. Sengaja. Mahu ganggu dia.

"Gedik lah kakak ni, dah lah berat!" Nak taknak, dia tarik juga.

"Tipu, kalau berat sekali tarik pun tak bangun macam ni." Ayden membuat muka. Malas mahu melayan perangai aku.

"Ayden dengan kakak pergi dulu, ayah. Assalamualaikum."

Lepas ni kita jumpa lagi, ayah. Arya bawa suami Arya pula untuk berjumpa dengan ayah.




burn out

Aryan: Her Biggest HeartbreakDär berättelser lever. Upptäck nu